Wednesday, February 25, 2009

ISLAM HADHARI PASCA PAK LAH:BUKTI ISLAM HADHARI ADALAH ISLAM!

Salam,

Ketika mula mahu memberi perspektif sendiri ( tentunya dengan landasan Islam) atas prinsip-prinsip Islam Hadhari cetusan Pak Lah ini, saya dilihat sebagai mengambil kesempatan untuk mendapat sesuatu dari "usaha mengampu" Perdana Menteri dengan mempertahankan Islam Hadhari ini.

Pada hari ini, segalanya jelas bahawa Pak Lah bukanlah pemimpin yang membawa manfaat untuk diampu kerana beliau sedang menghitung hari untuk menyerahkan kerusi Perdana Menterinya itu. Jadi, tidak gunalah untuk mengampunya sekarang.

Maka, untuk apa buku Pengukuhan Prinsip-Prinsip Islam Hadhari ini dikeluarkan? Jawapannya adalah Islam Hadhari Adalah Islam.

Saya konsisten dalam setiap perbincangan berkaitan Islam Hadhari ini bahawa ianya adalah sebuah program Islam yang amat baik dan tidak boleh disalahkan menurut Islam hanya atas penggunaan istilah Hadharinya dan melihat Pak Lah pelopornya. Pada satu segi, saya sedikit mahu memberikan kredit kepada Pak Lah atas idea-ideanya ini dan pada satu segi yang lain mempertahankan idea-ideanya ini yang bebas dari melihat Pak Lah sebagai manusia biasa tetapi atas penilaian ilmiah dan Islamik.

Seperti yang pernah saya katakan, jika teruk sangat imej serta persepsi buruk yang timbul atas istilah Islam Hadhari yang dimainkan oleh pembangkang yang sebenarnya hanya pertikaian dari segi istilahnya semata-mata bukan isinya maka saya sekali lagi menjemput para pembaca agar dapatlah membuktikan ianya salah dari sisi Islam sehinggakan program Islam Hadhari dihentam sedemikian rupa tanpa melihat isinya dan baiklah kita ambil kesepuluh prinsip-prinsip itu dan kita lihat apa yang boleh kita lakukan dalam konteks penghayatan Islam di Malaysia ini.

Kita namakanlah ia Prinsip-prinsip Hadharah Islamiyyah ! Bagaimana ?

Kesimpulannya, ketika Pak Lah mahu berundur maka ketika itulah saya keluarkan buku Prinsip Islam Hadhari sebagai satu lagi BUKTI Islam Hadhari Adalah Islam dan ia milik semua orang.

Oleh sebab itu saya katakan HANYA YANG MURNI KEKAL !

4 comments:

ONE said...

salam,

Pak lah memang x perfect tp memang dia memberikan komitmen yang tinggi dalam perkembangan islam di malaysia mutakhir ini..

Semoga dia akan beroleh kegembiraan dan ketenangan selepas pemergiaan nya nanti..

Anonymous said...

apa yang perlu idbaca adalah Islam dan pelaksanaan Islam, maka pembicaraan pada bagaimana melaksanakannya...

harapan akan jadi harapan kalau kita hanya bertengkar pada bahasa yang hendak dipakai tanpa melihat isi yang terkandung....

lihatlah Islam dan jadikan Islam sebagai langkah semua amal...sekalipun sedikit...

Anonymous said...

Islam itu sendiri sudah sempurna tanpa perlu apa2 penambahan semata2 untuk menunjukkan betapa islamnya kite...yang paling penting perlaksanaan syariat islam itu sendiri..Apakah Islam Hadhari yg dicanangkan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran?... tepuk dada tanyalah iman saudara... konsert2 masih berleluasa..dan banyak program2 maksiat mash diteruskan secara besar2an...

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Islam itu sempurna. Tiada siapa juga boleh mengatakan jika sebuah program Islam seperti Islam Hadhari itu dibuat maka akan kuranglah Islam dilihat. Ini persepsi yang berjaya ditanam oleh PAS dan yang sewaktu dengannya. Kalau hendak dilihat gejala maksiat dan kemudian disalahkan Islam Hadhari atau dipertanggungjawabkan kepada Islam Hadhari, maka kenalah terlebih dahulu kita menyalahkan Islam itu sendiri kerana sudah berabad Islam ada, maksiat tetap ada. Dimana amar makruf nahi mungkar Islam disini?

Kesimpulannya, sebuah program Islam umpama Islam Hadhari ini haruslah kita sama-sama laksanakan bukan membuang masa menuding jari serta berbalah hanya kerana ada hadharinya selepas Islam. Kesemua prinsip2 Islam Hadhari adalah apa yang diprinsipkan dalam Islam. Saya harap dapat baca tulisan saya yang lepas untuk lebih dikatakan bersedia untuk berdiskusi.

Popular Posts