Friday, November 26, 2010

Komputer mengalami kerosakan dan telah dihantar ke kedai...ambil masa untuk dibetulkan...harap maklum..

Tuesday, November 23, 2010

TANDA-TANDA AWAL KEJATUHAN PAKATAN RAKYAT

Salam

1. Beberapa perbualan dengan saudara mara semasa pulang ke kampung khususnya dalam perkembangan politik tanahair sedikit sebanyak memberikan beberapa indikasi penting berkaitan pola pemikiran rakyat semasa.

2. Walaupun pandangan seseorang itu berbeza antara satu dengan yang lain lebih-lebih lagi pandangan dari penyokong-penyokong parti pembangkang yang masih menafikan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan, namun "bunyinya" ada lain sedikit.

3. Kemarahan terhadap tuduhan bahawa kerjaan negeri Kedah tidak banyak membantu mangsa-mangsa banjir baru-baru ini diselang seli juga dengan suara ketidakyakinan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah.

4. Suara penuh keyakinan bahawa PR akan memerintah kubu kuat UMNO iaitu negeri Johor pada PRU13 diselang selikan juga dengan rasa kegusaran perang psikologi media arus perdana terhadap Kerajaan negeri Selangor.Malah mereka mengatakan wajarlah kerajaan membayar jutaan ringgit kepada APCO lantaran keberkesanan perang psikologi tersebut.

5. Kesedaran bahawa PAS harus berdiri sendiri daripada duduk dibawah pakatan PAS-DAP-PKR mula kedengaran.

6. Kesimpulannya, apa yang telah dibuat oleh kerajaan BN dibawah kepimpianna DS Najib telah mula dirasai rakyat termasuk dari penyokong-penyokong pembangkang sehinggakan isu-isu yang dibangkitkan mereka sekarang ini bukan isu apa yang dilakukan BN tetapi apa yang mnereka lakukan dan mereka pertahankan. Dulu mereka ofensif namun sekarang mereka defensif....tanda-tanda awal kejatuhan mereka ini.....

Sunday, November 14, 2010

HAJI : SEBUAH PERJALANAN RUHANI MENUJU SIASAH ISLAMI.....

Salam,

Menjelang Hari Raya Aidul Adha ini, izinkan saya mengulangkaji perjalanan haji yang bersifat ruhani namun punya banyak dimensi-dimensi seperti ekonomi, sosial dan juga politik. Inilah Islam, semua ibadatnya walaupun bersifat ruhani namun ia membawa pengertian luas dari ibadat yang berbentuk ruhani itu tadi. Hatta solat juga sebenarmya mempunyai dimensi atau sisi politik atau siasah Islami.

Haji yang berkumpulnya seluruh umat Islam amat malang sekali jikalau hanya dipandang dari sudut ibadah semata-mata.

1. Wukuf di Arafah

Berkumpul bagi tujuan apa? Haji? Untuk apa? Keridhaan Allah namun Allah juga benci akan perpecahan sesama Islam...renungkanlah!!! Harapkan Keridhaan namun sekembali dari Haji kita berpecah!!mana mungkin mendapat keridhaan Allah!!


2. Mengutip Batu Di Muzdalifah

Persiapan itu penting dan lebih penting lagi "timing" dan kesatuan dalam bertindak!!! Ini bukan masa untuk bercakaran sesama kita, ini masanya mengumpul kekuatan untuk menentang musuh!! siapa musuh kita? Perlu tahu siapa kawan dan siapa lawan!! Syaitan Akbar adalah musuh nyata kita!!!


3. Jamrah Di Mina

Melontarlah ke arah syaitan...bukan sesama sendiri !!!

4. Bermalam Di Mina

Bila warna putih dikumpulkan di satu tempat, terserlah kesuciannya dan kesatuannya.......hati yang hitam selalu inginkan perpecahan umat Islam!!

5. Melakukan Korban dan Bercukur


Hilangkan keegoan dan lunturkan keindahan wajah sementara kamu, bercukurlah dan berkorbanlah dengan mengeluar sedikit belanja simbol perjuangan kamu!!


6. Tawaf Dan Sai



Dengan hanya faham serta suci hati, umat Islam akan tahu keutamaan untuk bersau padu dalam dunia yang penuh dengan ancaman para musuh-musuh Islam. Haji mengajar kita bahawa kebendaan dan kepentingan diri akan menghalang misi suci Islam untuk mencapai keridhaan Allah swt serta menuju ke arah mengembalikan keagungan Islam di mata Dunia!!!!

SEHARUSNYA SELEPAS MUSIM HAJI, HADIS DI BAWAH INI WAJIB TERSEMAT DI SANUBARI UMAT ISLAM.......


                                              

                                                       SALAM AIDUL ADHA AL MUBARAK!!!

Saturday, November 13, 2010

MAKNAKAN REFORMASI

Apa pun perlu didefinisikan dan jelas ala tujunya.


Salam

1. Parti Keadilan Rakyat, parti yang mendakwa membawa agenda reformasi, sedang dalam samada proses kematian ataupun proses reformasi atas reformasi yang telah dilaungkan sekitar 12 atau 13 tahun dahulu.

Reformasi si Anak Emas untuk "bapa"nya jadi PM.

2. Reformasi apa ? Apakah kesedaran untuk berreformasi hanya muncul dengan pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dahulu atau keadaan sekarang ada pada masa itu benar-benar perlukan reformasi dilakukan?

" LU JANGAN TIPU ORANG" mungkin itu yang sesuai mengisi caption gambar ini.
3. Tokoh reformasi Yb Saudara Senator Ezam Nor bukankah telah merasa perjuangan "reformasi"nya dahulu bersama Anwar hanyalah penipuan Anwar yang beliau panggil si Munafik sekarang?

4. Sebenarnya, untuk berjuang, kita kena tahu banyak hal. Begitu juga slogan reformasi ini. Apa makna reformasi? Bagaimana menjalankan reformasi? Apa yang mahu direformasikan? Pertanyaan-pertanyaan ini jika tidak atau salah dijawab maka reformasi itu akan jadi seperti reformasi Anwar dan kalau berjayapun akan jadi reformasi seperti reformasi Kesatuan Soviet dahulu yang akhirnya berkiblatkan reformasi barat!!

5. Apa makna reformasi bukan boleh didefinisikan oleh semua orang. Perlu ada definisi yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh yang berotoriti yang terdiri daripada para intelektual, pakar perundangan dan mereka yang tahu benar apa itu reformasi. Jika tidak akan terjadi seperti PKR ini yang menuntut reformasi atas "kegeraman", "kemarahan" serta sikap ingin membalas dendam terhadap pemerintah yang dikatakan menyebabkan tersungkurnya Anwar dari satu langkah lagi ke takhta untuk menjadi Perdana Menteri tanpa melihat apakah benar reformasi sebegitu?

apakah ini akan diruntuhkan atas nama reformasi?

6. Reformasi seharusnya tidak bertentangan dengan perlembagaan serta kontrak sosial yang telah lama terbina dan menjaga keharmonian rakyat pelbagai kaum. Perlembagaan serta perundangan negara tidak harus dipertikaikan hanya kerana tidak memihak kepada tokoh "reformasi" yang dihukum melalui proses undang-undang. Institusi-institusi yang menjadi tonggak negara seperti kehakiman, kepolisian, agama, raja-raja tidak boleh sewenang-wenangnya dikatakan rosak hanya semata-mata tidak menyebelahi gerakan "reformasi" yang tadinya gagal didefinisikan atau diperjelaskan haka tujunya.
Atau ini hanya kerana tidak menyebelahi Anwar?


7. Reformasi juga tidak harus menjadi bahan atau "umpan" musuh-musuh negara untuk mengambil kesempatan. Kita lihat, kuasa-kuasa besar amat gemar masuk campur atas menyokong slogan reformasi atau demokrasi yang tidak sehaluan dengan mereka. Sebagai contoh apa yang telah dilakukan di Iraq dan sekarang sedang giat dijalankan di Iran atas nama reformasi dan demokrasi. Apakah sekutu-sekutu Amerika misalnya Arab Saudi, Jordan dan UAE lebih demokrasi dari yang lain yang mana tidak ada langsung proses pilihanraya yang memberi hak kepada rakyat memilih pemimpin jika dibandingkan dengan kita, Iran atau Cuba?
Reformasi Iran juga di Malaysia mendapat sokongan puak-puak Zionis di AS!!


8. Reformasi perlu "harmoni" dengan lain-lain hal yang membentuk negara ini. Slogan kesamarataan sosial tanpa mengira kaum misalnya perlu harmoni dengan keadaan realiti Malaysia yang terdiri daripada bumiputra dan bukan bumiputera yang termaktub di dalam perlembagaan! Bumiputera yang masih ketinggalan jauh perlu dikekalkan hak keistimewaanya begitu juga kedudukan agama Islam juga perlu kekal sebagai agama rasmi misalnya walaupun dalam slogan reformasi barat itu semua dikatakan kontra-reformasi!! Sebab itu reformasi kita perlu petunjuk jelas bukan petunjuk dari barat!!

Polis dikatakan zalim bila bertindak begini, tapi mereka jugalah yang sering membuat laporan Polis untuk mensensasikan isu!!!! Zalim ke Polis kalau begitu??



9. Akhirnya, kita tetap mengatakan reformasi adalah suatu kewajiban untuk kebaikan semua . Negara, rakyat, masyarakat dan umat manusia seluruhnya perlukan reformasi. Namun ia perlu mengambil kira 8 perkara-perkara di atas bagi memastikan ia terarah dan tidak menyimpang.

Tuesday, November 9, 2010

Zaid Ibrahim: dari "maverick" jadi "paprik"

         


           dari "maverick" jadi "paprik" untuk selera politik Anwar


Salam,

1) Satu persatu jaguh PKR menyatakan kekecewaan terhadap kepimpinan PKR serta perjalanan partinya. Terakhir ialah Datuk Zaid Ibrahim yang merupakan orang kuat yang dilihat boleh menentang Azmin Ali dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden.

2) Datuk Zaid Ibrahim ketika masuk PKR telah ditugaskan untuk merangka dan membuat rumusan bagi menyelaras hala tuju serta poisi Pakatan Rakyat sebagai persediaan mengambil alih Putra Jaya dalam PRU13. Sebenarnya perkara ini adalah ekoran persaan kecewanya ketika dilarang memasuki Sabah oleh Anwar dan beliau mengambil cuti dari aktif dalam PKR untuk tujuan tersebut ( membuat rangka bagi membuat rumusan untuk PR). Sehingga ke hari ini saya tidak pasti apakah rumusan yang telah dicapai atau kalaupun ada apakah yang telah dicapai? Yang kita dengar ialah Zaid Ibrahim mengatakan PAS tidak akan dapat mendirikan Negara Islam dalam PR kerana tidak dipersetujui oleh DAP dan PKR juga tidak mampu untuk ubah Perlembagaan kerana tidak cukup 2/3 suara dalam parlimen yang mana Pas tidak cukup calon untuk capai 2/3 tersebut.

                                  
Agaknya ini juga yang memeningkan kepala Zaid kot?



3) Dalam pilihanraya Ulu Selangor, Datuk Zaid kalah maka peluang beliau untuk memperkukuhkan kedudukan politiknya dalam PKR terjejas. Anwar dilihat dalam keadaan serba salah kerana di satu pihak mahu memberikan sesuatu kedudukan kepada Zaid sebagai habuan Zaid masuk PKR dan di satu pihak yang lain anak emasnya Azmin mula entah gelisah atau cemburu dengan kemaraan Zaid dalam PKR. Maka setelah mengecewakan Zaid dalam isu tidak dibenarkan ke Sabah atas jempuan Datuk Jeffry Kitingan oleh Anwar, Zaid dilantik untuk memngetuai PKR Wilayah Persekutuan yang dilihat tidak begitu mengancam Azmin.

4) Kemaraan Zaid semakin rancak bila tiba musim pemilihan PKR. Hasrat beliau untuk membawa perubahan dalam PKR dinyatakan secara jelas ketika menawarkan diri.bertanding jawatan Timbalan Presiden. Beliau mendapat sokongan anak kandung Anwar YB Nurul Izzah untuk menentang anak emas Anwar, Azmin Ali.

5) Zaid Ibrahim semakin tertekan atau telah nampak masa depannya kian pudar maka mengumumkan menarik diri dari bertanding juga meletakkan jawatan dalam parti PKR. Dalam hal ini, Zaid telah sekali lagi mengulangi apa yang telah dibuatnya ketika berada di dalam UMNO sebelum ini.

6) Beliau digelar "maverick" dalam UMNO angkara seringkali dilihat melawan arus, namun saya tidak ada pilihan untuk menggelarnya dari "maverick" dah jadi paprik. Mengapa?

7) Zaid telah menjadi "paprik" angkara diri sendiri yang membuatkan orang menggunakannya bagi tujuan dan matlamat untuk memenuhi "selera" politik masing-masing lebih-lebih lagi dalam hal ini Anwarlah telah menjadikan Zaid umpama masakan "paprik" yang telah mengalami campuran ramuan-ramuan "politik" Anwar untuk menjadikan Zaid dari "maverick" kepada "paprik".


Ini yang seharusnya menjadi agenda utama Zaid agar beliau benar-benar boleh dikatakan Melayu......seperti tajuk bukunya Saya Pun Melayu..........

Sunday, November 7, 2010

MODEL BARU POLITIK OLEH POLITIKUS USANG!! BOLEH KE?




Salam.

1. Model Baru Politik yang disuarakan oleh YAB Presiden UMNO adalah baik jika kita lihat dari sudut politik memerlukan pendekatan dan arah tuju yang baru.

2. Pendekatan baru memerlukan mekanisme baru pula. Dalam politik, aktor politik utama si politikus, juga mesti baru!. Baru di sini tidak semestinya orang baru tetapi punya wawasan serta budaya politik yang baru.

3. Baru di sini bukan memerlukan kita buang semua yang lama tetapi kita nilai tambahkannya dengan perkara-perkara baru yang relevan dan efektif dalam dunia kepolitikan yang serba serbi amat berlainan dengan kehendak massa masa kini.

4. Seruan ini bagi ahli-ahli Umno merupakan satu cabaran besar yang harus disahuti secara serius. Lebih-lebih lagi keadaan semasa yang menuntut pembaharuan segera dijalankan. Zaman-zaman yang paling kuat membodek pemimpin yang akan cepat naik telah berlalu. Zaman sekarang ialah yang paling dekat dengan rakyat adalah yang paling patut diberi tempat.

5. Justeru itu, kalaupun ahli-ahli bawahan mahu berubah dan tidak mahu membodek lagi, maka pemimpin atasan pun janganlah pula merasa "sunyi:" jika tidak lagi dibodek!! Adalah sia-sia jika pemimpin atasan akan hanya memberi peluang pemimpin bawahan naik kerana pandai membodek dibandingkan pemimpin bawahan yang rajin bekerja tidak mendapat tempat kerana tidak suka membodek.



6. Ini akan menyebabkan Model Politik Baru akan gagal dek kerana amalan politikus usang.

7. Contoh yang terbaik model politik baru oleh politikus usang ialah apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat . Mereka kononnya mendakwa membawa politik baru untuk masyarakat. Namun lama kelamaan kita lihat tidak ada apa yang baru malah mereka semakin terkebelakang dalam memainkan peranan sebagai pembangkang apatah lagi sebagai pemerintah di beberapa buah negeri.

8. Yang ada pada mereka ialah ceramah-ceramah politik yang hanya menghentam Umno dalam isu yang sama dan lapuk namun tidak mengutarakan intipati perjuangan atau bentuk pemerintahan yang bakal dijalankan jika memerintah Malaysia kelak.

9. Isu-isu atau kes-kes yang berlaku seperti penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah hanya pandai disensasikan di pentas-ppentas ceramah untuk membangkit kebencian rakyat kepada Umno namun tiada arah tuju yang jelas bagaimana pula memastikan perkara yang sama tidak berlaku jika mereka memerintah. Buktinya, belumpun lama memerintah, berlaku juga penyelewengan serta salah guna kuasa di dalam pemerintahan mereka.

10. Iltizam politik diperlukan oleh politikus dari semua parti. Hentikan politik sensasi namun wujudkan politik baru dengan meletakkan kepentingan  negara dan rakyat dihadapan. Jika sesuatu itu hanya ada nilai sensasi tetapi merugikan rakyat dan negara, maka politikus perlu sedar bahawa sesuatu yang sensasi hanya akan dilihat sebagai bahan sensasi sahaja tidak lebih dari itu.

Thursday, November 4, 2010

MEMILIKI PANDANGAN DUNIA ISLAM SEBAGAI ASAS PERPADUAN ISLAM.

                                 (PERPADUAN ISLAM. Gambar dari braveheart-blogger)


Salam.

Memiliki pandangan dunia Islam adalah seperti memiliki alat "navigator" GPS di mana bila atau ke mana sahaja kita tersesat maka kita akan dibimbing semula menuju matlamat sesebuah perjalanan itu.

Orang yang memiliki pandangan dunia Islam akan berfikir dan bertindak melampaui atau melangkaui disiplin parti politik yang ia sertai. Apa maksudnya?

1. Kita ambil isu perpaduan Islam di Malaysia. Adalah wajib bagi setiap umat Islam mengimpikan sebuah negara yang mana Islamnya kuat walaupun terdiri dari pelbagai parti politik yang ahlinya terdiri dari umat Islam. Pada politiknya sahaja nampak berpecah namun dalam isu kekuatan Islam kita bersatu. Ini natijah dari pemilikan sebuah pandangan dunia Islam yang menjadi landasan kita berpolitik.


( Hassan Nasrallah sering bekerjasama dengan tokoh sekular Jumblatt demi Islam dan negara ....bukan mengkafirkan sesuka hati kita!!!)



2. Orang yang memiliki pandangan dunia Islam, akan memikirkan apakah sebarang tindakannya bakal melemahkan Islam atau tidak? Yang diperhitungkan ialah Islam bukan parti. Jika parti melemahkan Islam walaupun dalam parti Islam maka sesuatu tindakan itu tidak boleh diteruskan. Menjatuhkan sebuah kekuatan politik milik Islam yang sedang berkuasa tanpa dapat menjamin sebuah kekuatan Islam yang baru yang boleh menggantikan kekuatan Islam yang dijatuhkan itu adalah suatu perbuatan melemahkan Islam itu sendiri. Sebuah parti Islam yang berpakat dalam keadaan tidak boleh memimpin pakatan itu yang terdiri daripada parti-parti yang jelas menolak Islam maka dengan sendirinya parti Islam itu samada jahil politik atau tidak memiliki pandangan dunia Islam yang mereka dakwa memperjuangkannya.

3. Orang yang memiliki pandangan dunia Islam adalah orang yang bijak dan tahu memilih keutamaan dalam hidupnya. Rasuah, gejala sosial dan bermacam-macam lagi kebobrokan dalam masyarakat perlu diatasi dengan segera dan secara efektif. Konsep amar ma'ruf nahi munkar menjelaskan bahawa keberkesanan dan "timing" serta pertimbangan mashlahah dan mudarat perlu diperhitungkan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan. Ini bagi memastikan keberkesanan dari amar ma'ruf nahi munkar itu tercapai!. Dalam sebuah kerajaan yang lama memerintah dan telah mencapai kemakmuran, kita tidak boleh menolak akan ada manusia-manusia yang tamak haloba serta pentingkan dunia untuk "merompak" kemakmuran itu untuk kepentingan diri. Bagaimana menghapuskan gejala manusia tamak ini? Apakah manusia sebegini perlu diuruskan melalui penguatkuasaan undang-undang semata-mata atau kita menjatuhkan parti yang manusia ini menjadi ahlinya? Sebagai contoh, UMNO terdapat pemimpin yang rasuah. UMNO telah berjaya memerintah dan memakmurkan negara serta berjaya mengekalkan kestabilan politik dalam masyarakat berbilang kaum. Dalam program Islam, Umno tidak jauh ketinggalan menjalankannya cuma persepsi dari parti Islam lawan, Umno belum atau tidak melaksanakan Islam semata-mata kerana pendekatannya yang berbeza. Dalam keadaan ini, apakah UMNO mahu dijatuhkan atau pemimpin berkenaan sahaka diambil tindakan!!! Cuba ianya berlaku dalam parti pembangkang? apakah harus parti itu  yang diruntuhkan?



( Aurat wajib bagi seorang wanita begitu juga sokongan padu demi kekuatan Islam juga wajib!!! Hizbullah yang memiliki pandangan dunia Islam tahu mana keutamaannya, jika Islam kuat, maka kemungkinan wanita-wanita ini yang tadinya membuka aurat akan menutup aurat atau yang tadinya bukan Islam akan memeluk Islam. PAS kena belajar banyak dari Hizbullah....bukan dengan Anwar!!)



4.Maka, begitu penting memiliki pandangan dunia Islam. Bagaimana mahu memiliki pandangan dunia Islam ini? Maka menuntut ilmu adalah persyaratan wajib untuk itu disamping meletakkan di dalam akal dan pemikiran bahawa "saya seorang Islam dahulu baru parti mana yang saya berada!!

PUREHADHARIST BERWAJAH BARU........LEBIH TEPAT LAGI BERSEMANGAT BARU.

Saya akan kembali menulis semula di dalam blog ini dengan lebih kerap memandangkan telah lama berehat.

Jumpa lagi.......bila?.....tungguuuuu.....

Popular Posts