Sunday, September 28, 2008

"Kale Poche" BERANI KERANA KAMBING!!!


Salam,

Sepanjang bulan Ramadhan dan dihari2 terakhirnya maka bermulalah sibuk wanita kita merancang menu untuk menyambut lebaran. Kita sering dengar bahawa makanan juga memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian seseorang sehingga diperingkat awal kehamilan dan seterusnya ibu-ibu yang hamil digalakkan berjaga-jaga dalam soal pemakanan.

Orang-orang Melayu jarang yang suka makan daging kambing atas pelbagai sebab. Di antaranya bila makan pening kepala dan kena darah tinggi. Betul ke? Di atas foto sejenis makanan untuk sarapan pagi di Iran iaitu "kale poche" iaitu kepala dan kaki kambing. Fuhh! Saya amat meminatinya sehingga kalau ke Iran pasti akan "kena" satu dua kali. Mesti ada kajian yang dibuat kalau-kalau makan kambing ini menimbulkan sesuatu yang positif kalau tidak takkan Rasulullah makan kambing dan aqiqahpun disuruh potong kambing....yang jelas orang Iran berani tidak macam orang Melayu agak lembik...yang negatifnya mungkin boleh dilihat Pak-Pak Arab mencari "mangsa" dan mereka pun dilihat berani....tapi berani salah tempat...dengan zionis takut!
Sahaja tulis hal makan ni menjelang lebaran.

Friday, September 26, 2008

HARI JUMAAT TERAKHIR RAMADHAN : HARI PEMBEBASAN AL-QUDS !






Salam,


Terdapat kecenderungan di kalangan kita untuk tidak menyokong sesuatu yang baik dek kerana sesuatu itu dipelopori oleh orang yang bukan dari kalangan kita. Banyak perkara sebenarnya yang berlaku sebagai contoh apa yang UMNO buat yang baik, PAS tidak sokong, apa yang PAS buat yang baik, UMNO pulak menentang. Ada juga keadaan di mana apa yang PKR buat tidak baik, PAS kata baik pula dan apa yang PAS buat yang baik tetapi terdapat UMNO di situ, PKR pulak kata tidak baik. Jadi apa standad baik atau tidaknya sesuatu perkara itu?


Termasuk suatu perkara yang baik yang telah dipelopori oleh Al Marhum Imam Khomeini ialah berkaitan mengisytiharkan Hari Jumaat terakhir Ramadhan sebagai Hari Al-Quds. Terdapat reaksi berbeza berkaitan perkara ini, ada yang menyokong ada yang tidak. Namun yang harus kita lihat bahawa walau apa pun alasannya, isu Palestin (Al-Quds) adalah isu UMMAH. Kalau ada sebarang usaha untuk memperkatakan akan perlunya penentangan terhadap zionisme maka taksub terhadap parti, mazhab atau kelompok harus diketepikan.


Di bandaraya Johor Bahru memang tidak lepas akan poster-poster dan kain rentang yang menyatakan hal Hari Pembebasan Palestin ini termasuk dari Pemuda UMNO Pulai yang telah mentakwimkan Hari Al-Quds sebagai acara tahunan mereka dan sudah berjalan untuk tahun keempat. Maka pada tahun ini slogannya ialah:


"NYATAKAN PERMUSUHAN TERHADAP ZIONISME ANTARBANGSA ! DEMI PALESTIN, DEMI MALAYSIA "


Suatu slogan yang menggambarkan kepada kita bahawa pengaruh zionisme telah hampir atau pun telah berada dibumi Malaysia ! Ini terbukti kerana ada pemimpin "besar" kita yang sungguh-sungguh disokong oleh musuh-musuh Islam dan Palestin dan beliau sendiri membalas sokongan tersebut dengan slogan-slogan demokrasinya (ala-US) yang mana dengan slogan itu juga Afghanistan, Iraq dan Palestin hancur dan jangan pelik Malaysia juga akan hancur atas slogan yang sama jika kita tidak mengambil berat akan hal ini.


FIKIRKAN...SIAPA....APA..DAN BAGAIMANA ZIONISME MUNCUL DI MALAYSIA.

Monday, September 22, 2008

Pemimpin Karismatik Bukan Semestinya Pembawa Kebenaran.


PEMIMPIN KERAJAAN LANGIT DAN BUMI MALAYSIA....


Salam semua,

Entah mengapa tiba-tiba terlintas untuk menulis berkaitan dengan topik ini. Ya mungkin kerana sering berbincang dengan teman-teman persoalan mengapa kadang kala kita merasa pelik umat Islam boleh terpedaya dengan aliran sesat dalam Islam yang pernah berlaku di Malaysia sebagai contoh dalam isu Ayah Pin. Bayangkan ada yang boleh percaya wujudnya seorang seperti Ayah Pin yang memiliki kerajaan langit walaupun legitimasi apa yang diperolehi malah dengan akal yang sihat tidak boleh menerimanya.

Itu dalam hal aliran sesat. Bagaimana pula dalam hal politik? Ayah Nuar kata dia dah boleh tubuh kerajaan Bumi Malaysia dan bersedia jumpa DYMM Agong. Maka percayalah semua rakyat jelata (semua dalam Pakatan Rakyat mungkin) dan tidak sabar-sabar lagi menunggu. Tunggu punya tunggu dari 16 sept hinggalah sekarang kerajaan bumi pimpinan Ayah Nuar tidak timbul-timbul jua.

Apa muslihatnya?

Ketika keluar sahaja berita Mohd Saiful membuat laporan polis ia diliwat maka segera Ayah Nuar ke Kedutaan Turki untuk berlindung konon dari ancaman keselamatan nyawanya. Penyokongnya percaya. Yang tidak menyokong kata ini untuk mengelabui kita semua akan isu liwat. Maka selepas itu keluarlah pula pelbagai isu seperti mendakwa Ketua Polis Negara atas kes lama. Penyokongnya percaya, kita kata ia nak mengalihkan perhatian dari isu liwatnya. Kemudian Saiful pun bersumpah disaksikan oleh Imam Masjid. Kita kata, wah! Kalau tak benar masakan berani bersumpah, penyokongnya mainkan isu, Imam itu telah diarahkan untuk hadir menyaksikan sumpah itu. Sekali lagi dialihkan perhatian kita dari melihat sumpah tersebut sebagai instrumen yang digunakan Saiful untuk membuktikan dakwaannya kepada "Arahan" orang Pak Najib kepada Imam Ramlang. Yang harus kita tumpukan ialah sumpahnya Saiful bukan siapa yang mengarah siapa ! Saksi Saiful satu Malaya tak semestinya Imam Ramlang! Tapi berkali-kali kita dialihkan perhatian kepada isu lain.


Selepas itu diadakan upacara solat hajat untuk jatuhkan bala kepada sesiapa yang dikatakan "bersekongkol dalam "konspirasi" ini. Maka cari punya cari, Ketua Polis pulak dikatakan sudah dekat ajalnya maka penyokong semua percaya! Bila keluar KPN dalam berita dalam keadaan sihat, nasib baik mereka tidak mengatakan itu adalah klon KPN....


Maka begitulah akan berlaku seterusnya dek kerana kuasa karisma Ketua Kerajaan Bumi Ayah Nuar.....


Ingat! karismatik bukan bermakna kebenaran...Hitler, Bush, Saddam pun karisma juga malah Ayah Pin pun karisma kot..masakan ada yang boleh tertipu......

Saturday, September 20, 2008

16 SEPTEMBER - Hari itu telah berlalu sebagai mimpinya.

1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan.

2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu.

3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa.

4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.


Ini merupakan sebahagian dari surat DSAI pada 16 September, tepat sebagaimana dikatakannya bahawa akan terjadi peralihan kuasa kerajaan. Kandungan surat ini dilihat tidak lebih seperti dekri untuk pernyataan suatu kudeta. Bagaimanakah sebagai pendakwa pejuang demokrasi telah menyatakan hal semua itu seperti di atas.

Dalam setiap usaha menghidupkan demokrasi semestinya mereka juga mesti memahami bahawa terdapatnya hak setiap individu dalam menentukan sikapnya dalam pemerintahan ini yang wajib dihormati. Ahli parlimen adalah mereka yang ditetapkan rakyat sebagai wakilnya, di mana mereka wajib menjaga amanah yang menjadi tanggung jawabnya selama berada di parlimen. Oleh yang demikian, tidak mungkin seseorang itu mengatakan bahawa ahli parlimen boleh bertindak sesuai dengan suara hati mereka, kerana ahli parlimen mesti mengikuti suara hati rakyat yang memberikan hak suara kepada mereka.

Dalam situasi pemerintah menghadapi sikap pembangkang berusaha menguasai keadaan negara dengan tidak mengikuti sistem dan aturan yang telah ditetapkan maka pemerintah berhak untuk mengambil sikap pengamanan demi kepentingan semua iaitu rakyat dan negara. Jadi, permasalahan bukan hanya satu parti tetapi permasalahan adalah adanya satu kelompok orang yang hendak memaksakan kehendaknya menguasai negara dengan membawa nama sebahagian rakyat.

Tidak ada jalan lain untuk menjaga kestabilan negara melainkan kerajaan wajib mengerahkan semua kemampuan yang dimilikinya untuk menjaga stabiliti negara. Dalam keadaan terdapat sikap dari sebahagian manusia dengan mengatas namakan kehendak rakyat tetapi menginjak hak sebahagian yang lain maka mana-mana pemerintah berhak untuk menghindari semua bahaya yang mengancam kedaulatan negara.

Bukan hanya usaha pencegahan yang wajib dilakukan oleh kerajaan untuk menghentikan monopoli atas nama rakyat, tetapi perlu juga penentuan sikap yang lebih tegas dari kerajaan terhadap sikap aktor-aktor penting yang dilakukan oleh sebahagian pemimpin pembangkang yang tidak mengikuti sistem dan aturan negara.
Permasalahan sekali lagi bukan BN atau Pakatan Rakyat, tetapi bagaimana seseorang akan melihat nilai yang telah ditetapkan atas dasar yang ditetapkan dalam kerajaan ini. Kalau satu kelompok orang dengan mengatas namakan sebahagian rakyat, mereka sudah boleh melakukan sesuatu tindakan dalam tanah air ini, maka ini tidak menutup kemungkinan hal ini boleh terjadi pada masa mendatang, atau hal ini boleh terbuka peluang untuk dilakukan oleh setiap orang atau kelompok. Maka di mana letaknya sistem dan di mana demokrasi dan keadilan…..bukan kah ini satu bukti yang mentsabitkan bahawa demokrasi dan keadilan yang hendak dijalankan adalah satu propaganda dan penipuan belaka?…kerana sejak awal lagi hal itu telah dilanggar dengan tindakan semacam ini…bagaimana pula rakyat yang lain yang tidak di bawah Pakatan Rakyat, apakah mereka dianggap bukan rakyat lagi sehingga hak mereka pun sudah harus tidak diperhitungkan lagi. Seberapa besar jumlah pakatan dibandingkan dengan jumlah rakyat di luar pakatan sehingga Pakatan Rakyat sudah boleh mengatas namakan rakyat keseluruhan?…bukankah ini satu bentuk monopoli politik?!.

Wednesday, September 17, 2008

16 September - Silap Mata Anwar Ibrahim

Salam,

Bingung, haru-biru dan kecoh apabila Anwar kata dia dah dapat pengaruhi 31 ahli Parlimen lompat parti. Tetapi itulah Anwar pakar silap mata dan pakar pukau sehinggakan apa sahaja yang dikata akan dipercayai pengikut- pengikutnya. Cuba perhatikan ini:-

1. 16 September tak berlaku apa2 sebab kepentingan negara kerana dia nak ambil alih kerajaan secara aman. (kalau secara aman, tunggulah pilihanraya akan datang atas pilihan rakyat bukan lompat parti)

2. Tidak didedahkan nama 31 ahli Parlimen takut diganggu atau ditangkap dan hanya mahu dedahkan kepada Pak Lah. Kalau dedahkan pada Pak Lah,samalah juga dedahkan kepada media sebab kalau nak tangkap dan ganggu pun mesti dari Pak Lah sebab Pak Lah yg akan terjejas atau kehilangan kuasa.

3. Tidak mahu jadi macam Teresa Kok yang ditangkap kerana takut berlaku peralihan kuasa. Apakah dengan hanya seorang (Teresa Kok) boleh terjadi peralihan kuasa? Kata ada 31 lompat parti?apa kena mengena Teresa Kok dengan peralihan kuasa, kan dia kena ISA atas isu agama dan perkauman?

Itulah serba sedikit bagaimana Anwar bermain silap mata. Dia pakar untuk mengalihkan persoalan utama kepada persoalan sampingan.

Akhirnya nanti dia akan katakan bahawa 31 ahli Parlimen itu telah diugut dan dirasuah untuk tidak bersamanya...inilah dia kerajaan korup dan rasuah BN...maka bertepok soraklah penyokongnya mengiyakannya...

Monday, September 15, 2008

Kembali Ke Islam Hadhari

Salam


Keluar dari perdebatan istilah, maka kita perlu kembali kepada inti masalah yang ada di dalam Islam Hadhari. Perdebatan istilah bukan tidak dapat diselesaikan tetapi sebaliknya, perdebatan itu tidak berdasarkan satu fakta dan pembahasan yang ilmiah yang membuatkan tuduhan yang ada tidak berpijak pada dasar kebenaran logika dan ilmiah. Dengan istilah Islam Hadhari yang telah dibahas sebelum ini, maka akan dibuka peluang pula untuk meninjau kembali pada inti dari Islam Hadhari yang hingga kini tidak pernah dilihat oleh mereka yang mengkritik Islam Hadhari, kerana kritik yang ditimbulkan hanya sebatas istilah sahaja.


Permasalahan pertama adalah mengapa tidak Islam yang syumul yang dipakai, sehingga akan menimbulkan permasalahan baru di kalangan muslimin. Memang disinilah permasalahan itu berpijak. Pada satu pihak orang Islam mengimani bahawa Islam sudah syumul, tetapi tidak ada seorang pun yang pernah melihat keadaan yang menggambarkan secara praktikal tentang kesyumulan Islam itu sehingga apa yang terbentuk di hadapan orang Islam adalah iman kepada kesyumulan Islam sebagaimana Alllah menunjukkan kepada manusia bahawa Islam adalah ajaran yang menyangkut semua aspek kehidupan tanpa kecuali. Pada pihak lain, manusia belum dapat menerima dan juga mengamalkan ajaran Islam dengan syumul sehingga tidak ada satu contoh yang jelas bagaimana Islam yang syumul itu dilaksanakan.


Kebanyakan orang Islam akan mengembalikan contoh itu pada zaman Rasulullah di Madinah, itulah yang menunjukkan kesyumulan Islam ketika dilaksanakan. Maka dengan inilah pula menjadi bukti bahawa Islam yang syumul akan susah untuk dilaksanakan pada hari ini, kecuali dengan persyaratan yang ada di Madinah. Sebagai contoh ialah keberadaan Rasul sendiri, di mana beliau mewakili Khalifah yang dipilih Allah, dan memiliki authoriti untuk menentukan penafsiran hukum sesuai dengan masa dan keadaan di masa itu, sehingga beliau menjadi hakim dalam makna yang sempurna. Hubungan beliau dengan Allah merupakan inti kehidupan Islam yang syumul, sehingga antara hakim , hukum dan mahkum betul -betul syumul dilaksanakan.


Pada zaman ini, keberadaan kehidupan manusia bertambah kompleks dan juga telah dicemari oleh berbagai pandangan terhadap nilai kebenaran dan juga kepada Islam. Ketika adanya Rasul maka Islam tidak ada lain kecuali apa yang dibawakan oleh Rasul, dan ketika adanya perbezaan pendapat semua akan kembali kepada Rasul untuk menyelesaikannya. Sementara sekarang, orang Islam hendak kembali kepada siapa, dan dengan standard apa satu dengan yang lain akan menyelesaikan permasalahannya?. Ketika semua mengangkat bicara dengan mengatakan bahawa semua wajib kembali kepada Quran dan Sunnah, maka dari situ pula orang Islam telah berbeza pendapat. Satu dengan yang lain memiliki perbezaan pendapat tentang melihat Quran dan Sunnah, sehingga perlu adanya pula ijma’ ulama. Dari ijma’ pula terjadi masalah, kerana muncul permasalahan ulama mana dan di mana terjadi ijma’ juga pada masalah apa ulama dapat melakukan ijma’. Dan begitu selanjutnya. . . . .


Dengan keyakinan bahawa Islam telah sempurna dan juga syumul dari semua aspek kehidupan manusia, maka Islam perlu dilaksanakan dengan sempurna pula. Tetapi tidak mungkin setiap kondisi hal ini dapat dilakukan, mungkin perlu dikatakan bahawa perlu ada pengkondisian atau membentuk kondisi sehingga manusia hendak menerima Islam dengan syumulnya. Maka pada tahap pertama perlu ada sebahagian manusia atau tepatnya muslimin yang berinisiatif untuk menjelaskan kepada manusia yang lain tentang semua aspek yang menggambarkan kesyumulan Islam itu sehingga mereka tertarik untuk melihat Islam dan mengimaninya kemudian mengamalkannya. Dengan ini maka diperlukan berbagai cara dan tahapan sehingga manusia akan mengenal dengan baik apakah Islam dan betapa indahnya Islam ketika dilaksanakan dengan sempurna.


Dengan adanya 10 prinsip Islam Hadhari, maka langkah pertama terhadap pengenalan kepada Islam telah dilaksanakan. Dalam hal ini bukan saja Islam sebagai teori tapi juga Islam dalam kehidupan praktis. Prinsip - prinsip itu, apabila dilaksanakan akan membawa kebaikan kepada semua manusia, bukan saja kepada rakyat Malaysia tetapi juga semua manusia secara global. Memang program itu dilaksanakan di Malaysia tetapi kesan yang akan terbentuk adalah kesemua aspek kehidupan menyeluruh dari kehidupan manusia di bumi ini. Untuk itu dapat dikatakan bahawa Islam Hadhari memang memetik sebahagian dari apa yang diajarkan Islam, tetapi bukan bererti ianya telah mengurangkan Islam, tetapi membimbing manusia pada langkah-langkah yang sesuai dengan keadaan mereka di suatu tempat dan masa yang diperlukan dalam kondisi tersebut -.


Perlu adanya langkah yang bijaksana untuk mentarbiyah dan mengajarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama tersebut sehinggalah mereka akan mengetahui kebenaran dan kebaikan serta keindahan Islam. Ini adalah kerana tidak mungkin mereka akan menerima semua yang datang dari Islam tanpa mengetahui terlebih dahulu kebaikan yang ada di dalamnya, atau lebih tepatnya dapat dikatakan bahawa mereka akan menerima Islam dengan baik kalau saja mereka melihat kebaikan ajaran dan juga faedah yang memenuhi keperluan hidup dunia dan akhirat mereka, tanpa ini, mereka merasa akan cukup dengan apa yang mereka miliki sekarang.


Kalau saja orang - orang Islam dapat menunjukkan bahawa Islam adalah sesuai dengan keperluan kehidupan manusia di dunia sehingga dapat mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat, maka pastilah mereka akan menerima seluruh Islam dengan sempurna. Pengajaran ini perlu dilaksanakan dari sekarang, sehingga perlahan lahan semua akan melihat bahawa bukan sahaja ajaran yang indah ini dapat dikenal tapi juga pelaksanaannya akan dinikmati oleh semua. Islam Hadhari hadir di dalam masyarakat Malaysia tidak hanya untuk satu partai atau mengatas namakan partai, sebagaimana Islam tidak akan dapat digunakan untuk satu partai sahaja atau Negara sahaja, tapi ianya kembali pada satu program Allah yang Agung untuk membawa manusia menjadi hambaNya yang sempurna sehingga mendapatkan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat nanti.


Kalau ada yang melihat adanya orang yang tidak sesuai dengan nafas dan gerak dari dasar Islam yang ada pada 10 prinsip itu, siapa pun, maka bererti di sanalah perlunya kearifan orang Islam untuk menjalankan prinsip itu, kerana bererti bahawa Islam Hadhari memerlukan proses untuk menjalankannya, sebagaimana proses Islam yang syumul untuk membimbing semua manusia muslimin dan non - muslim- ketempat yang diredhai Allah.


Semestinya orang -orang Islam perlu merenungkan dan memikirkan faedah apa yang akan dapat diterima oleh mereka ketika prinsip itu dilaksanakan bersama, kehidupan yang bagaimana kalau semua prinsip itu dilaksanakan di Malaysia. Lebih jauh lagi, bagaimana kalau semua muslimin dan juga non-muslim menjalankan dan mengikuti prinsip 10 yang dibawa Islam Hadhari. Maka tentulah tidak akan ada yang lebih baik dari ini semua, kerana langkah- langkah yang terserlah dari prinsip itu tidak lain melainkan langkah yang akan membawa manusia kepada kesyumulan Islam, iaitu membawa manusia berjalan bersama Islam sehingga sampai pada redha Allah; mereka redha pada Allah dan mereka pula di redhai oleh Allah. Inilah yang menentukan bahawa semua perlu kembali kepada Islam Hadhari kerana langkah ini akan membawa manusia bersama- sama untuk saling ingat mengingatkan akan kebaikan dan saling mencegah dari pada munculnya kemungkaran, saling menasihati dan mengajarkan kebenaran dan saling memberikan ketabahan dan kesabarannya dalam bermuamalah bersama. Kalau tidak, tidak akan ada kebenaran pun yang dapat dijalankan kerana para ahli kebenaran tidak bijak dalam menjalankan kebenaran yang diimaninya.


Untuk itu perlu ada kebersamaan untuk dapat menjalankan kebenaran yang sempurna sehingga menjadi amalan yang sempurna pula.

Wednesday, September 10, 2008

Konco-Konco Anwar Penyemarak Islam Liberal , mengapa PAS Membisu...??

Salam,

Bermulanya pemikiran liberalisme oleh Anwar dikesan apabila Anwar memuji Penghina Rasulullah Salman Rushdie sebagai "profound writer" kemudian keterlibatannya dengan organisasi tajaan Amerika serta hubungan intimnya dengan tokoh-tokoh US beraliran zionisme membuatkan kita tidak boleh elak untuk melabelkan Anwar sebagai paling minimum pembawa pemikiran Islam Liberal dan maksimumnya alat zionisme atas "Projek Penzionisasi Rantau Asia Tenggara".

Konco-konco Anwar seperti Khalid Jaafar pula dengan penulisan-penulisan " "intelektual" SAMPAH-ISME" (baca: nampak intelek tetapi penuh sampah sarap) dengan penggunaan-penggunaan istilah bombastik tetapi meloyakan menyambung perjuangan mengangkat si penghina Rasul Salman Rushdie sebagai yang harus "dighairahi" karyanya.

Raja Petra pula yang diragui aliran pemikirannya tetapi akhirnya terserlah dengan penulisannya berkaitan tudung telah menjelaskan kita lagi siapa dia dan aliran pemikirannya.

Yang lebih pelik tetapi benar PAS pula terus membisu dan tiada satu pendirian yang tegas atas isu-isu yang berkait dengan penghinaan atas Islam ini.

Ya, mungkin agaknya ia tidak dilakukan oleh UMNO atau Pak Lah ataupun ianya bukan atas nama ISLAM HADHARI jadi ia belum cukup SESATlah....inilah dia dinamakan tertipu dengan Kuasa Karisma (baca: Anwar)..

Wednesday, September 3, 2008

Garis antara Gus Dur dan Anwar


KATA GUS DUR : "SAYA YAKIN ANWAR TIDAK MELAKUKANNYA ! (MUNGKIN KERNA DIA TIDAK "NAMPAK" ANWAR MELAKUKANNYA"//???/!!!!!!XXXXWW@@





ANWAR KATA : " DULU TAHUN 1998 SAYA BERSUMPAH TETAPI SELEPAS ITU SAYA DIPUKUL, DITERAJANG DAN DIBOGELKAN, JADI BUAT APA SAYA BERSUMPAH?"

MAKA: DULU ITU APAKAH IA DIMAKAN SUMPAH SEBAB ITU DIA TAKUT UNTUK BERSUMPAH KALI INI, KERANA BIMBANG DIMAKAN SUMPAH LAGI !




SALAM PERJUANGAN

Joseph Biden adalah seorang calon Presiden USA, seorang Zionist tulen. Sejak terpilihnya dia sebagai senator maka lawatan pertamanya adalah ke Israel . Dia sering membantu semua keperluan Israel di Amerika, menjadi agen rasmi Israel dalam parlimen USA, bekerja dengan semua Perdana Menteri Israel bermula dari Goda Meir hingga Olmert. Dia mengatakan bahawa Israel adalah “the single greatest strength America has in the Middle East ". Pada satu pihak dia juga menyatakan bahawa: “"you don't have to be a Jew to be a Zionist."

Maka, apa yang dilakukan oleh orang seperti Gus Dur di Indonesia dan Anwar Ibrahim di Malaysia adalah bukti dari apa yang dikatakan oleh Joseph Biden ini. Mereka sebenarnya adalah Zionist yang ada di tanah air bukan Israel , tetapi semua keperluan Israel akan mereka jaga, kerana inilah misi dari Zionist. Dengan adanya orang seperti Gus Dur (Ina) dan Anwar (Mly), bukan saja keperluan material Israel yang akan diperkuatkan tetapi kehancuran nilai kemanusiaan akan segera hilang.


Di Indonesia, seorang wanita bergelar Professor Doktor bernama Siti Musdah Mulia telah mengeluarkan suatu pendapat bahawa homoseksual dibenarkan dalam Islam (“Moderate Muslim scholars said there were no reasons to reject homosexuals under Islam, and that the condemnation of homosexuals and homosexuality by mainstream ulema and many other Muslims was based on narrow-minded interpretations of Islamic teachings.”), tetapi pada waktu yang sama dia mengharamkan perkahwinan empat (poligami) yang sudah ditetapkan kebenarannya di dalam Islam.



Permasalahan bukan sahaja pada penentangan hukum yang telah ditetapkan Islam, tetapi umat Islam perlu melihat bagaimana hal ini boleh terjadi. Bagaimana seorang Musdah Mulia menjadi seorang Doktor dan kemudian Profesor?. Kerana beginilah semua sejarah berjalan sehingga manusia kehilangan apa yang semestinya dimilikinya. Dengan membaca apa yang terjadi maka kita perlu berfikir untuk menentukan masa depan kita (baca: manusia) semua.



Fakta yang ada: Nahdatul Ulama yang dipimpin oleh Abdurrahman Wahid (baca:Gus Dur) telah berhubungan erat dengan The Asia Foundation (TAF) yang ditaja oleh Amerika (baca: Zionisme). Mungkin untuk orang yang tidak mengetahui hakikat dari NGO ini maka mereka akan melihat bahawa yayasan ini merupakan satu yayasan kemanusiaan yang baik. Memang ianya adalah NGO yang berurusan dengan manusia, tetapi tidak bererti ianya tidak bertentangan dengan nilai kemanusiaan. Misi yang dilakukan oleh yayasan ini sangat merbahaya, iaitu melepaskan manusia dari kemanusiaannya, mendidik manusia untuk menjadi satu keberadaan yang keluar dari kriteria dirinya sendiri.



Kalau saja manusia mengenal Islam maka manusia itu akan mengenal dirinya dengan baik, tetapi dengan misi TAF maka akan terjadi sebaliknya. Dengan adanya organisasi ini di Negara- Negara Asia maka umat Islam terpaksa wajib menghadapi pandangan dan juga nilai Islam yang sedang dirosakkan dengan menggunakan ulama yang ada dalam kehidupan umat Islam itu sendiri. Maka tidak hairan kalau ada orang seperti Gus Dur dan Anwar Ibrahim.



Gus Dur dan Anwar Ibrahim adalah dua keberadaan yang tidak dapat dipisahkan, kerana keduanya terikat dengan struktur yang ada di bawah gerakan Amerika dan Zionis. Gus Dur di Indonesia dekat dengan TAF dan Anwar di Malaysia terikat dengan IFC atau FFF. IFC adalah suatu badan khusus di bawah World Bank, dan FFF (Foundation For The Future) secara langsung di bawah USA. Sehingga apa yang berlaku ialah model “freedom” yang hendak dimunculkan di tanah rantau ini adalah “freedom” ala Amerika. Memang deklarasi yang dibuat indah, tetapi kalau diperhatikan dengan sungguh - sungguh apa di sebalik itu maka akan didapati betapa besar malapetaka yang akan ditimpa oleh manusia di dunia ini.


Dengan slogan “freedom”, Amerika telah membuat contoh yang sangat jelas hari ini, iaitu petaka sebahagian besar di Timur Tengah, mulai dari Lebanon hingga Iran , juga petaka besar (kalau tidak hendak mengatakannya sebagai Holocaust abad 21) di Iraq dan Afghanistan. Belum lagi kalau kita hendak membahas semua pengertian “freedom” yang Amerika bawa di Venezuela, Colombia hingga Negara - Negara Afrika seperti Sudan, Ethopia dan Nigeria… apa yang tersisa dari manusia dengan ungkapan “Freedom” ala Amerika itu..



Lihatlah apa yang dilakukan oleh Prof Dr Musdah Mulia di Indonesia atas nama kemodenan dia menghilangkan hukum Allah dengan ungkapan modennya. Anwar Ibrahim dengan menggunakan kata Social Justice hendak membuka pintu Malaysia ke pintu “Freedom” bagi Amerika. Jadi permasalahan bukan hanya sekadar hubungan sistem keorganisasian Anwar Ibrahim dengan Amerika, tetapi hubungan manusia dengan kerosakan yang sedang dibuat dan disepakatinya sekarang. Dengan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai tokoh politik bererti adanya penerimaan untuk satu potensi ke arah kehancuran manusia, kehilangan identiti manusia..atau minimum umat Islam akan kehilangan Islamnya, yang ada adalah Islam ala Amerika dengan semua slogan dan semboyan yang nampak indah itu.



Semua kita belum buta melihat demokrasi yang dibawa ke Iraq hingga Iraq jadi seperti sekarang. Kita dapat melihat semua erti demokrasi di tanah Arab yang tidak meninggalkan makna demokrasi itu. Atau bagaimana kita hendak menerima pengertian perdamaian dan kebebasan ketika melihat Afghanistan dan Sudan. Yang ada adalah manusia yang dibunuh setiap hari dan yang paling tragis adalah kaburnya nilai Islam di manapun, termasuk sekarang di Indonesia dan Malaysia .



Identiti Islam untuk seorang muslim bukan hanya sekadar apa yang dimilikinya tetapi juga nilai komitment yang ada padanya, sehingga ketika identiti ini menghadapi krisis maka yang terjadi adalah krisis komitment dengan nilai yang ditetapkan dalam identiti itu…..hal ini berkenaan dengan semua agama dan dengan nilai apa pun…



Maka tidak ada jalan lain untuk menghadapi hal ini melainkan menghilangkan semua hal yang membawa manusia ke arah kehancuran dan kehilangan identitinya, iaitu menjauhkan dan menolak semua yang datang dari program Amerika yang hendak dijalankan di tanah air tercinta ini..menolak orang seperti Gus Dur dan Anwar sebagaimana kewajipan menolak orang seperti Musdah Mulia…















Popular Posts