Thursday, December 24, 2009

.

Bercuti Sehingga 1 Jan 2010....akan sambung menulis sekembali ke tanahair , Insya Allah.

Friday, December 11, 2009

KHAYALAN PEMBANGKANG DISULAMI HASAD DENGKI....

Salam.

Saya belum merasa puas untuk mengulas lagi respon dari pembaca blog ini yang memberi komen atas tulisan saya yang lepas. Di sini saya akan jawab satu persatu agar kita lebih jelas beberapa persoalan serta konsep yang masih kabur serta slogan-slogan dari parti pembangkang yang sering dilaungkan dan ada yang terpengaruh...

Komen pembaca:-
komen anda nampak macam bagus.. tapi cuma retorik... seperti jugak la video yang menunjukkan anda dgn TPM membincangkan PAKATAN RAKYAT vs BN.. semuanya syok sendiri..

Jawapan saya:-

Saudara sudah berlagak seperti Tuhan rupanya atau hendak meniru gaya Fir’aun yang tahu betapa dekat ajal sesuatu kaum ! (DENGAN MENGATAKAN UMNO AKAN TERKUBUR). Perlu diketahui perjuangan untuk rakyat adalah tugas setiap rakyat Malaysia, tidak kira dari parti manapun. Permasalahanya sekarang adalah siapa yang dahulu?. Sayang sekali bahawa PR sedang berangan-angan dengan khayalan dan yang lain sedang berada di dalam kerja “reality” sejak sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang. Sayangnya lagi, adanya pula rasa iri hati (hasad) dengan usaha ini, sehingga setiap keberhasilan dan kejayaan orang lain akan dinilai dengan khayalan sendiri, sehingga tidak dapat menilai dengan objektif.

Pembaca mengatakan : “Semua ni utk mengaburi mata rakyat….”

Jawapan saya :

Memang, ketika konsep hanya sebatas slogan sahaja, sebagaimana di buat PR maka itulah yang dikatakan sebagai mengaburi mata rakyat..apatah lagi ketika rakyat dibawa dengan slogan kata “keadilan” tetapi apa dan bagaimana konsep itu?, tidak ada yang tahu…apakah sudah disepakati, konsep keadilan mana yang hendak dipakai, keadilan Islam (PAS) atau keadilan liberalisme (PKR/DAP) yang hendak dilaksanakan di Tanah Melayu ini?...inilah cara mengaburi rakyat..atau mana yang namanya Negara Islam yang pernah dilaungkan oleh PAS…kemana itu sekarang…? Apakah rakyat masih mendengar slogan itu lagi…mungkin orang PAS pun sudah mulai lupa!.

Tentang Islam hadhari:-

Itulah sejak dulu lagi saya sudah katakan, ingatlah bahwa Islam Hadhari bukan slogan atau pekerjaan Pak Lah, tetapi dia adalah Islam itu sendiri.

Ungkapan kata : mana perginya Islam Hadhari sekarang ni semenjak ada 1 malaysia? Senyap dan sunyi …adalah menunjukkan orang yang tidak faham apa itu Islam Hadhari…

Ingatlah Islam dan hadharahnya tidak akan pernah berhenti membentuk manusia ideal, dimanapun, tetapi yang ada adalah umat Islam yang tidak memahami apa itu Islam dan apa itu hadharah yang datang dari Islam, sehingga dia tidak tahu gejolak apa yang ada dan gerakan apa yang ada didalam Islam baik di Malaysia maupun di dunia…

Sekali lagi, pemahaman seseorang terhadap suatu hal kelihatan dari bagaimana dia menilai,kalau dia tidak memahami sesuatu hal itu tentu dia tidak akan tahu bagaimana hendak menilai. Jika orang tidak tahu apa itu hadharah dan Islam maka tidak akan dapat menilai keduanya dengan baik. (saya tidak boleh membayangkan, kalau ulamanya sudah salah maka macam mana lagi pengikutnya)

Hadharah itu dari Islam maka dia merupakan nilai Ilahi bagi semua manusia, tidak terkecuali, yang ada apakah manusia itu hendak bersamanya atau menolak…

Mungkin banyak umat Islam akan bangga kalau ada orang kafir yang ingin mempelajari Al- Quran, tetapi apakah tidak ada umat Islam yang khuatir kalau ada kafir yang hendak menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk mengaburi mata rakyat…kenapa kali ini tidak nampak…..?!...

Aiit….terkejut kerana kejutan ini…. Memang dah kafir (Karpal)…yang baca Al-Quran tu siapa? ..kafir kah atau..kenapa jadi double standard…kenapa yang satu tadi dinilai lain dan yang ini dengan kafirnya…

Kalau kita mahu berpijak pada kenyataan : Ya, saya akui, keadilan mestilah pada tempatnya… maka keadaan, situasi dan kondisi suatu masa akan menjadi pertimbangan…dengan itulah umat Islam kena bijak..kerana kita tidak mahu jadi seperti Afghanistan (Taliban) yang melakukan hududnya sehingga hasilnya memberikan jalan untuk Amerika menguasai negara itu. Jadi kalau ada orang mengatakan tidak mahu menlaksanakan Hudud sekarang, bukan bererti dia menolak Islam. Tapi umat Islam perlu menjadi bijak untuk menjalankan misi Ilahi dimuka bumi ini…keadilan mestilah pada tempatnya…dengan kebijaksanaan…

Ingatlah, bahawa kafir itu sudah bermakna menolak Islam, tak payah nak takut-takutkan lagi, dia sudah menolak, apatah lagi orang itu seperti Karpal..tak payah lagi nak ditakut- takutkan..dia sudah tetap kafir dan menolak Islam janganlah nak menuduh orang lain menakut-nakutkan orang kafir tentang Islam!… yang pelik adalah adanya parti Islam yang merasa adanya harapan daripada orang kafir ini…..walaupun terang-terangan menolak Islam….begitu juga terhadap Anwar yang juga menolak Negara Islam….

Perlu diingat, terjadinya Islamphobia kerana adanya faktor dimana sekelompok umat Islam hendak melaksanakan Hudud tetapi tidak pada tempatnya dan tidak disertai kearifan dan kebijaksanaan…sehingga orang kafir menggunakan kesempatan ini untuk memusuhi Islam!

Kalau DAP mempertanyakan tentang jumlah masjid itu dibenarkan, maka dengan alasan apa? Dengan keadilan? Keadilan siapa?. Pertanyaan DAP itu didasari oleh ketidak adilan. Kerana kalau hendak adil dengan tahap paling minima, maka orang akan berfikir bahawa: masjid tentu akan dihitung dengan jumlah pemeluk agama yang memerlukan masjid.

Logika yang cukup baik: Byknya nya masjid tak bermakna sebuah negara itu negara islam. Kalau tak de keberkatan.. masjid akan jadi kosong...
kerana memang simbol Islam bukan bererti telah membawakan nilai sesuai dengan Islam, hanya dengan membawa Islam bukan bererti sudah Islamik, tak kira apa saja..tidak semua umat Islam membawakan nilai Islam, dan tidak semua parti Islam membawakan nilai Islam, hanya dengan menamakan parti dengan Islam tidak bererti membawakan nilai Islam secara absolute….kerena mungkin parti itu itu kosong…… dari Islam .

Menurut orang PAS: Hadharah Islamiyah yang dicetuskan oleh ajaran Islam yang bersumber petunjuk Allah yang dipancarkan oleh kiab Allah, al Qur’an dan as Sunnah serta ilmu para ulama, telah direalisasikan di zaman awal Islam. Mereka membangun pusat pusat pelaksanaannya di tempat tempat berikut:1. Masjid. 2. Jami’ah. 3. Pusat Rawatan (Hospital). 4. Marsod Falaki (menara bintang).


Tahu tak org islam di kelantan adalah lebih kurang 95%. Kata tadi sesama Islam.. kenapa nak tindas hak Kerajaan Kelantan?

Bak kata pujangga, bukan matahari tak bersinar tetapi adanya orang yang menghindar dari cahaya itu….bukan hendak menindas, tetapi PAS menyatakan perang dengan UMNO..bukan begitu?...

Hingga kini, Melayu dan Islam adalah satu kesatuan yang tidak terpisah..sehingga Melayu dengan Islamnya akan terus melanjutkan perjuangannya…mungkin akan ada penghalang dari saudara sendiri…ini tak aneh dalam kehidupan …Islam Hadhari akan terus berjuang untuk Melayu dan Islam, kerana Melayu adalah bagian dari pada Islam dan asset Islam…kenapa takut…Islam Hadhari saya yakini adalah Islam yang dijalankan oleh hamba Allah dari masa kemasa, tanpa ada batas territorial…jadi bukan hanya sebatas Malaysia dengan Pak lah, tapi setiap umat Islam yang memahami Islam dan Hadharah dengan baik..

Saya hanya khuatir, adanya ulama yang tidak tahu apa yang dia katakan dan bertindak dengan hawa dan nafsunya…kerana semua itu bukan hanya akan merugikan dirinya, nama ulama itu tetapi juga Islam dan muslimin…

Saya katakan ini kerana saya membaca tulisan ulama itu, dan saya tahu betul tentang kesalahan yang dia buat….

Saya yakin, saya tidak ada apa, kecuali menjalankan apa yang jadi tugas dan kewajiban pada saya…dan saya yakin inilah tugas saya untuk mencuba mengingatkan yang lupa, mencuba berdialog dengan perspektif yang berbeza..dengan cara saya dan argumentasi yang masih terus diasah dengan baik….selama ada dalil maka selama itu dialog masih terbuka….bukan dengan dakwaan….tidak ada takut..dan tidak ada yang ditakutkan…

Perlu diingat, bahwa akhlak seseorang terbentuk dengan ikhtiar dari dirinya sendiri, kalau kita ingat tentang bagaimana Rasulullah, yang tinggal di Mekah pada waktu itu, dia berakhlak baik, maka muslimin perlu kembali kepada “uswah” itu, bukankah beliau dan kehidupan beliau adalah “uswatun hasanah”. Masyarakat tidak lebih hanya membantu untuk memudahkan…tetapi aslinya adalah dari diri sendiri…

Rasulullah Muhammad saw didatangkan kepada satu kaum yang melawan dirinya, dan tidak sebaliknya. Dia datang untuk merubah akhlak kaum yang anti kepadanya..dan bukan sebalinya…itu pelajaran dari keberadaan Rasulullah…

Kalau saya nak ekstrim, maka saya akan katakan bahwa sebenarnya PAS ada dalam keadaan lemah dan tidak mengikuti semangat Islam sebagaimana yang firmankan Allah dalam surah Muhammad ayat 35: ‘Jangan kamu lemah dan minta damai padahal kamu yang ada di atas. Allah berserta kamu…” dengan alasan inilah saya merasa sedih dengan keadaan umat Islam, kerana mereka yang mengaku Islampun tidak lebih sama dengan yang sekular…..sayang….

Thursday, December 10, 2009

BERLAKU ADILLAH ! ...

Salam.

Sebelum saya tulis lanjut saya nak petik ayat Al-Qur'an agar menjadi landasan kita berpendapat dan juga ini termasuk dalam konsep keadilan dalam Islam...dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa...(5:8)

1) Bila Umno buat gagasan 1Malaysia,ada yang khak ptuiiikannya bila Anwar kata kita perlu keadilan untuk semua kaum, "Saya Sokong" sebab apa? sebab benci telah menguasai dan keadilan telah tidak mendapat tempat...

2) Bila Islam Hadhari diperkenalkan dengan 10 prinsip yang baik, kita lekehkan semata-ma ta menilai kelemahan Pak lah sebagai manusia biasa untuk menolak konsep tersebut dengan pelbagai tuduhan namun bila Ng Kor Ming baca satu ayat Al-Qur'an yang tidak dia imani, kita rasa bangga, sebab apa? benci telah menguasai diri dan keadilan telah tidak mendapat tempat...mereka lupa ayat ini " Dan orang-orang yang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar (24:39)

3) Bila Karpal Singh kata "after my dead body" untuk laksanakan hudud, Nik Aziz kata Umno tak mahu Islam, maka Dap lebih boleh dibawa pakat dan bukan UMNO,walaupun Karpal sanggup mati jika PAS nak laksanakan Hudud. Sebab apa? benci telah menguasai diri dan keadilan telah tidak mendapat tempat...

Banyak lagi ayat2 yang mengajar kita bagaimana berlaku adil dan menjadi landasan berfikir dan bertindak.

Saudara, keadilan itu apa? Ia adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dalam sebuah negara, sejarah pembentukannya penting untuk kita ketahui. Melayu adalah suatu bangsa yang beragama Islam yang memiliki Tanah Melayu sebelum diberi nama Malaysia. Bererti Melayu adalah Muslimin di Malaysia sebagaimana Arab adalah Muslimin di tanah Arab, Cina muslim adalah muslimin di Cina. Ini FITRAH. Maka apabila hak Melayu didahulukan atau dilebihkan, maka itulah keadilan kerana wajarlah pemilik tanah ini berhak atas pemilikannya dan para pendatang ada haknya yang tersendiri! Pergilah ke merata dunia, mana ada negara yang memberikan kerakyatan secara pukal kalau tidak dilaksanakan oleh bangsa Melayu Islam yang maksima toleransinya. Di Mekah dan Madinah, bukan Islam tidak boleh masukpun ke tanah suci apakah ini ketidakadilan Islam?

Maka, pembentukan Malaysia adalah berdasarkan perjanjian sesama kaum pendatang yang dipersetujui sesama mereka. Ini keadilan Islam walaupun Melayu berhak untuk tidak membenarkan Cina dan India menjadi sebahagian dari rakyat Malaysia. Dalam pandangan saya ini keadilan Islam sekali gus "tahaluf siyasi" yang UMNO telah lama laksanakan bersama British dan kaum pendatang.

Termasuk dalam perjanjian itu ialah terbentuknya Perlembagaan Persekutuan yang ada di dalamnya perkara 12 (2) yang mengesahkan hanya umat Islam berhak dibiaya urusan agamanya. Maka ini adalah persetujuan sesama kaum ketika itu. Keadilan apa lagi yang nak ditunjukkan? Sebab itu saya kata saudara dan orang2 seperti saudara seringkali tidak berlaku adil dalam menilai kerana bukan berdasarkan kepada fakta tetapi sentimen politik kepartian.

...Ini berbeza dengan masjid dan surau yang mana secara lazimnya sering penuh sesak di kawasan kediaman dan taman-taman perumahan samada untuk solat Lima waktu atau solat Jumaat dan Hari Raya." Ini saya punya statement, kalau saya cut and paste saya akan tulis rujukannya...saya adil dalam hal ini. Saudara, dalam bahasa Malaysia jika ada perkataan atau maknanya samada. Kalau tak 5 waktu..atau solat Jumaat dan Hari raya. Saya tak guna perkataan dan untuk samakan solat 5 waktu dengan solat hari raya dan jumaat! Sekali lagi saudara tidak berlaku adil dengan saya.

Saudara, pembinaan infrastruktur untuk beribadat seperti surau dan masjid tidak selalu dibina mengikut jumlah saf. Kalau ikut jumlah saf, maka semua surau akan berukuran seperti bilik solat dirumah kita maka macamana nak solat Jumaat dan Hari Raya ?. Ingat! pembinaan infrasruktur tempat beribadat dengan penghayatan agama Islam seperti kekerapan ke surau atau masjid tidak boleh disamakan. Ia adalah dua perkara yang harus ditangani secara berasingan. Dan jangan sesekali menilai surau ditempat saudara sebagai kayu ukur untuk mengatakan semua surau solat 5 waktu hanya 1 saf sahaja. Ingat! itu sebab dibentuk ajk surau dan masjid untuk pastikan ada yang makmurkannya setiap waktu solat kerana realitinya tidak semua orang mampu hadir ke surau setiap waktu.Kalau tidak dibentuk ajk maka akan kosonglah surau itu. Dan ajk masjid yang dilantik itupun silap-silap jika tidak memegang jawatan juga akan sering "ponteng". Ingat lagi! ibadah bukan hanya di surau dan dimasjid sahaja....diluar sana terlampau banyak medan untuk kita beribadah...ingat" kita ada hukum fardhu ain dan kifayah...janganlah hanya kerana tidak ke surau kita cop atau pandang serong pada seseorang walaupun saudara tidak berpandangan begitu.

Di Eropah yang mana muslimin minoriti juga akur akan tidak satu senpun pembinaan masjid dibiaya kerajaan...hatta di Singapura sebahagian pembiayaan adalah melalui potong gaji rakyat beragama Islam.

Malaysiaku jauh lebih baik....

Baca sejarah, be objective...hati boleh panas...kepala kena cool beb.....kalau nak main isu banyak boleh dimainkan....Nik Aziz kronisme dan nepotisme dan rasuah haji ( istilah baru macam rasuah politiklah), PR amal nepotisme sebab paling ramai ada anak beranak dalam Parlimen dan menguasai parti masing-masing, PAS mengkhianati Islam dengan bersekongkol dengan DAP yang tidak mahu hudud malah sekarang cuba masuk campur dalam pembinaan masjid pulak...itupun kalau nak dimainkan isu....

Wednesday, December 9, 2009

Masjid VS Rumah Ibadah - Perlu ke Sama Banyak ?

Salam ,

Apabila Ahli Parlimen DAP menanyakan mengapa kerajaan memperuntukkan jumlah yang lebih untuk membina masjid melebihi Rumah Ibadah agama lain, saya tidak mempunyai pilihan untuk beranggapan bahawa:-

1) Dia tidak tahu apa yang dicakapkan kerana mempunyai hal tersirat yang lain yang sebenarnya hendak disampaikan...agenda sulit

2) Mahu dilihat sebagai hero yang memperjuangkan hak golongan minoriti

3) Tidak faham konsep keadilan sosial yang mahu disamakan dengan kesamarataan sosial atau sengaja buat-buat tidak faham

4) Kebiadapan yang tidak boleh dibendung lagi kerana telah merasa kuat dan dianggap telah "beriman" oleh PAS dan bolehlah menyentuh hal ehwal umat Islam Malaysia.

Kita sering mendengar ceramah-ceramah dari PAS khususnya Mat Sabu yang mengatakan bahawa UMNO akan meniupkan perkauman apabila merasa UMNO lemah sebagai contoh peristiwa 13 Mei.

Saya ingin mempertikaikannya kerana, kita juga boleh mengatakan begini; semangat perkauman akan ditiupkan apabila pembangkang merasa kuat daripada UMNO dan BN. Buktinya, UMNO kuat sepanjang pemerintahan Tun Dr Mahathir dan sepanjang itu semua rakyat hidup aman, menikmati kemakmuran ekonomi dan sebagainya. Kita jangan lupa, peristiwa 13 Mei berlaku ketika mana pembangkang menang beberapa kerusi DUN dan Parlimen.

Bukti lagi ialah sekarang ini, apabila merasa kuat, maka timbullah suara-suara seperti menukar papan tanda jawi ke bahasa lain, BTN perkauman, masjid banyak sangat berbanding rumah ibadah lain, DEB dipertikaikan, Ketuanan Melayu tiba-tiba menjadi sesuatu yang mencekik tengkorok bukan-Melayu dan lain-lain lagi. Jadi kita juga ada hak untuk berpendapat begitu!

Bukan itu sahaja, mereka telah secara bebas mengguna-pakai ayat-ayat suci Al-Qur'an dikalangan mereka yang bukan Islam dan direstui ulama-ulama PAS .

Maka Mat Sabu, bacalah politik secara bijak dan adil. Ingat ! APA KEUNTUNGAN ISLAM DAN MUSLIMIN DI MALAYSIA SEPANJANG PAKATAN RAKYAT MUNCUL ! ?

1. Islam dapat dimartabatkan sehingga terwujudnya negara Islam?
2. Hudud telah pun dapat dilaksanakan yang mana tidak dapat dilaksanakan dalam pemerintahan BN? atau sekurang-kurangnya ada komitmen untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat bila memerintah Malaysia nanti?
3. Melayu di negeri-negeri Pakatan khususnya Pulau Pinang telah dapat mencapai ekuti 30% atau lebih daripada itu hasil kesaksamaan pemerintahan Khalifah Lim Guan Eng a.k.a Umar Abd Aziz celup?

Saya tidak pernah mendengar bahawa tokong-tokong Cina dan Kuil Hindu penuh sesak dimana-mana di dalam Malaysia sehinggakan perlu diberi peruntukkan lebih. Ini berbeza dengan masjid dan surau yang mana secara lazimnya sering penuh sesak di kawasan kediaman dan taman-taman perumahan samada untuk solat Lima waktu atau solat Jumaat dan Hari Raya.
Maka atas dasar itulah peruntukkan lebih diberikan kepada masjid dan surau.

Kekerapan penggunaan masjid dan surau juga saya kira lebih jika dibandingkan dengan rumah-rumah ibadah yang lain. Tidak pernah pula saya dengar agama-agama lain yang bersembahyang secara berjamaah 5 kali sehari di semua kariah yang mana memang amat diperlukan untuk dibina bagi setiap kariah. Ada ke konsep kariah pada agama lain?

Di Batu Caves pun yang kita dapati perhimpunan besar-besaran satu tahun sekali dan dikuil-kuil lain secara puratanya juga begitu.

Maka di mana rasionalnya permintaan DAP itu? Atau apakah sengaja mahu bermain api!!

DAP harus melihat Singapura terlebih dahulu, apakah jumlah masjid atau tokong yang lebih di sana atau memang secara keperluannya, tidak diperlukan tokong sebegitu banyak berbanding masjid.

Ini konsep keadilan sosial. Yang mana memerlukannyalah yang diberikan bukan sebaliknya. Keadilan bukan kesamarataan.

Fikirkanlah....

Thursday, December 3, 2009

PIJAK GAMBAR : Pakatan Rakyat OH Pakatan Rakyat !!!

Kata-Kata Anwar semasa menipu rakyat bahawa 16 September Pakatan Rakyat akan mengambilalih kerajaan melalui lompat parti (ketika itu lompat parti suatu yang amat positif tetapi bila gagal dan di Perak pulaBN berjaya menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat, maka melentinglah semua sehingga ada upacara biadap memijak gambar-gambar ADUN Perak yang melompat parti) Bukan itu sahaja, mereka terpaksa menelan balik apa yang mereka katakan sebelum ini dan melakukan apa yang mereka katakan jangan dilakukan oleh BN....

Sila baca ini:-

- Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan.



- Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa.


- Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.

- Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.

- Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman.

.....mereka tersentak apabila ianya berlaku Di Perak dan bermulalah cakap tak serupa bikin dan gila kuasa sehinggakan menyerupai gila talak.......Anwar sedang menghitung hari.....salah sendiri..

Monday, November 30, 2009

PAS, NIK AZIZ DAN DR ASRI ZAINAL ABIDIN...dari mana kamu semua mendapat LEGITIMASI.?


( Kita bukan nak cari tokoh agama yang hanya pandai berhujjah dan "stylo" tetapi juga berpijak kepada kebenaran)

Salam,

Semakin kalut dan tersasar sehingga logik akal dan naluri Islami gagal membenarkan segala kenyataannya....

Dari mana mereka semua mendapat legitimasi (keabsahan) untuk mengatakan apa yang dikata semuanya betul!!

Dan lebih parah lagi menggunakan sentimen doa sebagai peluru yang diyakini akan mengenai sasarannya. Sebenarnya doa digunakan sebagai lapik kepada perbuatan sebenar iaitu sumpah seranah.

PAS sering menggunakan Al Qur'an untuk mengatakan mereka adalah Parti Allah yang wajib disokong. Dari mana legitimasi diperolehi untuk mengatakan ianya benar. Sebagai satu contoh ayat Al-Qur'an:- " mereka mencintai Allah dan Allah mencintai mereka.."

Kalau ayat yang mengatakan mereka mencintai Allah, maka boleh sahajalah mereka megakuinya tetapi bila, Allah mencintai mereka, apakah maksudnya PAS? dan bukan yang lainnya?

Ini persoalan besar iaitu LEGITIMASI ! Janganlah ayat yang umum dikhususkan kepada PAS !

Nik Aziz pula melegitimasikan amalan nepotisme dan kronisme dengan mencontohkan Rasulullah saw melantik Saidina Abu Bakar dan Usman bapa mertua sebagai pemimpin. Bila Rasulullah melantik saidina Abu Bakar dan Usman? Tidakkah Rasulullah tidak meninggalkan wasiat siapa penggantinya sebagaimana yang diyakini Ahlus Sunnah Wal Jamaah?

Apabila Nik Aziz membatalkan pemergiannya ke Mekah maka dikatakan ada Quraisy Malaysia yang menghalangnya ke Mekah. Apa legitimasinya ia membuat kenyataan itu? Bukankah sudah terang bahawa dialah yang membatalkannya dan jika ianya bukan wang rasuah, mengapa dibatalkan pada tahun ini? Apakah tahun ini ianya dikira rasuah tapi tahun depan tidak sehinggakan beliau mengatakan tahun depan dia akan pergi samada dibiaya atau tidak.?

Masalah legitimasi ini adalah masalah pokok yang perlu dibincangkan. Kita seringkali "perasan" bahawa ayat-ayat Al-Qur'an, Hadis, sejarah selalunya menyebelahi kita dan kitalah itu yang dikatakan di dalam Al-Qur'an, Hadis dan sejarah sehinggakan kita menjadi ujub dan takabur.

Seorang lagi orang agama yang saya lihat sudah hilang sifat-sifat yang harus ada pada pendakwah ialah Dr Asri Zainal Abidin. Kalau kita perhatikan dia meletakkan dirinya sebagai standad kebenaran sehinggakan dialah yang sebenarnya ingin membolot kebenaran hanya pada pandangannya sahaja.

Dia memperkatakan pendakwah-pendakwah sekarang hanya tukang cerita, tiada ilmu yang dibawa dan kosong isinya. Dia merasakan pula peristiwa didakwa mengajar tanpa tauliah sebagai ujian dan pengorbanan sebagaimana para pejuang dahulu! Dia pergi ke Bandung dan berkhutbah dan secara sinis mengatakan di sana tidak perlu tauliah! Dia lupa di Thailandpun tidak perlu tauliah kerana memang itu peraturan di sana.

Ini semua kesan daripada merasakan diri sebagai pemegang kebenaran dan memperolehi legitimasi dan siapa yang tidak sehaluan maka dia dalam kesesatan.

Saya lihat seperkara lagi iaitu Mufti Perak yanag dahulunya disanjung PAS dan sekutunya kerana ada kenyataan-kenyataan Mufti Perak yang menyebelahi mereka tetapi selepas peristiwa kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat dan peristiwa demontrasi menahan kereta Raja Muda Perak yang tidak dipersetujui Mufti Perak, mereka mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan negatif seperti mempertikaikan ilmu Mufti Perak. Inilah perangai mereka.

Saya agak keras dan sedikit emosi tetapi semakin hari semakin muak dengan perkembangan yang berlaku lebih-lebih lagi terhadap tokoh-tokoh agama yang "perasan" bagus itu....

Friday, November 20, 2009

MCA - BENAR-BENAR BERKRISIS ATAU BERMAIN WAYANG???

Salam Sejahtera.

1) Politik bangsa Cina adalah selicik apabila mereka menjalankan perniagaan. Ini suatu kenyataan yang saya rasa diterima umum. Bangsa Cina juga dikenalai sebagai sebuah bangsa yang rajin serta "boleh hidup" jika dicampakkan kemana-mana sahaja. lihat hampir dimana-mana negara wujud China Town.

2) Apakah ini suatu kesalahan? Tentunya tidak. Bagi saya, ia adalah wajar begitu memandangkan kita menuai apa yang kita tanam. Mereka rajin, bersemangat, berilmu dan sebagainya justeru itu mereka boleh maju.

3) MCA parti terbesar cina di Malaysia sedang berkrisis teruk. Dari satu isu ke isu yang lain dan nampaknya perlukan Perdana Menteri campur tangan.

4) Apakah MCA berpolitik sehinggakan bakal membayar harga yang mahal dengan terus berkrisis ataupun MCA tahu walaupun MCA hancur tetapi akhirnya bangsa cina bakal memperolehi sesuatu.

5) Apakah kita sedar bahawa selama berpolitik di Malaysia, bangsa cina dari parti manapun akan bersatu demi survival bangsa mereka? Apakah MCA tidak begitu sekarang ini?

6) Apakah kita sedar bahawa Melayu sedang berpecah dan lemah dan ini peluang keemasan untuk memperkuat bangsa cina di Malaysia ini?

7) Bukan perkauman, tetapi Melayu perlu sedar akan perkembangan ini seterusnya.

Fikir-fikirkan.....Ingat! Melayu bersatu barulah Malaysia boleh bersatu......

Thursday, November 12, 2009

Keterbukaan VS Tangkapan...Apakah kita sudah Bersedia

Salam,

Memang sudah agak lama saya tidak menulis di dalam blog ini dek kerana kesibukan tugas-tugas harian disamping berada di luar negara atas urusan perniagaan.

Menulis hal ehwal yang berkaitan dengan Islam memang perlu berhati-hati kerana kalau tidak dihentam kerana tidak seiring fahaman orang yang menghentam, atau dikatakan tidak berotoriti untuk bercajkap tentang Islam..

Tauliah adalah isu yang timbul dalam isu penahanan Dr Asri Zainal Abidin baru-baru ini. Tauliah dikatakan perlu untuk mengawal agar penceramah itu benar-benar berilmu dan layak untuk berbicara tentang Islam. Di samping itu, tauliah adalah untuk memastikan fahaman pegangan penceramah itu sama seperti yang diamalkan oleh jabatan-jabatan agama Islam dalam negara ini iaitu Ahlus Sunnah wal Jamaah bermazhab Syafie.

Maka penahanan Dr Asri adalah kerana beliau berfahaman Wahhabi.

Saya akui memang saya tidak bersetuju dengan fahaman Wahhabi serta beberapa pemikiran Dr Asri yang muncul kerana asas pemikirannya adalah berdasarkan cara berfikir seorang yang bermazhab wahhabi.

Namun saya juga tidak bersetuju jika perbezaan pandangan diselesaikan dengan tangkapan.

Islam yang hadir hari ini dihadapan kita adalah Islam yang telah melalui proses ijtihad dan tafsir. Maknanya, ia muncul pada zaman ini dalam bentuk yang telah diijtihadkan serta ditafsirkan oleh ulama-ulama sebelum ini pasca zaman kenabian, sahabat dan tabiin serta salafus soleh.

Sedangkan dizaman sahabat lagi Islam telah ditafsirkan secara berbeza dari para sahabat besar atas nama ijtihad dan siyasah syariiyah. Inikan pula dizaman kita!

Maknanya, Islam yang tiba dizaman kita adalah Islam yang bukan 100% Islam yang dibawa dan diamalkan sebagaimana kehendak pemilik dan pembawa Islam iaitu Allah dan Rasulullah s.a.w.

Kerana apa? Selagi ia atas nama ijtihad dan tafsir, selagi itu ia membawa maksud tidak 100%. Memang dasar ijtihad dan tafsir adalah berdasarkan sumber Islam Al Qur'an dan Hadis tetapi isunya ialah isu pemahaman mujtahid dan pentafsir yang tidak maksum itu yang membuatkan ianya kurang dari 100% tepat.

Hari ini kita lihat, perbezaan pendapat dikalangan umat Islam, semuanya mengaku merujuk kepada Al-Qur'an dan AS Sunnah. Sunni kata dia rujuk Al Qur'an dan Sunnah begitu juga Wahhabi, Syiah,Umno dan Pas dan lain-lain.

Maka sudah tiba masanya kita menganut suatu pendekatan yang lunak dan berlapang dada atas perbezaan pendapat ini. Tangkapan dan tahanan adalah perlu jika bukti jelas diperolehi ajaran yang dibawa seseorang itu terkeluar dari Islam. Jika wahhabi dikenakan tahanan, ini menggambarkan kepada kita jabatan agama Islam di Malaysia ingin menyatakan bahawa...Wahai Arab Saudi, hampir keseluruhan rakyat kamu sesat, begitu juga jika Syiah ditahan, ini memberi gambaran bahawa Iran dan beberapa negara majoriti penganut syiah adalah sesat!

Beberapa pendekatan perlu dibuat:-

1) Bagi menghormati fahaman masing-masing maka saya mengesyorkan bahawa penceramah-penceramah yang alirannya berlainan dengan pegangan majoriti umat Islam di Malysia dibenarkan hanya berceramah di lokasi-lokasi persendirian dan bukan umum. Cadangan ini tidak termasuk ajaran-ajaran yang telah jelas sesat seperti Rasul Melayu, Ayah Pin dan seumpamanya..

2)Isu hendaklah dijawab dengan keilmuan bukan tangkapan. Kita kena terima hakikat bahawa zaman ini maklumat dan ilmu boleh didapati dimana-mana maka ilmu adalah instrumen penting untuk nenghadapi perbezaan pendapat bukan tangkapan..

3) Majlis dialog antara ulama yang berlainan fahaman harus digalakkan bagi tujuan perpaduan Islam. Ingat, perpaduan Islan bukan bermaksud satu mazhab, kita boleh berpadu dalam kepelbagaian, yang penting tidak ada sifat taksub kepada mazhab.

Ini adalah beberapa pendekatan bagi menyuburkan budaya ilmu dikalangan umat Islam. Untuk itu, yang penting kita tidak membawa aliran keras TAKfir iaitu mengkafirkan sesama Islam dan mengeluarkan fatwa-fatwa yang menghalalkan darah sesama Islam...Yang ini wahhabi kena jawab......

Thursday, November 5, 2009

Siaran Ulangan - DR ASRI ZAINAL ABIDIN

DRMAZA PENGEMUDI BAHTERA PERUBAHAN MINDA YANG INGIN BELAYAR SEORANG DIRI SAHAJA DI LAUTAN YANG LUAS.
Salam,

Agak panjang tajuk kali ini dan menyentuh lagi tulisan Dr Maza berkaitan wahhabi. Saya ingin mengajak pembaca berlaku adil untuk kita sama-sama melihat kembali tulisan Dr Maza tempohari:-

Apakah Benar Wahhabi Merupakan Misteri Di Malaysia?
Jawapan atas tulisan : Misteri Wahhabi di Malaysia- Dr Maza.


Dr Maza menulis :
Perkataan ‘wahhabi’ dalam penulisan Barat mempunyai berbagai huraian. Kesemuanya menjurus kepada aliran Islam yang dilihat begitu berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah secara literal dan enggan melihat tafsiran yang lebih moden atau tafsiran yang agak ‘western influence’. Clinton Bennet memasukkan ‘wahhabis’ dan deobandis dibawah kelompok ‘traditionalists’ yang bererti sekaligus berada di bawah aliran ‘fundamentalist’ (lihat: Muslim and Modernity 18-20, London: Continuum).
Sebahagian penulisan Barat melihat wahhabi sebagai aliran yang menganggap ‘hanya Islam agama yang benar’, wajib menegakkan ‘Islamic State’, adanya ‘jihad’ menentang kuffar dan lain-lain ciri-ciri yang dianggap unsur ‘padang pasir’ sekaligus cuba dikaitkan dengan terrorism.

Jawapan saya :-

Pandangan ini sebenarnya adalah berdasarkan oleh tinjauan lapangan dengan adanya kelompok tajdid terutama dengan munculnya kelompok Al Qaidah yang memang dasar pergerakannya dengan adalah dasar pandangan Wahhabi. Termasuk mereka yang tertangkap di Saudi yang menjadi pusat Wahhabi itu sendiri. Pada mulanya memang Muhammad Abdul Wahhab menjadi maskot ulama untuk pengembangan Dinasti Al Saud, tetapi sekarang wahhabi melihat bahawa kerajaan Saudi sudah meninggalkan ajaran asli. Mereka bergerak dengan nama Tajdid (pembaharuan), Salafi. Apapun namanya, semua gerakan Wahhabi masih dibawah tajaan dan biaya Dinasti Al Saud.

Dr Maza menulis:

Di Malaysia pula, perkataan ‘wahhabi’ adalah perkataan jelas. Kerana, ramai yang menyebutnya atau menfitnah orang lain dengan menggunakan perkataan itu.

Jawapan saya:
Bagaimana tidaknya?. Pengikut kelompok ini, menolak setiap pandangan ulama sekalipun ulama tersebut adalah ulama mazhab dan ulama yang kontemporer dan moden, seperti pandangan Qardhawi yang mengatakan : “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah swt” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum , m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah). (saya gunakan rujukan yang sama dengan DRMAZA !)

Di sesetengah tempat wahhabi menuduh orang lain sebagai pelaku amalan-amalan khurafat. Mereka membawa dalil ulama tempatan yang menolak kenduri arwah (menurut wahhabi adalah khurafat) seperti Bughyah al-Talab karangan Syeikh Daud al-Fatani sendiri menyebut: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya”.

Padahal terdapat dengan jelas seperti di Indonesia ada kelompok Nahdahatul Ulama dan Muhammadiyah. Nahdahatul Ulama adalah kelompok yang memiliki ulama yang tidak sedikit dan juga memadai untuk dikatakan ulama, mereka membolehkan amalan kenduri arwah, bertentangan dengan Muhammadiyah yang mengaku sebagai gerakan tajdid. Kenapa harus dipertentangkan?, kerana ijtihad masih terbuka dan kita boleh sahaja berbeza pendapat, dengan dasar yang ada di dalam kitab (begitu pandangan ulama Nahdahatul Ulama).

Wahhabi juga adalah kelompok yang menolak sesetengah kelompok agama pula, yang mana mereka membaca dan menyebarkan riwayat-riwayat yang dikatakannya "tertolak' dengan memberikan predikat Israeliyat yang bercanggah dengan nas-nas Islam, hadis-hadis palsu atau kisah-kisah wali atau sufi yang menjadikan manusia keliru tentang keanggunan Islam. Jadi kelompok Wahhabi ini hanya menyatakan dirinya sendiri yang benar, dan kalau ada yang berbeza dengannya maka dikatakan sebagai pengikut Israeliyat dan bercanggah dengan Islam. Mereka menuduh hal itu, sekalipun orang beramal dan berkeyakinan dengan bersandarkan nas Qur'ani. Kita tidak menafikan memang ada yang Israeliyat, tetapi ulama Islam secara keseluruhan tidak sepakat hadis mana yang Israeliyat atau yang bukan, bukan hanya wahhabi sahaja yang boleh menentukan suatu hadis itu Israeliyat atau bukan.

Lebih buruk lagi, wahhabi menuduh aliran tarekat, atau sebagai pembaca hadis-hadis palsu dan lucu, dan juga mentohmah mana-mana sahaja guru yang mengajar al-Quran dan Hadis sahih serta tidak bersetuju dengan tarekat itu akan disenaraikan sebagai wahhabi. Ini memang ada kebenarannya, kerana hanya wahhabi yang melakukan tindakan seperti itu. Mereka tidak mahu menerima sebarang nama tarekat atau melihat kembali dasar tarekat dari Qur'an dan Hadis. Bagi golongan wahhabi semua tarekat adalah bid'ah, dan mereka katakan sebagai mengajarkan ajaran sesat dan keluar dari Quran dan Hadis sahih. Seolah-olah hanya wahhabi yang dapat memahami Qur'an dan menentukan hadis mana yang sahih?.

Begitu juga Wahhabi - versi Drmaza- menganggap dirinya sebagai seiring dengan pandangan modernism dan rationalism kerana beliau berpendapat: "Demikian ketika saya menjadi mufti dahulu, apabila saya memberikan padangan larangan mengintip (tajassus), boleh menjawab salam bukan muslim, wajib membinkan kepada bapa asal sekalipun bapanya bukan muslim, masjid untuk kaum cina, keluasan menerima pandangan dan lain-lain lagi, maka pandangan-pandangan ini dituduh oleh sesetengah pihak agama sebagai wahhabi. Padahal pandangan tersebut jika dibincangkan di Barat dianggap dalam aliran modernism atau rationalism dan penentangnya mungkin akan dimasukkan kepada kelompok wahhabism.

Jika DrMaza dapat mengamalkan pandangannya atau beramal dengan apa yang dia ucap, keluasan menerima pandangan, maka semua tulisan yang ada dalam –Misteri Wahhabi di Malaysia- sudah terbatal dengan dalilnya sendiri, kerana tulisan itu membuktikan dia tidak menerima pandangan orang lain yang masih terbuka kemungkinan tidak seperti apa yang beliau tuduh.

Dr maza menulis : Di Malaysia, sebaliknya, yang terbuka itu wahhabi dan sesat, yang tertutup itulah yang ‘membolot segala kebenaran’. Cara fikir beginilah yang menguasai sektor-sektor agama kerajaan dan mencepatkan ‘pereputan’ kekuatan kerajaan yang ada. Cara fikir begini jugalah yang menguasai sesetengah aliran agama dalam pembangkang. Sebab itu barangkali, lima puluh tahun kemerdekaan, bukan muslim bukan sahaja tidak bertambah faham, sebaliknya bertambah keliru dan tegang mengenai Islam.

Ini sepenuhnya benar, kerana tulisannya Misteri Wahhabi di Malaysia menolak semua pandangan dan pendapat ulama, kelompok dan juga masyarakat lain yang tidak sependapat dengannya. Tulisan itu sendiri menjadi dalil sifat Wahhabinya DrMaza.

Dr Maza menulis lagi:
Tindakan mereka ini mengingatkan saya kepada artikel David Brubaker bertajuk Fundamentalisn vs Modernism: A Consideration of Causal Conditions bahawa penentangan terhadap pembaharuan lebih merujuk kepada masalah survival kelompok. Dalam usaha untuk hidup dan terus mendapat tempat dalam masyarakat dan kerajaan maka golongan pembaharuan akan ditentang.

Ini tidak sepenuhnya benar, namun jika kita teliti fahaman wahhabai ini, memang Wahhabilah dengan semua dakwaannya sebagai pembaharu dan pembaharuan, merupakan usaha untuk penentangan terhadap apa yang sebenarnya yang sudah ada di dalam Islam. Gerakan ini sedang merosakkan Islam dari dalam Islam dengan mengibarkan bendera yang berslogankan "Pembaharuan/bahtera pembaharuan minda dsb", yang mana sebenarnya tidak lain inilah bid'ah itu sendiri. Dengan alasan ini kebanyakan umat Islam menolak gerakan atau aliran Wahhabi ini.


Lihatlah ini:
Dalam Kitab Abdurrahman bin Muhammad bin Qosim al-Hambali an-Najdi berjudul “Ad-Durar as-Saniyah”: Muhammad bin Abdul Wahab menyatakan: “…Dahulu, aku tidak memahami erti dari ungkapan Laailaaha Illallah. Kala itu, aku juga tidak memahami apa itu agama Islam. (Semua itu) sebelum datangnya anugerah kebaikan yang Allah berikan (kepadaku). Begitu pula para guru(ku), tidak seorangpun dari mereka yang mengetahuinya. Atas dasar itu, setiap ulama “’al-Aridh’” yang mengaku memahami arti Laailaaha Illallah atau mengerti makna agama Islam sebelum masa ini (anugerah kepada Muhammad bin Abdul Wahhab, ) atau ada yang mengaku bahawa guru-gurunya mengetahui hal tersebut maka ia telah melakukan kebohongan dan penipuan. Ia telah mengecoh masyarakat dan memuji diri sendiri yang tidak layak bagi dirinya.” (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 10 halaman 51 )

Tidakkah dapat dilihat di sini bagaimana Muhammad bin Abdul Wahhab telah melakukan:

a- Mengaku hanya dirinya (monopoli) selama ini yang faham konsep Tauhid dari kalimat Laailaaha Illallah dan telah mengenal Islam dengan sempurna.

b- Menafikan pemahaman ulama dari golongan mana pun berkaitan dengan konsep Tauhid dan pengenalan terhadap Islam, termasuk guru-gurunya sendiri dari mazhab Hambali. Apatah lagi dari mazhab lain.

c- Menuduh para ulama lain yang -versinya- tidak memahami konsep Tauhid dan Islam telah melakukan penyebaran ajaran batil, ajaran yang tidak berlandaskan ilmu dan kebenaran.

d- Hanya dirinya yang mendapat anugerah khusus Ilahi itu. Dan dirinya pulalah yang berhak mendapat pujian, baik di dunia mahupun di akhirat. Kerana tentu kebatilan -versinya- mustahil akan menjanjikan keselamatan dan kebahagiaan sejati di akhirat.

Beginilah Wahhabi dan ini bukan misteri.

Tuesday, September 29, 2009

Kesetiaan pada parti bukan kriteria paling penting.

Salam.

1) Pilihanraya Bagan Pinang tidak lama lagi dikatakan merupakan kubu kuat UMNO/BN sejak dulu lagi oleh itu calon tidak penting kerana letak siapapun calon BN akan menang.

2) Kebenaran kenyataan ini masih diperdebatkan dikalangan rakyat kerana jika benar calon tak penting mengapa mesti Tan Sri Isa Samad?

3) UMNO perlu calon yang bersih dari sebarang skandal atau isu yang boleh digunakan oleh parti pembangkang. Ini semua orang setuju lebih-lebih lagi pasca PRU12. Kita bukan mahu mencari calon yang setia dengan parti tetapi yang tiada isu dan bersih dan kelihatan bersih. Tidak guna seseorang yang setia tetapi boleh dijadikan bahan propaganda pembangkang dalam pilihanraya kecil.

4) isa Samad memang setia, tak banyak buat hal dalam parti,berjasa dan lain-lain. Namun untuk dijadikan calon sekarang ini banyak akan menimbulkan isu.

5) Mungkin benar dia akan menang, tetapi kemenangan itu tidak memberikan kelebihan kepada UMNO/BN untuk rakyat Malaysia menerima UMNO mahukan perubahan. Dan tidak mustahil pula pengundi-pengundi yang dahulunya menyokong BN akan meluat dengan calon pilihan BN dan keputusan akan menjadi sebaliknya.

6) Umno Teluk Kemang mahu menjaga hati Isa Samad maka Isalah yang dicalonkan. Umno Teluk Kemang lupa Isa Samad bukan satu-satunya calon yang layak malah beliau sebenarnya adalah satu-satunya calon yang tidak layak kalau mengambilkira imej Umno yang hendak menjalani perubahan.

7) Kenyataan ini bukan kerana saya ada masalah peribadi dengan Isa Samad tetapi inilah suara akar umbi.


Maka kita lihatlah nanti suara-suara rakyat pasca pilihanraya Bagan Pinang tidak kir samada Umno/Bn menang atau kalah.

Thursday, September 17, 2009

HARI AL-QUDS SEDUNIA : PENYEBAB ZIONIS MARAH KEPADA IRAN..

Salam Semua,

Apabila Al Marhum Imam Khomeini berjaya menyahkan sekutu kuat Amerika Syarikat Shah Reza Pahlavi, berkemundang pula slogan seperti "Mari Membebaskan Al-Quds" , " Kita akan solat berjemaah di Masjidil Aqsa tidak lama lagi" dan yang paling popular ialah AlMarhum Imam Khomeini menamakan hari Terakhir Jumaat Bulan Ramadhan sebagai Hari Pembebasan Al Quds Sedunia.

Maka, secara akli dan logiknya masakan Zionis tidak benci kepada Iran. Kita masih ingat ketika Tun Dr Mahathir mengatakan Amerika sebagai proksi Zionis maka gegak gempita suara-suara kemarahan ditujukan kepada Tun Dr Mahathir. Itu suatu kenyataan sekali sekala Tun.

Maka, Iran pula sejak Al Marhum Imam Khomeini memimpin gerakan revolusinya yang nampak terserlah pada tahun 1967 lagi telah memuatkan suatu advokasi membebaskan Palestin sebagai hasil dari sebuah idealisme perjuangan Islam yaang konsisten hingga ke hari ini.

Hari Jumaat ini, 18 September 2009, adalah Hari Pembebasan Al Quds Sedunia iaitu hari terakhir Jumaat pada bulan Ramadhan untuk Ramadhan tahun ini.

Mengapa dipilih hari itu?

1. Hari Jumaat adalah hari yang mulia di sisi Islam,
2. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulis di sisi Islam,
3. Hari-hari terakhir Ramadhan ( khususnya 10 hari terakhir Ramadhan terdapatnya malam lailatul Qadr) adalah hari-hari dalan satu tahun yang mulia di sisi Islam,
4. Selain Mekah dan Madinah, Baitul Maqdis adalah juga tanah suci yang mulia di sisi Islam.

Maka, kempat-empat perkara ini adalah cukup untuk Muslim sedunia merasa terpanggil untuk menyemarakkan hari Pembebasan Al-Quds ini.

Maka, zionis amat takut akan terwujudnya solidariti ummah atas Hari Pembebasan Al-Quds Sedunia ini. Zionis tidak takut jika diadakan demonstrasi jalanan bermusim oleh politikus yang mengambil kesempatan atas isu Palestin ini.

Zionis tidak gentar hanya dengan laungan demonstrasi Pemuda PAS, UMNO atau siapa sahaja yang bermusim lebih-lebih lagi ketika Gaza diserang maka ketika itulah nampak garangnya!

Yang zionis bimbang dan marah, ialah apabila ada satu hari dalam setahun dinamakan Hari Pembebasan Al-Quds dan semua umat Islam menyahutnya secara konsisiten setiap tahun.

Maka tidak pelik propaganda zionis yang dikunyah oleh sesetengah ulama yang buta menghentam Imam Khomeini dan menggelar Al Marhum sebagai Dajjal dan mengkafirkan syiah. Lebih-lebih lagi ia dikunyah oleh ulama Arab Saudi dan diikuti pula sestengah ulama di Malaysia yang tidak habis-habis kerjanya mengkafirkan syiah.

Mengapa syiah? mengapa Imam Khomeini? dan mengapa Iran?....

Bagaimana sikap kita terhadap ulama-ulama ini yang mengeluarkan fatwa bahawa demonstrasi anti-zionis adalah haram, bagaimana sikap kita terhadap Mesir yang menghalang bantuan masuk ke Gaza dan menangkap sukarelawan untuk menghulurkan bantuan ke Gaza?

Kita jangan silap membaca politik zionis ini.

Bagi yang jiwanya bersih dari syubhah dengan berkawan dengan Amerika, maka kita katakan sudah-sudahlah, jangan pura-pura simpati terhadap Palestin dalam keadaan tangan masih menghulurkan persahabatan kepada musuh-musuh Islam.

Anwar, Erdogan, Raja Abdullah Jordan, Raja Abdullah Saudi, Hosni Mubarak dan seumpama dengannya...jangan temberang!

Kalau benar kamu semua berperanan untuk isu Palestin, Amerika tak akan bersikap lunak terhadap kamu.

Ini kayu ukur yang mesti kita gunakan.

Mengapa Iran dibenci Amerika dan Israel sehingga diwujudkan bajet khas untuk kerja-kerja propaganda menghentam Iran? Tiadak lain tidak bukan adalah kerana konsistensi Iran terhadap isu Palestin.

Maka jika ada dikalangan kita juga membenci Iran dan suka menimbulkan isu-isu basi sunni-syiah, maka mungkin bajet khas itu telah sampai kepada mereka.....

Monday, August 31, 2009

ERTI KEMERDEKAAN = BEBAS DARI KOLONIALISME

Salam,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 tahun.

Saya baru kembali dari Itali sebuah negara yang pernah menjadi negara kolonial.

Mengapa perlu kita tahu apakah erti kemerdekaan? Ini adalah kerana kita perlu tahu "program" terancang ratusan tahun dahulu bagaimana negara-negara kolonialisme mahu menguasai negara-negara lain khususnya negara-negara Islam.

Akibat kolonialismelah negara-negara Islam masih lebih mundur dari negara-negara barat. Akibat kolonialismelah, pemuda-pemuda kita menganut budaya kagum terhadap barat baik dari segi cara hidup, fesyen,seni dan sebagainya.

Akibat kolonialismelah kita lihat budaya setempat terhakis dan muncul budaya barat yang lompong nilai.

Akibat kolonialismelah Tanah Melayu menyaksikan bumiputera tetap mundur berbanding yang lain hingga ke hari ini.

Betul kita telahpun merdeka. Namun apakah kita pasti kita tidak dijajah dari sudut kebudayaan misalnya? Apakah kita tidak merasa bahawa kita sedang berperang secara kebudayaan lawan kebudayaan?

Ingat! perang kebudayaan jika kita kalah, kesannya lebih teruk daripada kesan dari kekalahan perang fizikal. Jepun bangkit balik setelah kalah dalam perang fizikal dalam peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki namun Jepun lebih "hancur" sekarang ini dari sudut kebudayaan walaupun dari sudut lain ia kelihatan maju!

Malaysia bagaimana?

Untuk melihat dan memikirkan kedudukan Malaysia, cukup untuk kita lihat kadar statistik kebejatan moral yang semakin meningkat sekarang ini...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tuesday, August 18, 2009

KES LIWAT ANWAR : KEMPEN MENGGESA KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA.

Salam,

Melihatkan kepada karenah Anwar Ibrahim dalam percubaan demi percubaan menangguhkan kes liwat beliau yang mana yang terakhir ialah meragui kumpulan pendakwaraya serta faktor-faktor seperti dibawah:-

1) Kes ini berkepentingan umum memandangkan beliau disebut-sebut sebagai bakal PM

2) kehilangan kepercayaan beliau terhadap badan Kehakiman (inipun terpilih yang mana dia ada kepentingan dia percaya, yang rasa-rasa kes nak kalah, dia kata Badan Kehakiman tidak bebas )

Maka marilah kita gerakkan satu kempen untuk menggesa kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat kes liwat beliau agar semua pihak termasuk beliau berpuashati dengan keputusannya kelak...

PAK SAMAD "Ayam Sabung" PR di Permatang Pasir.

Salam.

Saya terbaca di portal berita internet yang mengatakan Pak Samad akan turun padang di atas pentas PAS bagi menggesa pemansuhan PPSMI segera bukan tahun 2012.

Saya tidak peduli Pak Samad nak naik atas pentas siapa pun namun yang saya kesal isu yang dibawa Pak Samad masih lagi isu pemansuhan PPSMI dan kali ini digesa pula agar disegerakan.

Saya pernah menulis isu ini dan pernah sms Datuk Hasan Ahmad bahawa GMP selepas ini haruslah menggesa pula UMNO-PAS bersatu (tidak semestinya melalui Kerajaan Perpaduan) yang saya lihat lebih penting daripada isu bahasa yang katanya akan menghilangkan jati diri Melayu dan budaya Melayu maka seharusnyalah kuasa politik Melayu disatukan untuk bukan sahaja jati diri atau budaya tidak akan hilang, dengan MElayu2nya sekali akan lenyap jika kekuatan politik Melayu menjadi lemah.

Apakah jati diri dan budaya Melayu akan terhakis jika kita menunggu hingga tahun 2012? Apakah begitu mendesak hingga kita perlu pemansuhannya sekarang PPSMI dan tidak boleh berlengah lagi?

Apakah Pak Samad sedar Pak Samad sudah menjadi ayam sabung PR untuk hadapi BN? Apakah Pak Samad tidak boleh buat silap dalam melangkah dan kita tidak boleh menegurnya semata-mata beliau seorang Sasterwan Negara?

Ayuh Pak Samad, kita gembeling tenaga untuk memperkuat gesaan menyatukan Melayu yang lebih terdesak daripada isu PPSMI ini. Janganlah Pak Samad dianggap gopoh dan kurang kesabarannya seperti anak-anak muda dalam menghadapi isu ini.

Janganlah Pak Samad dianggap "over" TIDAK KENA TEMPAT dalam terus-terusan MENGGESA KERAJAAN sesuatu yang perlu dibuat secara berperingkat-peringkat bagi memberi masa menyusun semula langkah-langkah yang harus diambil.

Ya, saya agak terganggu dengan cara Pak Samad ini dan ahli-ahli GMP...janganlah kita berlebihan dalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya kita berlebihan....banyak isu-isu mendesak lain yang perlu dilaungkan para sasterawan daripada terperosok ke dalam isu yang dipolitikkan..

Ingat...sesekali berfikirlah sebagai pemerintah yang perlu banyak mengambilkira banyak perkara sebelum membuat keputusan BUKAN seperti menulis sebuah novel yang mana permulaan, pertengahan dan akhirnya kita seorang diri yang menentukannya.....

Saturday, August 15, 2009

HINA ISLAM : Jahil dan Apresiasi Sastera Bukan Paspot Untuk Menghina Islam.

Salam,

Anwar pernah mengatakan penghina Rasulullah Salman Rushdie adalah "profound writer" sebagai apresiasi karya sastera Salman walaupun telah menghina Rasulullah. Baru-baru ini Nik Aziz pula menjustifikasi Dap sebagai jahil dan anti-Islam maka wajarlah dan tidak terperanjat Dap menghina Islam !

Dalam isu hina Islam, apa sahaja alasan tidak boleh dijadikan justifikasi untuk seseorang itu menghina apa pun agama. Yang dibenarkan hanyalah perbahasan ilmiah itupun perlu persyaratan yang ketat agar tidak menimbulkan perbalahan antara agama.

Hina Islam atas alasan jahil dan sebagainya tidak boleh diterima kerana penghinaan dalam bentuk apapun adalah suatu perbuatan terkutuk.

Kalau Nik Aziz tidak hairan Dap menghina Islam kerana jahil, kita pula hairan kepada Nik Aziz yang tidak hairan Dap menhina Islam dan tidak membuat teguran sebagai seorang ulama......

satu lagi bentuk Pakatan antara PAS-DAP-PKR.....semua boleh, semua halal yang haram hanyalah apa yang dibuat UMNO........kesian...

Tuesday, August 11, 2009

Pengkhianat Melayu Dan Kesediaan Bukan Melayu....

Salam,

Keadilan bagi Anwar ialah kesamarataan hak dan pembahagian kekayaan ekonomi Malaysia kepada semua kaum.

Keadilan bagi Anwar ialah segala keberadaan di dalam Malaysia ini dipunyai secara bersama diantara semua kaum Melayu, Cina, India, Iban dan kadazan.

Keadilan menurut Anwar pembasmian kemiskinan tidak hanya kepada kaum Melayu ianya mestilah meliputi semua kaum.

DEB bagi Anwar adalah untuk kroni-kroni Umno yang bertambah kaya dan yang miskin papa kedana.

Baiklah, jika kita bersetuju dengan Anwar maka perkara-perkara berikut mesti dilakukan :-

1. Setelah diteliti, maka kekayaan sekarang lebih dimiliki oleh kaum cina dan India serta yang terkaya juga adalah orang Cina dan India, suatu keadilan dituntut untuk Melayu juga diberi peluang untuk menikmati kekayaan itu setelah bertolak ansur memberikan kerakyatan kepada bukan Melayu..apakah mereka akan memberikannya

2. Pemilikan tanah-tanah dibahagi sama rata diantara kaum maka premis-premis perniagaan di bandar KL misalnya mestilah diberi juga kepada org Melayu secara adil dan saksama sehingga mencapai 50-50 !

3. Pembasmian kemiskinan juga mestilah serentak dengan menaikkan taraf ekonomi orang-orang Melayu yang sekarang ini hanya mencapai 18% dimana selebihnya dimiliki bukan Melayu maka mereka harus bersedia berkongsi aktiviti perniagaan dan ekonomi agar dari 18% ekuiti orang Melayu akan meningkat ke 50% ekuiti orang Melayu. Segala aktiviti ekonomi seperti pembentukan syarikat mestilah diberikan 50% kepada orang Melayu atau India mengikut tahap pemegangan ekuiti semasa sehinggalah terjadi pembasmian kemiskinan secara samarata.

4. DEB memang tidak diperlukan jika langkah-langkah menaikkan ekuiti orang Melayu kepada 50% dan ini adalah adil kerana Melayu tidak meminta lebih daripada separuh...hanya 50% je.

Begitulah keadilan versi Anwar itupun kalau bukan Melayu bersetuju dan bersedia untuk kepunyaan mereka dikongsi bukan hanya tahu berkongsi kepunyaan atau hak Melayu sahaja.!




.

Saturday, August 8, 2009

Isu Arak Membuktikan PR Tolak Negara Islam : PAS TERTIPU !

Salam,

Kalau dalam hal samada membenar atau tidaknya penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam pun Pas gagal melaksanakannya dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, maka jangan mimpi untuk menegakkan negara Islam bersama-sama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Memang sebagaimana yang saya pernah tulis sebelum ini bahawa perlaksanaan hukum hudud ada persyaratannya maka isu ini menjelaskan lagi bahawa DAP dan PKR tidak bersedia ke arah itu dan ini adalah syarat untuk PAS dapatkan terlebih dahulu. Ini adalah kerana, Islam memberikan satu konsep menjaga kemashlahatan umum adalah penting dan jika hudud dilaksanakan secara paksa dan akan mewujudkan suasana tidak menentu maka ia belum cukup syarat untuk dilaksanakan dan tidak melaksanakannya itu masih dalam kerangka melaksanakan Islam dalam ertikata yang lebih luas.

Umno mesti dan diharapkan pegang pada kerangka konsep ini bukan menolak hudud. Jika ini yang difahami maka tiada sebab untuk PAS kekal bersama PR dan tidak boleh bersama UMNO.

Fikirkanlah...

Tuesday, August 4, 2009

ISA MENURUT PANDANGAN ISLAM

Salam,

Berikut ini saya siarkan semula tulisan saya berkaitan ISA untuk dibuka perbincangan semula.

Kecelaruan pemahaman hukum Islam : Menyanggah YB Saari Sungib tentang pemansuhan ISA.

Negara berdaulat adalah negara di mana hukum berada di atas semua manusia, sebagaimana di dalam Islam di mana semua umat Islam berada di bawah undang- undang Ilahi termasuk Rasulullah s.a.w. Keberadaan undang- undang ialah untuk memastikan bahawa semua menjalani kehidupan beriringan dengan hukum atau undang-undang.

Undang - undanglah yang memastikan seseorang itu bersalah atau tidak, seseorang itu patut ditahan ataupun tidak. Setiap penahanan wajib berdasarkan hukum di mana hanya dengan hukumlah maka seseorang itu boleh ditahan. Seorang yang ditahan itu tentunya berdasarkan penahanan yang ada undang-undangnya untuk dia boleh ditahan terlebih dahulu sebagai suatu proses undang-undang, kalau undang-undang untuk itu tidak ada, seseorang itu tidak boleh ditahan walaupun ia sebagai suatu proses undang-undang. .


ISA adalah perlaksanaan daripada pemikiran di atas, di mana negara meletakkan sesuatu undang-undang sebagai alat untuk memastikan semua berjalan diatasnya dan semua akan berjalan berdasarkan hukum. Maka kalau tidak ada ISA, barulah boleh dikatakan yang terjadi adalah penahanan tanpa didasari oleh hukum. Perletakan ISA adalah perletakan hukum yang jelas terhadap beberapa perkara yang akan menyebabkan seseorang akan ditahan.

YB Saari Sungib Tidak Jelas Tentang Kaedah fiqhiyyah


Ada beberapa proses dasar fiqhiyyah yang sebenarnya tidak terutarakan di sini oleh YB Saari Sungib iaitu, ketika terjadi bilamana seseorang akan diadili, maka orang itu dinyatakan sebagai tertuduh terlebih dahulu, iaitu kondisinya ialah dia belum terbukti bersalah. Selama dia belum terbukti bersalah maka dia akan mengalami proses hukum atau proses pengadilan, di mana orang tersebut tidak boleh dibebaskan di dalam masyarakat sehingga jatuhnya hukum kerana dalam konteks ISA kesalahannya bukan seperti kesalahan jenayah biasa namun melibatkan keamanan negara.

Maka harus diteliti di sini bahawa, akan selalu terjadinya beberapa proses terhadap perlaksanaan hukum hatta dalam kaedah fiqhiyah sekalipun iaitu:

1. Proses penangkapan.
2. Proses siasatan dalam sesi soal jawab dan sebagainya.
3. Proses pengadilan.
4. Proses setelah pengadilan (setelah terbukti atau tidak seseorang yang ditangkap itu bersalah atau tidak dan di sini tidak boleh tidak, prosesnya haruslah ditangkap dahulu barulah berjalan proses-proses yang lain !).

Apa yang dihujahkan oleh YB Saari Sungib adalah dalil yang naqish atau kurang, atau dia tidak mengetahui proses hukum dalam Islam. Ini adalah kerana, apa pun keadaannya, seseorang itu akan ada masa di antara dia dituduh sehinggalah dia terbukti salah atau tidak, hanya saja waktu ini boleh jadi pendek atau panjang. Selama proses ini seseorang akan berada di dalam tanggungjawab hukum, baik dia bebas bersama masyarakat atau dia ada di bawah tahanan.

Mengambil contoh yang dibawakan YB Saari Sungib, seseorang tertuduh membocorkan rahsia, maka ada proses perlaksanaan fiqih iaitu: dituduh, kemudian dibuktikan dan kemudian di hukum. Begitulah hukum fiqih berjalan.
Maka,

1. Seseorang akan dituduh ketika ada dasar hukum bahawa adanya hukum yang dilanggar, dan atas dasar hukum yang dilanggar itulah, dia menjadi tertuduh.

2. Dengan adanya proses hukum, mulai dari proses soal siasat, iaitu mempertemukan hukum dengan pertuduhan sehingga dapat menjadi mahkum (dijatuhi) hukum. Proses ini sangat diperlukan kerana adanya hukum dasar yang akan membuktikan seseorang itu bersalah atau tidak. Kalau tidak ada undang-undang ISA maka tidak akan ada proses ini, iaitu tidak akan ada seorangpun yang boleh menjadi tertuduh dalam kes keamanan dalam negara yang mana tidak ada seorangpun boleh dipersalahkan sekalipun perbuatannya dapat mengancam stabiliti dalam negera atau yang merosakkan masyarakat, atau tidak ada batasan adakah seseorang itu dapat dinyatakan bersalah atau tidak kerana negara tidak memiliki hukum untuk menentukan siapa yang bersalah terhadap negara ini. Akibatnya semua orang boleh melakukan semua tindakan atau amalan untuk merosakkan negara ini.


3. Dengan hanya menukil satu hadis yang terlampau umum tidak akan boleh dijadikan bukti kebenaran hujah tersebut, kerana perlu juga diperhatikan keterikatan amalan dalam perlaksanaan fiqhiyyah (qarinah - hubungan peristiwa )


Keberadaan ISA Mengikut Kaedah Fiqhiyyah

Dalil dari kaedah fiqhiyyah: "al-dharrar yuzalu bil-syara"" yang bermaksud kemudharatan itu ditolak oleh syarak, sebenarnya membuktikan kuatnya dan sahnya keberadaan ISA menurut Islam.

Ada beberapa dalil di sini:-
.
I. Al dharrar , yang bererti bahaya atau kemudharatan, maka di sini terdapat nisbah antara dhar dan mudhir, pembuat dan penerima kemudharatan. Kalau hubungannya dengan satu negara, maka kita akan melihat bahawa apa saja yang akan menjadikan negara ini dalam keadaan mudharat maka perlu dicegah, dan untuk itu diperlukan hukum yang pasti apa, siapa dan bentuk kemudharatan itu sehingga semua akan pasti dan hukum dapat dijalankan sehingga tidak ada mudharat berlaku.

II. Syara' adalah dasar hukum, sehingga yang menyebabkan dharrar patut di hukum, iaitu setiap orang yang mendatangkan mudharat boleh dihukum dan itulah ketetapan syara', maka dengan ini keberadaan ISA adalah hukum untuk tidak terjadinya mudharat yang ditolak syara' bererti, ISA adalah sesuatu yang didukung syara' kerana ia menolak apa yang ditolak oleh syara' tadi.

Perlu diketahui oleh YB Saari Sungib bahawa di dalam Islam ada hukuman mati, baik digantung atau pun di pancung, juga ada hukum sebat dan penjara. Semua ini perlu ada pembuktian dan proses pembuktian, dan di dalam negara Islam proses itu juga akan terjadi yang termasuk di dalamnya perkara-perkara seperti seseorang itu diperlukan untuk dipenjara dan ditahan.

ISA bukan hendak menghukumi seseorang tetapi hendak mencegah sesuatu itu tidak berjalan dibawah hukum atau sesuatu tidak memiliki dasar hukum apabila sesuatu itu terjadi, dalam hal ini adalah jelas dalam persoalan keamanan dalam negera. Jadi sejak awal lagi, ISA adalah hukum pencegahan datangnya dharrar pada masyarakat dan negara bila mana adanya individu ataupun kelompok hendak melakukan dharrar pada negara dan kepentingan negara serta juga rakyat yang ada didalamnya.

Pembelaan seorang yang terhukum adalah sesuatu yang selalu terjadi. Orang boleh membela dirinya, dan kebenaran pembelaan pun tetap bergantung kepada kalau dia dapat membuktikan secara hukum ketidakbersalahan dia. Kalau dia gagal membuktikannya, maka dia tetap dinyatakan sebagai orang yang bersalah, sekalipun dia bebas atau dibebaskan.

Oleh itu, kenyataan YB Saari bahawa ISA adalah bercanggah dengan Islam, adalah kerana dasar pandangannya terhadap Islam yang tidak difahaminya dengan baik, sebagaimana dia tidak memahami tujuan ISA bagi Malaysia dan keamanan di dalam Malaysia terutama dalam konteks menjaga kepentingan dan rakyat Malaysia. Kalau saja dia mendalami proses hukum fiqhiyyah maka dia akan mengetahui dengan baik bagaimana perlaksanaan hukum itu dalam konteks memahami adanya proses hukum terutama dalam satu komuniti besar dalam sebuah negara.

Menyatakan ISA bercanggah dengan Islam disebabkan tidak berdasarkani pengetahuan Islam adalah satu tindakan yang tidak Islamik kerana Allah swt memerintahkan kita untuk tidak mengikuti hawa nafsu belaka tetapi berdasarkan pandangan yang telah ditetapkanNya. Dan didalam hukum Islam, ada proses perlaksanaan hukum, ini tidak diketahui oleh YB Saari.

Perlu juga diketahui bahawa adanya penghukuman dan pembelaan diri ketika terjadi proses pengadilan, maka apakah YB Saari akan dapat menjawab bagaimana ketika ada seseorang sedang menghasut rakyat untuk melawan satu sistem pemerintahan, maka sebagai pemerintah, apa yang harus dilakukan oleh pemerintah terhadap orang ini?. Adakah dia tidak perlu ditangkap dan diproses (dari tangkapan hingga jatuhnya hukum) dan kemudian baru di bawa ke pengadilan?.

Atau bagaimana dalam seseorang hendak melaksanakan hukum amar ma’ruf dan nahi munkar, apakah setiap kemungkaran menunggu proses pengadilan dahulu iaitu berlakunya kemungkaran itu dahulu kerana ianya perlu diadili terlebih dahulu ?. Atau perlu dihilangkan kemungkaran tersebut lebih dahulu, yang bererti menghentikan pelaku dari perbuatannya, baru kemudian membawanya ke pengadilan……bagaimana hukum Islam itu…dalam kefahaman Saari?.

Tuesday, July 28, 2009

DRMAZA PENGEMUDI BAHTERA PERUBAHAN MINDA YANG INGIN BELAYAR SEORANG DIRI SAHAJA DI LAUTAN YANG LUAS.

Salam,

Agak panjang tajuk kali ini dan menyentuh lagi tulisan Dr Maza berkaitan wahhabi. Saya ingin mengajak pembaca berlaku adil untuk kita sama-sama melihat kembali tulisan Dr Maza tempohari:-

Apakah Benar Wahhabi Merupakan Misteri Di Malaysia?
Jawapan atas tulisan : Misteri Wahhabi di Malaysia- Dr Maza.



Dr Maza menulis :
Perkataan ‘wahhabi’ dalam penulisan Barat mempunyai berbagai huraian. Kesemuanya menjurus kepada aliran Islam yang dilihat begitu berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah secara literal dan enggan melihat tafsiran yang lebih moden atau tafsiran yang agak ‘western influence’. Clinton Bennet memasukkan ‘wahhabis’ dan deobandis dibawah kelompok ‘traditionalists’ yang bererti sekaligus berada di bawah aliran ‘fundamentalist’ (lihat: Muslim and Modernity 18-20, London: Continuum).
Sebahagian penulisan Barat melihat wahhabi sebagai aliran yang menganggap ‘hanya Islam agama yang benar’, wajib menegakkan ‘Islamic State’, adanya ‘jihad’ menentang kuffar dan lain-lain ciri-ciri yang dianggap unsur ‘padang pasir’ sekaligus cuba dikaitkan dengan terrorism.

Jawapan saya :-

Pandangan ini sebenarnya adalah berdasarkan oleh tinjauan lapangan dengan adanya kelompok tajdid terutama dengan munculnya kelompok Al Qaidah yang memang dasar pergerakannya dengan adalah dasar pandangan Wahhabi. Termasuk mereka yang tertangkap di Saudi yang menjadi pusat Wahhabi itu sendiri. Pada mulanya memang Muhammad Abdul Wahhab menjadi maskot ulama untuk pengembangan Dinasti Al Saud, tetapi sekarang wahhabi melihat bahawa kerajaan Saudi sudah meninggalkan ajaran asli. Mereka bergerak dengan nama Tajdid (pembaharuan), Salafi. Apapun namanya, semua gerakan Wahhabi masih dibawah tajaan dan biaya Dinasti Al Saud.

Dr Maza menulis:

Di Malaysia pula, perkataan ‘wahhabi’ adalah perkataan jelas. Kerana, ramai yang menyebutnya atau menfitnah orang lain dengan menggunakan perkataan itu.

Jawapan saya:
Bagaimana tidaknya?. Pengikut kelompok ini, menolak setiap pandangan ulama sekalipun ulama tersebut adalah ulama mazhab dan ulama yang kontemporer dan moden, seperti pandangan Qardhawi yang mengatakan : “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah swt” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum , m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah). (saya gunakan rujukan yang sama dengan DRMAZA !)

Di sesetengah tempat wahhabi menuduh orang lain sebagai pelaku amalan-amalan khurafat. Mereka membawa dalil ulama tempatan yang menolak kenduri arwah (menurut wahhabi adalah khurafat) seperti Bughyah al-Talab karangan Syeikh Daud al-Fatani sendiri menyebut: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya”.

Padahal terdapat dengan jelas seperti di Indonesia ada kelompok Nahdahatul Ulama dan Muhammadiyah. Nahdahatul Ulama adalah kelompok yang memiliki ulama yang tidak sedikit dan juga memadai untuk dikatakan ulama, mereka membolehkan amalan kenduri arwah, bertentangan dengan Muhammadiyah yang mengaku sebagai gerakan tajdid. Kenapa harus dipertentangkan?, kerana ijtihad masih terbuka dan kita boleh sahaja berbeza pendapat, dengan dasar yang ada di dalam kitab (begitu pandangan ulama Nahdahatul Ulama).

Wahhabi juga adalah kelompok yang menolak sesetengah kelompok agama pula, yang mana mereka membaca dan menyebarkan riwayat-riwayat yang dikatakannya "tertolak' dengan memberikan predikat Israeliyat yang bercanggah dengan nas-nas Islam, hadis-hadis palsu atau kisah-kisah wali atau sufi yang menjadikan manusia keliru tentang keanggunan Islam. Jadi kelompok Wahhabi ini hanya menyatakan dirinya sendiri yang benar, dan kalau ada yang berbeza dengannya maka dikatakan sebagai pengikut Israeliyat dan bercanggah dengan Islam. Mereka menuduh hal itu, sekalipun orang beramal dan berkeyakinan dengan bersandarkan nas Qur'ani. Kita tidak menafikan memang ada yang Israeliyat, tetapi ulama Islam secara keseluruhan tidak sepakat hadis mana yang Israeliyat atau yang bukan, bukan hanya wahhabi sahaja yang boleh menentukan suatu hadis itu Israeliyat atau bukan.

Lebih buruk lagi, wahhabi menuduh aliran tarekat, atau sebagai pembaca hadis-hadis palsu dan lucu, dan juga mentohmah mana-mana sahaja guru yang mengajar al-Quran dan Hadis sahih serta tidak bersetuju dengan tarekat itu akan disenaraikan sebagai wahhabi. Ini memang ada kebenarannya, kerana hanya wahhabi yang melakukan tindakan seperti itu. Mereka tidak mahu menerima sebarang nama tarekat atau melihat kembali dasar tarekat dari Qur'an dan Hadis. Bagi golongan wahhabi semua tarekat adalah bid'ah, dan mereka katakan sebagai mengajarkan ajaran sesat dan keluar dari Quran dan Hadis sahih. Seolah-olah hanya wahhabi yang dapat memahami Qur'an dan menentukan hadis mana yang sahih?.

Begitu juga Wahhabi - versi Drmaza- menganggap dirinya sebagai seiring dengan pandangan modernism dan rationalism kerana beliau berpendapat: "Demikian ketika saya menjadi mufti dahulu, apabila saya memberikan padangan larangan mengintip (tajassus), boleh menjawab salam bukan muslim, wajib membinkan kepada bapa asal sekalipun bapanya bukan muslim, masjid untuk kaum cina, keluasan menerima pandangan dan lain-lain lagi, maka pandangan-pandangan ini dituduh oleh sesetengah pihak agama sebagai wahhabi. Padahal pandangan tersebut jika dibincangkan di Barat dianggap dalam aliran modernism atau rationalism dan penentangnya mungkin akan dimasukkan kepada kelompok wahhabism.

Jika DrMaza dapat mengamalkan pandangannya atau beramal dengan apa yang dia ucap, keluasan menerima pandangan, maka semua tulisan yang ada dalam –Misteri Wahhabi di Malaysia- sudah terbatal dengan dalilnya sendiri, kerana tulisan itu membuktikan dia tidak menerima pandangan orang lain yang masih terbuka kemungkinan tidak seperti apa yang beliau tuduh.

Dr maza menulis : Di Malaysia, sebaliknya, yang terbuka itu wahhabi dan sesat, yang tertutup itulah yang ‘membolot segala kebenaran’. Cara fikir beginilah yang menguasai sektor-sektor agama kerajaan dan mencepatkan ‘pereputan’ kekuatan kerajaan yang ada. Cara fikir begini jugalah yang menguasai sesetengah aliran agama dalam pembangkang. Sebab itu barangkali, lima puluh tahun kemerdekaan, bukan muslim bukan sahaja tidak bertambah faham, sebaliknya bertambah keliru dan tegang mengenai Islam.

Ini sepenuhnya benar, kerana tulisannya Misteri Wahhabi di Malaysia menolak semua pandangan dan pendapat ulama, kelompok dan juga masyarakat lain yang tidak sependapat dengannya. Tulisan itu sendiri menjadi dalil sifat Wahhabinya DrMaza.

Dr Maza menulis lagi:
Tindakan mereka ini mengingatkan saya kepada artikel David Brubaker bertajuk Fundamentalisn vs Modernism: A Consideration of Causal Conditions bahawa penentangan terhadap pembaharuan lebih merujuk kepada masalah survival kelompok. Dalam usaha untuk hidup dan terus mendapat tempat dalam masyarakat dan kerajaan maka golongan pembaharuan akan ditentang.

Ini tidak sepenuhnya benar, namun jika kita teliti fahaman wahhabai ini, memang Wahhabilah dengan semua dakwaannya sebagai pembaharu dan pembaharuan, merupakan usaha untuk penentangan terhadap apa yang sebenarnya yang sudah ada di dalam Islam. Gerakan ini sedang merosakkan Islam dari dalam Islam dengan mengibarkan bendera yang berslogankan "Pembaharuan/bahtera pembaharuan minda dsb", yang mana sebenarnya tidak lain inilah bid'ah itu sendiri. Dengan alasan ini kebanyakan umat Islam menolak gerakan atau aliran Wahhabi ini.


Lihatlah ini:
Dalam Kitab Abdurrahman bin Muhammad bin Qosim al-Hambali an-Najdi berjudul “Ad-Durar as-Saniyah”: Muhammad bin Abdul Wahab menyatakan: “…Dahulu, aku tidak memahami erti dari ungkapan Laailaaha Illallah. Kala itu, aku juga tidak memahami apa itu agama Islam. (Semua itu) sebelum datangnya anugerah kebaikan yang Allah berikan (kepadaku). Begitu pula para guru(ku), tidak seorangpun dari mereka yang mengetahuinya. Atas dasar itu, setiap ulama “’al-Aridh’” yang mengaku memahami arti Laailaaha Illallah atau mengerti makna agama Islam sebelum masa ini (anugerah kepada Muhammad bin Abdul Wahhab, ) atau ada yang mengaku bahawa guru-gurunya mengetahui hal tersebut maka ia telah melakukan kebohongan dan penipuan. Ia telah mengecoh masyarakat dan memuji diri sendiri yang tidak layak bagi dirinya.” (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 10 halaman 51 )

Tidakkah dapat dilihat di sini bagaimana Muhammad bin Abdul Wahhab telah melakukan:

a- Mengaku hanya dirinya (monopoli) selama ini yang faham konsep Tauhid dari kalimat Laailaaha Illallah dan telah mengenal Islam dengan sempurna.

b- Menafikan pemahaman ulama dari golongan mana pun berkaitan dengan konsep Tauhid dan pengenalan terhadap Islam, termasuk guru-gurunya sendiri dari mazhab Hambali. Apatah lagi dari mazhab lain.

c- Menuduh para ulama lain yang -versinya- tidak memahami konsep Tauhid dan Islam telah melakukan penyebaran ajaran batil, ajaran yang tidak berlandaskan ilmu dan kebenaran.

d- Hanya dirinya yang mendapat anugerah khusus Ilahi itu. Dan dirinya pulalah yang berhak mendapat pujian, baik di dunia mahupun di akhirat. Kerana tentu kebatilan -versinya- mustahil akan menjanjikan keselamatan dan kebahagiaan sejati di akhirat.

Beginilah Wahhabi dan ini bukan misteri.

Friday, July 24, 2009

ANTARA NYALAAN LILIN NIZAR DAN BACAAN AL QURAN NGA KOR MING !: PERPADUAN ALA PAKATAN RAKYAT,

Salam,

Memang benarlah keutuhan hubungan di antara parti-parti dalam PR.

1. Ketika Nga Kor Ming membaca ayat Al-Quran, Nik Aziz kata tidak mengapa kerana ini permulaan untuk Nga menghayati Islam!

2. Baru-baru ini mantan MB Perak pula dilihat melakukan permulaan untuk menghayati Buddha mungkin!

3. Husam Musa berkata ia bukan acara keagamaan ia adalah protes atas kematian Teoh.. Maka kita mahu bertanya kepada Husam, mahu protes kepada siapa? Dah tahu ke siapa yang bersalah atau yang menyebabkan kematian Teoh? Apa jenis protes dengan hanya tunduk sugul serta memegang foto si mati sambil menyalakan lilin? Apakah cara itu menyerupai acara keagamaan buddha?

4. Saya tidaklah sampai mengatakan ianya perbuatan syirik namun saya melihatnya dalam konteks reaksi serta respon-respon pemimpin-pemimpin PAS yang mendakwa mereka pejuang Islam dan bagaimana boleh "terlanjur" dalam perbuatan ini oleh orang kuat mereka Nizar. Setakat ini Nik Aziz membisu.....

5. Sebenarnya inilah hasil dari suatu perbuatan bawah sedar dimana, matlamat utama mereka hanyalah ingin menjatuhkan UMNO dengan apa cara sekalipun. Jika Islam yang mereka perjuangkan maka mereka akan sedar dan berjaga-jaga dalam melakukan sesuatu perbuatan yang berbentuk keagamaan. Namun demi rakan-rakan dalam Pakatan yang pelbagai agama, mereka telah alpa dengan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti umat Islam yang penting solidariti dalam menentang UMNO dan BN !.

6. Nga Kor Ming dikatakan mula menghayati Islam apabila menggunakan ayat Al Quran untuk menghentam UMNO. Apabila Nizar menyalakan lilin pula Husam mengatakan ianya sebagai protes. Kalau kita lihat Nizar ini seorang yang agak agresif apabila menyatakan apa-apa protes sepertimana yang dia buat dalam Parlimen ketika mengangkat sumpah dengan jeritan Bubarkan DUN Perak! Tapi hairan protes dia kali ini tidak ubah seperti upacara keagamaan menghormati si mati !

7. Sebenarnya bukan pertama kali upacara keagamaan dihadiri oleh pengunjung pelbagai agama. Kita lihat ketika penamaan calon di Manek Urai, ketika doa dibaca, Lim Kit Siang hanya tunduk dan tidak pula mengangkat tangan. Hal yang sama boleh dilakukan Nizar dengan hanya tunduk tanpa memasang lilin ! Namun mungkin kerana ingin menunjukkan PAS bukan parti perkauman maka lilin harus juga dipegang !

nizar oh nizar...seperti lilin membakar diri..

mungkin ini tafsiran PAS tentang Kerajaan Perpaduan atau mungkin 1 Malaysia.....

Tuesday, July 21, 2009

Teoh Beng Hock : Kematiannya Dijadikan Modal Politik Pakatan Rakyat!

Salam,

Terlebih dahulu ucapan takziah untuk keluarga mendiang Teoh Beng Hock atas pemergiannya yang penuh misteri dan belum terurai.

Namun demikian saya ingin mengulas beberapa perkara yang saya yakin merupakan taktik Pakatan Rakyat untuk mengeksploitasi kematian beliau untuk dijadikan modal politik mereka yang semakin hari semakin sensasi dan pernah saya tulis bahawa menjelang kes Liwat Anwar Ibrahim akan ada perkara-perkara yang dilakukan untuk mengalihkan pandangan orang kepada kes berkenaan.

Kematian Teoh digembar-gemburkan seperti ada yang tidak kena dan lebih parah lagi cuba dipersepsikan bahawa SPRMlah yang bertanggungjawab. Peristiwa Ronnie Liu memekik-mekik serta menendang pintu di bilik mayat ala "kongsi gelap" benar-benar melambangkan peribadi sebenar beliau itu.

Demonstrasi dihadapan pejabat SPRM oleh PR menambahkan lagi unsur-unsur "sensasi" agar rakyat terfikir-fikir mesti ada yang tidak kena.

Perlakuan di Tertuduh dalam kes liwat memegang alat pembesar suara dengan lengkap berbaju melayu berucap dihadapan penunjuk perasaan amat menjengkelkan kerana si tertuduh itu cuba menjadi hero bagi membela kes yang baru dalam keadaan diri sendiri sedang menghadapi kes liwatnya.

Anwar telah membuat 2 laporan polis dalam keadaan isu Teoh heboh diperkatakan dan persoalannya modus operandinya sama sahaja setiap kali menjelang kes liwatnya. Kalau sebelum ini laporan polis telah dibuat ke atas KPN TS Musa Hasan dan TS Gani Patail kali ini buat lagi laporan polis seolah-olah memang beliau adalah mangsa konspirasi sepanjang hayat...selagi hayat dikandung badan.

TG Datuk Nik Aziz mengeluarkan rasa hairannya Teoh sebagai tetamu SPRM bagaimana boleh mati ketika jadi tetamu SPRM kerana dalam Islam tetamu wajib dihormati dan dilindungi.

Apa nak dihairankan Tok Guru kerana saya ada jawapannya:-

1) Teoh bukan tetamu tetapi saksi suatu kes salah guna kuasa jadi ada bezanya.

2) Kalaupun dia tetamu, apakah tetamu HARAM/MUSTAHIL mati dirumah yang dia menjadi tetamu? Dan apakah tuan rumah harus dipersalahkan jika tetamu mati dalam keadaan belum tahu siapa punya angkara? Tok Guru harus ingat dalam Islam juga tidak boleh buruk sangka sesama Islam lebih-lebih lagi dalam kes bunuh seperti ini. jadi simpanlah rasa hairan Tok Guru dan saya juga hairan kenapa Tok Guru tolak isu perpaduan dengan UMNO? Apa hujah Tok Guru tolak perpaduan, ayat, hadis mana Tok Guru pakai?

3)Saya rasa Tok Guru juga harus dipertanggungjawabkan jika ada kematian di negeri Kelantan jika mahu digunakan hujah Tok Guru ini.

4) Sedangkan jemaah haji juga Tamu Allah pun tidak lepas dari sunnatullah kematian maka tuan rumah tidak boleh dicurigai jika tetamu mati dipremis miliknya.

JIKA ( ingat jika ! ) KITA MAHU JADIKAN PERISTIWA INI SEBAGAI MODAL POLITIK UNTUK MENUDUH PR TERLIBAT DALAM PEMBUNUHAN TEOH, KITA PUN BOLEH !:-

1) Teoh menyimpan rahsia penyelewengan PR di Selangor maka tiada jalan lain beliau harus dibunuh untuk jangan terus membocorkan rahsia.

2) Adalah dipercayai setelah disoal siasat, Teoh takut untuk keluar dari pejabat SPRM kerana telah diugut kerana membongkar rahsia ketika disoal siasat.

3) PR HARUS MEMBESAR-BESAR isu ini dengan demo, tendang pintu, wajib hadiri pengkebumian Teoh, membuat laporan polis dan lain-lain bagi mengelabui mata rakyat akan keterlibatan mereka dalam pembunuhan Teoh ini. Umpama seperti seseorang itu terkentut, maka dia akan terpekik bertanyakan," siapa yang kentut ni?" agar terlepas menjadi suspek utama untuk dituduh terkentut.

4) Siasatan SPRM serta kes kegiatan kongsi gelap oleh ADUN PR Selangor menguatkan lagi pembunuhan TEOH ada kaitannya dengan kongsi gelap..

5) SPRM tidak boleh dituduh kerana kematian Teoh merugikan SPRM dalam keadaan Teoh merupakan saksi kes mereka. Yang harus takut dan mahu beliau dibunuh, pastilah yang tertuduh!

Begitulah serba sedikit isu pembunuhan Teoh jika sesiapa sahaja mahu menjadikannya modal politik, maka yang penting disini bukan hanya tahu mengeluarkan kenyataan tetapi membuktikannya.

Saya tidak hairan jika selesai kes ini, maka kerajaan tetap akan dipersalahkan kerana yang penting meraka dapat menanamkan rasa benci rakyat seolah-olah kerajaan sudah terlampau zalim hingga sanggup melakukan pembunuhan ke atas saksi-saksi penting...

Saturday, July 18, 2009

GERAKAN PERPADUAN UMMAH LEBIH PENTING DARI GERAKAN MANSUH PPSMI !

Salam,

Bunyinya macam lain sedikit tetapi memang ianya ditujukan kepada pejuang-pejuang bahasa yang berada di dalam GMP Gerakan Mansuh PPSMI.

Baiklah, GMP telah berjaya dalam misinya memartabatkan bahasa Melayu yang mereka lihat sebagai faktor membentuk jati diri Melayu, agar Melayu tidak hilang kemelayuannya serta survival bahasa dan bangsa Melayu itu sendiri tidak terjejas dek kerana PPSMI. Pembaca boleh rujuk semua blog atau laman web dan melihat kronologi perjuangan GMP ini yang akhirnya membuahkan hasil yang mereka mahu.

GMP yang dibelakangnya Sasterawan Negara, novelis, ahli politik dan pelbagai lagi amat dikagumi semangat mereka sehinggakan wajah-wajah yang tidak pernah kita lihat berdemonstrasi dijalanraya kita dapat lihat ketika itu. Wajah A Samad Said misalnya yang tidak pernah kita lihat berdemo dijalanraya serta berucap atas pentas pembangkang, kita dapat lihat semuanya ini dalam isu PPSMI.

APAKAH SALAH, MEREKA JADI BEGITU ? Tidak sama sekali kerana mereka menggunakan ruang semaksima mungkin bagi memperjuangkan bahasa Melayu yang tercinta.

Sekarang tiba pula isu kerajaan perpaduan UMNO-PAS. Dalam pandangan saya, survival bangsa dengan bahasanya adalah terletak kepada kerajaan yang memerintah sejauhmana ia serius dalam mempertahankan bangsa dan bahasa. Dalam erti kata lain, kerajaanlah berperanan utama dalam hal ini.

Melayu di Malaysia ketika ini berada dalam keadaan paling lemah dalam ertikata lemah dari segi politik akibat perpecahan. Tidak kiralah samada kita beranggapan UMNO yang lemah, PAS kuat atau sebaliknya namun jika isu Melayu-Islam yang ingin kita lihat maka kita berada pada tahap yang paling lemah.

Belum pernah kita lihat sebelum ini KITA selemah ini. Maka, dimana dan apa yang dilihat oleh pejuang-pejuang GMP dalam isu kerajaan perpaduan ini? Baiklah kita gugurkan kerajaan cuma bincang berkaitan perpaduan.

Seharusnyalah, pejuang GMP sekali lagi bersingsing lengan turun kemana sahaja bagi melihat perpaduan Melayu ini terrealisasi! Mengapa?

Apakah cukup hanya Sains dan matematik sahaja kembali ke Bahasa Melayu dan habis tanggungjawab kita? Apakah survivial politik Melayu tidak penting dan kita khayal sehingga suatu hari nanti memang kita fasih berbahasa Melayu tetapi tiba-tiba kuasa Melayu hilang dan bukan hanya sains dan matematik kembali ke bahasa lain malah semuanya akan kembali kepada bahasa lain paling tidak bahasa Inggeris.

Maka, ayuh para pejuang GMP lakukan sekali lagi, bercakaplah dipentas manapun walaupun saya yakin Pakatan Rakyat tidak akan memberikan platform bagi isu ini disuarakan kerana ianya bukan seperti isu PPSMI menguntungkan mereka tetapi isu perpaduan ini merugikan mereka khususnya PKR dan DAP !

Saya tunggu reaksi PAK Samad dan rakan-rakan...

Monday, July 13, 2009

HADHARAH SESUATU YANG MASIH KABUR .

Salam,

Selama menulis didalam blog ini atas nama purehadharist dan menulis buku pertama Prinsip-Prinsip Islam hadhari maka saya seringkali berfikir mengapa sukar untuk memahamkan bahawa Islam Hadhari ke atau Hadharah Islamiyyah ke, semuanya itu adalah sesuatu yang ada di dalam Islam dan tidak menyalahi sebarang prinsip-prinsip di dalam Islam.

Sehingga hari ini, tiada siapa lagi yang boleh membuktikan dimana salahnya Islam Hadhari termasuk Presiden PAS yang menulis buku HIBIH!

Kalau saudara tidak bersetuju, maka bererti saudara-saudari belum membaca blog ini secara keseluruhannya.

1) Ada yang mengatakan istilah Islam Hadhari mengelirukan justeru itu tidak harus diperjuangkan kerana bimbang ianya disalahertikan

2) Ada yang mengatakan ianya sesat, liberali,sekular dan sebagainya kerana tiada suatu perkataan Islam Hadhari pun di dalam Al-Qur'an sepertimana tiada perkataan PAS di dalam Al-Qur'an (sekadar contoh) tapi hairan perjuangan PAS dikatakan Islam oleh penyokongnya.

3) Ada yang mengatakan yang sebenarnya Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari kerana tidak menepati bahasa Arab.(telahpun saya jawab)

Maka,

apa yang sebenarnya berlaku? Rupa-rupanya perkataan hadharah itu sendiri masih kabur dan mungkin tidak difahami oleh para pembincangnya...

Jika mereka faham maka, hadharah itu sekalipun di"Islam Hadhari"kan tidak menjadi masalah.

Konsep Hadharah bukan tamadun, bukan "civilization" dan bukan madani jika hendak didefinisikan seterusnya di"konsep"kan. Maka jika kita menyamakannya semua itu, maka kita akan terus-terusan tidak dapat memahami apa itu hadharah Islamiyah atau Islam Hadhari.

Allah, wahyu (Islam), Rasul dan Alam ini apabila berinteraksi akan terjadinya Hadharah!

Maka, Islam tidak pernah ada tanpa hadharah yang menyebabkan Islam itu hadhari dan hadharah itu Islamiyyah!

Kalau ia difahami sebagai tamadun, madani dan civilization dalam pengertian wujudnya bandar, sistem sosial dan sebagainya maka kita telah mengatakan Islam sebelum wujud semuanya itu adalah tidak berhadharah!

Sekadar lontaran idea untuk dibincangkan selanjutnya...hanya yang murni kekal....purehadharist!!!

Thursday, July 9, 2009

PPSMI Kemenangan UMNO JOHOR !.

Salam.

Apabila PPSMI dimansukhkan sepenuhnya 2012 maka saya percaya ramai yang akan mendakwa merekalah yang bertanggungjawab yang membuatkan kerajaan mengambil keputusan memansukhkannya.

Maka saya di sini ingin juga menyatakan bahawa UMNO Johor adalah yang pertama membantah PPSMI ini melalui beberapa pembentangan kertas kerja serta ucapan wakil UMNO Johor dalam perhimpunan Agung UMNO.

UMNO Johor telah menyatakan dengan tegas dan biasanya suara penentangan dari dalam lebih diambil perhatian kerana ia adalah juga suara rakyat khususnya negeri Johor yang masih dikuasai BN.

Maknanya, saya bukan ingin mendakwa bahawa UMNO Johor satu-satunya yang berjaya dalam bantahannya tetapi ia adalah faktor yang penting untuk dinyatakan bahawa peranan UMNO Johorlah yang awal diambilkira dalam isu PPSMI ini.

Ini fakta dan orang yang bertanggungjawab menyuarakannya adalah YB Puad Zarkashi yang mewakili UMNO Johor dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO yang sekarang ini merupakan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Suara rakyat Johor ini dibawa semasa Konvesyen UMNO Johor yang biasanya dilakukan sebelum perhimpunan Agung Umno di PWTC.

Maka yang penting di sini, adalah akhirnya nasib anak bangsa kita akan datang akan terbela juga akhirnya.

*******Dalam hal perpaduan Melayu, saya teringin juga melihat Sasterawan-Sasterawan Negara membuat kenyataan keras menggesa diadakan pendekatan UMNO-PAS demi umat Islam dan Melayu kerana jika hendak dibandingkan isu PPSMI ini, isu perpecahan Umat Melayu lebih cepat menghancurkan nasib umat Islam/Melayu berbanding kesan jangkapanjang PPSMI. Jadi, perpaduan juga penting untuk disuarakan.....ayuh...agenda kita seterusnya.

Monday, July 6, 2009

Dr MAZA : SUDAH GAHARU CENDANA PULA, SUDAH WAHHABI..DIKATA MISTERI PULA...

Salam,

Membaca tulisan Dr Maza mantan Mufti Perlis tentang kemisterian wahhabi yang mana beliau dakwa merupakan sebuah misteri kerana yang menuduh seseorang itu wahhabi tidak tahu apa itu wahhabi adalah suatu yang beliau sendiri "generalize".

Sebenarnya tiada misterinya wahhabi ini baik diluar negara ataupun di Malaysia. Cuma mereka tidak mahu dikenali sebagai wahhabi kerana ingin "memaksa" mereka dikenali sebagai pembawa Islam yang tulen !

Kalau mereka mahu hak ekslusif untuk dikatakan Islam tulen maka semua mazhab dan aliran pemikiran juga mahu perkara yang sama.

Yang menjadi masalah, mereka "wahhabi" ini mahu dikatakan mereka sahaja Islam yang tulen dan orang lain semua tidak tulen, mengamalkan bid'ah, khurafat, syirik dan sebagainya.

Ini adalah berdasarkan fakta ! Kalau di Pakistan, mereka "berhujah" dengan membunuh musuhnya baik dengan serangan berani mati mahupun membunuh sesama Islam yang mereka kata bukan Islam atau telah kafir. Kalau di Saudi pula habis semua orang dikatakan syirik dan bid'ah apabila menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah dengan mengusap makam Rasulullah dan menziariahi Baqi' walaupun bukan atas niat menyembah makam-makam tersebut.

Kalau di Malaysia pula, orang-orang seperti Dr Mazalah yang terkehadapan mengutarakan "pemurnian akidah" yag mereka dakwa merekalah yang murni....


Nama serta istilah tidak sepenting isinya. Ia boleh bernama Wahhabi, Salafi, Syiah dan lain-lain namun yang menentukan tulen atau tidaknya, ialah isi ajarannya.

Jika ajarannya mentajsimkan Allah swt maka sudah mahsyur ia adalah ajaran wahhabi. Kalau mengatakan kenduri arwah itu bid;ah, maulidurRasul itu bid'ah dll maka sahlah itulah wahhabi dan salafi maka tiada misteri di sini.

Dalam dunia kekosongan para Rasul, maka tiada siapa boleh mendakwa dia tulen 100% kerana tiada legitimasi yang akan kita perolehi dari "langit" dalam period tanpa Rasul ini. Dan ini adalah diantara sebabnya konsep Al-Mahdi itu ada di dalam Islam untuk permurnian akidah yang hakiki bukan dari sesiapa...juga bukan dari Dr Maza...maaf Dr Maza, mana legitimasi kamu? mana hujah kamu?

Saturday, July 4, 2009

SAYA AKAN BERSIARAN LANGSUNG DI ASTRO AWANI 5 JULAI (AHAD) JAM 8.15MLM BERSAMA BLOGGER KUDAKEPANG (DATUK RUHANIE AHMAD (RON) ATAS TAJUK: MEMPERKASA BLOG 1 MALAYSIA (MILIK PM).

Tuesday, June 30, 2009

PAS ANTARA KELIRU DAN MENGELIRUKAN.....

Salam,

1.Sepatutnya debat harus dilakukan diantara PAS-DAP-PKR sebab rakyat ingin melihat Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah mereka terlebih dahulu sebelum mereka memerintah kerajaan pusat kelak...

2. Dap menolak negara Islam begitu juga Anwar. Pas tidak boleh menegakkan negara bersama golongan sekular maka Pas boleh bersama DAP kerana DAP menolak negara Islam tetapi tidak dianggap sekular!!!!...+++###

3. Anwar adalah ulama maka tiada masalah menobatkannya sebagai PM kerana PAS memperjuangkan kepimpinan ulama...tetapi bukan seperti Husam dan Mat Sabu yang bukan ulama kerana tidak pernah baca khutbah agaknya...

4. Anwar juga dianggap layak menjadi PM sebab berpengalaman luas ketika bersama BN dulu dan pengalaman ini penting kerana pengalaman memerintah ketika bersama BN dulu....Nik Aziz, Hadi Awang dan Kit Siang tidak layak sebab tidak berpengalaman mentadbir sebuah negara kerana hanya menjadi Mb sahaja. Sebab itulah PR perlu ramai pemimpin BN lompat parti kerana mahu orang yang berpengalaman memerintah negara....

5 uMNO tidak boleh diajak ke arah perpaduan kerana mengamalkan ajaran sesat komunis, ayah pin, Islam Hadhari, sekular dan yang lebih penting lagi hanya fikirkan kebangsaan Melayu sahaja tidak Islam. Sekarang PAS sudah mempunyai kelab penyokong Pas dikalangan bukan Islam yang menyokong PAS bukan atas dasar kebangsaan tetapi keadilan kepada semua kaum. Maka biarlah Melayu berpecah asalkan Islam bersatu dengan bersatunya kelab penyokong PAS, Dap dan PKR untuk sama-sama menyokong hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam kelak,,,,++++---####////????

5. Badan Kehakiman, SPRM, Polis dan ISA haruslah direform agar mendapatkan semula keyakinan rakyat dan semua kepimpinan PR tidak perlu lagi membuat kerja-kerja menyaman, repot polis dan demo untuk membantah ISA. Sekarang ini PR terpaksa membuat berratus saman, repot polis dan demo kot-kot dalam banyak-banyak itu ada yang menyebelahi PR dan ini penting sebagai tanda pemulihan atau reform telah berlaku apabila keputusan mahkamah menyebelahi mereka....

Begitulah yang berlaku sekarang......

Saturday, June 27, 2009

PENOLAKAN KERAJAAN PERPADUAN : PAS IKUT TELUNJUK ANWAR !

Salam

Sebagaimana yang saya siarkan sebelum ini bahawa saya telahpun bersiaran di Astro Awani rancangan Sudut Pandang atas tajuk Wajarkah Menolak Kerajaan Perpaduan bersama Ahli Parlimen Ampang YB Zuraidah Kamaruddin.

Saya tidak mahu mengulas perbincangan tersebut kerana saya serahkan kepada penonton untuk menilainya namun yang jelas ialah PAS sah mengikut telunjuk jari Anwar dalam penolakan Kerajaan Perpaduan ini.

Mengapa?

1. PAS melarang ahlinya mengeluarkan kenyataan kecuali Presidennya tetapi tiada larangan dari Lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat. Ini terbukti atas kehadiran Ketua Wanita PKR bercakap atas isu tersebut di Astro.

2. Lontaran idea oleh PAS ini ialah atas isu perpaduan Melayu, namun mendapat reaksi kuat dari PKR dan DAP.

3. Secara jelasnya Anwar dibelakang penolakan ini kerana perpaduan PAS-UMNO akan mengugat beliau untuk menjadi PM atas kembali kuatnya Melayu dalam politik tanahair.

4. Semua orang tahu bahawa sokongan Melayu kembali kepada UMNO bila berlaku kemelut politik di Perak dan akan dilihat bertambah lagi jika kerajaan Perpaduan menjadi realiti maka PAS harus dihalang untuk meneruskan hanya sekadar perbincangan sekalipun. Untuk itu Datuk Nik Aziz digunakan untuk meniup semboyan anti-kerajaan perpaduan sehinggakan mengeluarkan kenyataan yang keras namun bila dah ditolak, Nik Aziz berlembut semula.

Ada satu perkara yang saya minta PAS keluarkan iaitu dalil Al-Quran untuk menolak usaha kearah perpaduan ini....itu sahaja dan meminta maaf secara terbuka kepada UMNO kerana menuduh usaha perpaduan ini adalah fitnah dari UMNO sedangkan ianya idea asal Presiden PAS.

Friday, June 19, 2009

Nik Aziz :- Dulu Lain, Sekarang Lain...



Salam,

Saya terima mms dari YB Ahmad Maslan pagi tadi. Sama-samalah kita fikirkan apa-apa tafsirannya..

Kerajaan Perpaduan : Kemusykilan Agama Bersama Tok Guru Nik Aziz.

Sal;am,

Beberapa kemusykilan agama berkaitan ide Kerajaan Perpaduan diajukan kepada Tok Guru Nik Aziz:-

1) Apakah sandaran hukum yang Tok Guru guna pakai untuk mengatakan kerajaan Perpaduan itu sesuatu yang buruk sehinggakan umpama "sampah" di dalam PAS jika ada orang yang menyokong idea itu?

2) Apakah sandaran hukum pula dalam mengadakan Pakatan dengan DAP khususnya yang jelas menolak negara Islam secara terang dan konsisten?

3) Apakah rasional dan rujukan hukum untuk mengatakan bahawa idea kerajaan perpaduan itu adalah boneka UMNO dan idea pakatan rakyat itu BUKAN boneka PKR (Anwar) ?

4) Kalau konsep tahaluf siyasi dijadikan sandaran, maka apa justifikasinya untuk diperbolehkan bersama DAP dan PKR dan tidak dengan UMNO?

5) Misal kata dapat dibuktikan Melayu-Islam bertambah kuat dengan idea kerajaan perpaduan UMNO-PAS, apakah dibolehkan dalam agama untuk menolaknya? Kalau boleh mana nasnya?

6) Misal kata dapat dibuktikan Melayu-Islam rugi dan bertambah lemah dengan Pakatan Rakyat, maka apa nasnya untuk terus memperkuatkan Pakatan Rakyat?

7) Bolehkah dibuktikan DAP dan PKR akan menyokong PAS dalam penegakan Negara Islam yang membolehkan PAS terus berpakat dalam politik ditanahair ini?

8) Kesemua kepimpinan dan ahli UMNO yang mengucapkan dua kalimah syahadah bersetuju untuk mengadakan perpaduan dengan PAS dan PAS pula sebaliknya lebih yakin dengan penyokongnya yang bukan Islam termasuk yang DAP yang pandai baca Al-Qur'an maka apa justifikasi hukum dan uslub dakwah yang digunakan PAS dalam hal ini?

9) Dalam sebuah ayat " wahai orang2 yang beriman, berpeganglah dengan tali Allah, jangan kamu berpecah belah" apakah ayat ini bersesuaian dengan DAP dan PKR berbanding dengan UMNO?

10) Apakah makna berpadu itu mesti menyerahkan jawatan dalam kerajaan maka mengapa di Kelantan tiada PKR dan DAP dalam barisan exco negeri Kelantan? Mungkin jawapannya PAS yang memenangi kerusi pilihanraya di Kelantan jadi pembentukan kerajaan mestilah terdiri daripada wakil rakyat PAS kerana berdasarkan majoriti. Maka begitulah juga Kerajaan Malaysia yang BN menang majoriti jadi kenapa pulak nak minta jawatan dalam kerajaan perpaduan UMNO-PAS oleh wakil rakyat DAP dan PKR?

Apakah dengan hanya bertemu dan berbincang diantara pemimpin berlainan ideologi maka kita boleh katakan ada pakatan sulit dan salah seorang adalah boneka salah seorang, maka siapa boneka Tok guru, siapa pulak boneka Lee Kuan Yew? Sebab kedua-duanya adakan pertemuan!!!!

jawab tok Guru, saya perlukan jawapan....

Popular Posts