Wednesday, December 29, 2010

KENYATAAN DI AKHBAR SINAR HARIAN BERKENAAN TANAH RIZAB MELAYU.

Pertahan tanah rizab Melayu 


JOHOR BAHRU – Lebih 3,000 penduduk Kampung Skudai Kiri, di sini, menyuarakan kebimbangan dan keengganan berpisah antara satu sama lain selepas mendakwa tanah yang mereka diami bakal dibangunkan oleh pihak tertentu bagi tujuan pembangunan.

Tanah di Skudai Kiri merupakan kawasan yang diterokai oleh orang-orang Melayu sejak 74 tahun lalu dan terdapat 94 keping lot tanah bermilik sementara selebihnya adalah tanah kerajaan didiami masyarakat setinggan. 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Pinggir Pantai Sungai Skudai/Sungai Danga, Mohd Yunos Malek berkata, kawasan terbabit sering diberitahu akan dibangunkan pihak tertentu walaupun permohonan tanah oleh penduduk kepada kerajaan tidak sesekali mendapat pertimbangan sejak 12 tahun lalu. 

Menurutnya, pelbagai spekulasi diuar-uarkan antaranya mereka akan dipindahkan ke rumah pangsa yang disediakan kerajaan terletak jauh dari penempatan sedia ada. 

“Terkini, ada juga khabar mengatakan bahawa pembangunan di Skudai Kiri akan dimajukan oleh salah sebuah syarikat gergasi dengan tujuan pembangunan bercampur, namun nasib dan kepentingan penduduk masih belum jelas. 

“Kepimpinan UMNO di Skudai Kiri turut menyertai jawatankuasa bertindak ini dengan penglibatan kira-kira 10 cawangan. 

“Menerusi jawatankuasa ini, kami akan bergabung dan bersatu untuk memantau seterusnya sedia mengambil tindakan terhadap tekanan-tekanan yang diterima dari mana-mana pihak demi membela nasib serta kepentingan orang-orang Melayu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Bilik Gerakan UMNO Skudai Kiri, di sini, kelmarin. 

Mohd Yunos berkata, isu ini seharusnya diteliti oleh kepimpinan UMNO di peringkat Bahagian dan Perhubungan Negeri kerana mas�yarakat Melayu di Skudai Kiri memberikan lebih 52 peratus undi kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU). 

“Penduduk Skudai Kiri majoritinya adalah pengundi Melayu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Rinting yang majoriti merupakan penyokong kuat BN dalam setiap PRU,” katanya. 

Selain itu, katanya, pihak jawatankuasa turut menerima maklumat bahawa tanah di Skudai Kiri seluas 135 ekar sudah dinyatakan sebagai Rizab Melayu berdasarkan Undang-Undang Kawasan Rizab Melayu 1936 Perisytiharan Di Bawah Seksyen 3 (i). 

“Berdasarkan undang-undang ini, Pengarah Tanah dan Galian Johor dengan persetujuan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan dalam mesyuarat mengisytiharkan bahawa kawasan tanah yang duduknya di daerah Johor Bahru, Mukim Bandar Johor Bahru mengan�dungi lebih kurang 135 ekar dan ditandakan di atas Plan G 675 yang disimpan di Pejabat Ketua Juru Ukur negeri di bawah Seksyen 410 Kanun Tanah Negara dijadikan Kawasan Simpanan Melayu dikenali sebagai Rezab Melayu Kampung Skudai Kanan dan Kiri,” katanya. 

Justeru, Mohd Yunos berkata, pihaknya bertegas mahu tanah di Skudai Kiri seluas 103 ekar kekal selama-lamanya sebagai rizab Melayu dan sebarang usaha mengeluarkan penduduk dari kawasan terbabit dianggap sebagai pengkhianat bangsa. 

“Kawasan tanah Skudai Kiri tidak perlu dikeluarkan daripada rizab Melayu walaupun dengan menggantikan kawasan lain berdasarkan Kanun Tanah Negara. 

“Sekiranya kawasan ini mahu dibangunkan, penduduk mesti terus berada di Skudai Kiri malah kami menolak pembangunan rumah mewah yang tidak mampu dibeli orang Melayu. 

“Kami berpendapat Skudai Kiri antara kawasan atau tanah bernilai di tengah-tengah bandar milik orang Melayu yang perlu dipertahankan selama-lamanya dan kepimpinan kerajaan perlu melihat nilai ‘harga diri’ bangsa Melayu melebihi kepentingan lain,” katanya. 

Mohd Yunos berkata, pihaknya akan memajukan satu kenyataan berhubung keperluan menjaga sosio politik orang Melayu di Skudai Kiri kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat. 

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pulai, Saiful Sidek Abdullah berkata, pucuk kepimpinan UMNO di peringkat negeri diharapkan supaya prihatin dengan tuntutan yang dibuat oleh rakyat demi memastikan geopolitik parti pemerintah di kawasan bandar akan terus kekal. 

“Apa yang dituntut oleh penduduk Skudai Kiri bukan satu benda yang berlebihan, sebaliknya mereka mahu hak status tanah rizab Melayu ini dikekalkan sahaja. 

“Penduduk tidak menolak sebarang pembangunan yang dibawakan kerajaan, namun berharap mereka dapat terus kekal di penempatan sedia ada kerana tidak mahu tanah itu diambil alih oleh warga asing selepas membeli pada harga mampu milik. 

“Ini sahajalah masa untuk kepimpinan UMNO dan BN membukti seterusnya memanifestasikan gagasan 1 Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ atau terpaksa berdepan hakisan kepercayaan terhadap kerajaan di kalangan rakyat pada masa akan datang,” katanya. 

Bagi Ketua UMNO Skudai Kiri 2, Md Sultan Abd Rahim berkata, khabar angin tanah Skudai Kiri bakal diambil untuk pembangunan yang penduduk dengar cukup menimbulkan kebimbangan kerana tidak mahu ‘harta’ orang Melayu menjadi hak warga asing kelak. 

“Saya mewakili penduduk di Skudai Kiri hanya mahu terus tinggal dan tanah ini dikekalkan untuk Rizab Melayu seperti mana tertera dalam undang-undang sahaja,” katanya.

Monday, December 20, 2010

KARPAL PERTAHANKAN ISLAM : PAS DITIPU DENGAN ORANG YANG " 2 KALI" FASIK !!

Salam

1) Saya teringat dengan sebuah ayat Al-Qur'an (49:6) - Hai Orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti>>>sadaqallahul azim.

2) Konvesyen PR yang baru berlalu memperlihatkan kepada kita "damaged control" yang ingin dilakukan oleh kepimpinan tinggi PR setelah banyak sekali kelemahan terdedah yang membuatkan rakyat meragui kredibiliti mereka untuk muncuk sebagai pemerintah alternatif.

3) Ini diakui oleh Presiden PAS DS Abd Hadi Awang dan juga penyokong kuat Raja Petra menambah lagi dengan kenyataan PR tidak layak untuk memerintah.

"Tuan2 Guru, Janganlah ditipu di siang hari!!"


4) Maka keluarlah kenyataan dari Pengerusi DAP Karpal Singh bahawa kenyataan 20 tahun yang lepas berkaitan langkah mayatnya dulu sebelum PAS bercita-cita mendirikan negara Islam "ditarik" semula dan beliau terbuka dengan perbincangan.
Agaknya Nik Aziz akan berkata begini, " Kalau mu berduo nok jadi TPM, bukei  hok serbei jenih nu, hok ambo pakei ni lo baru betul!!"


5) Bukan sahaja itu, satu syarat juga dikenakan iaitu PAS mesti berjanji mempertahankan agama lain dan DAP berjanji akan mempertahankan Islam seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

6) Yang mahu didirikan PAS adalah negara Islam tafsiran PAS yang semua orang tahu ianya bukan Islam yang termakktub di dalam perlembagaan Persekutuan, termasuk Karpal Singh juga tahu!! Pas juga sedar bahawa jika hasrat untuk memdirikan sebuah negara Islam tafsirannya kekal seperti dahulu maka Karpal juga tidak akan menerimanya kerana penegasannya jelas bahawa Islam yang dipertahankan adalah Islam dalam perlembagaan Persekutuan!!
Sebenarnya bukan Anwar sahaja yang harus bertaubat, Karpal Singh juga kerana menipu rakyat kerana membela ANWAR dalam keadaan dia tahu siapa Anwar !


7) Maka saya tidak nampak formula apa yang akan digunakan oleh PAS mahupun DAP dalam mencapai bentuk pemerintahan Islam sekiranya PR mahu memerintah Malaysia kelak.

8) Jika Islam yang hendak dipertahankan adalah apa yang termaktub di dalam perlembagaan Persekutuan maka inilah yang telah dilakukan oleh kerajaan BN dan telah terbukti berjaya.

9) Persoalannya sekarang, jika ayat Al Qur'an di atas hendak dirujuk, maka saya tidak nampak PAS boleh mempercayai kenyataan Pengerusi DAP itu kerana Karpal bukan sahaja fasik mengikut standad Islam, ikut standad agama Sikhpun saya kira Karpal boleh dikatakan seorang yang fasik kerana melanggar kewajiban agama Sikh iaitu tidak berserban!!!

10) Kasihan PAS, ditipu dengan orang yang "2 kali" fasik!!!

Orang Sikh  Yang kuat dan konsisten dengan pegangan agamanya yang patut PAS lebih  percaya !

Friday, December 17, 2010

Wahhabisme - Alat konspirasi Barat


Sheikh Abd Aziz Bin Baz Bekas Mufti Besar Wahhabi- Saudi

Salam,


DALAM menyentuh persoalan Wahhabisme dan kaitannya dengan konspirasi Barat memecahbelahkan umat Islam, saya merasa seperti `melawan arus' dalam menzahirkan pendapat ini. Ini kerana pertama, ia menyentuh satu mazhab yang majoritinya dianuti penduduk di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Kedua, secara tidak langsung terdapat ramai ustaz yang mendapat pendidikan di sana telah menganut fahaman Wahhabisme ini, walaupun jarang diakui oleh mereka atau tanpa disedari, dan ketiga, Wahhabisme seringkali disamakan dengan gerakan pemurnian akidah Islam yang berteraskan ajaran golongan salafus soleh. Namun jika kita menelusuri perjalanan sejarah wujudnya Wahhabisme ini, kita dapat melihat terdapat tangan-tangan imperialisme Barat, khususnya Eropah Inggeris yang menjadikan Muhammad bin Abdul Wahab, pengasas fahaman ini menjadi anutan penduduk Mekah dan Madinah.

Hanya Gambar Hiasan - Ulama Wahhabi
Kejatuhan Empayar Islam Othmaniah telah diambil kesempatan oleh Inggeris untuk menyemarakkan lagi `gerakan tajdid atau pembaharuan' yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab sehingga berjaya dijadikan mazhab anutan majoriti penduduk di Mekah dan Madinah. Kenyataan di atas mungkin sukar diterima begitu sahaja, memandangkan ketiga-tiga faktor yang disebutkan di atas tadi. Namun kita harus meneliti strategi musuh-musuh Islam ini. Kita harus menyedari musuh-musuh Islam amat memahami perasaan umat Islam dan sentimen serta keterikatan hati kita terhadap Tanah Suci, Mekah dan Madinah.

Justeru itu menjadi strategi mereka untuk `menawan' tanah-tanah suci itu dengan cara halus. Maka berlakulah regime change di tanah Arab sebagaimana yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ke atas negara-negara Islam sekarang ini. Bagi merealisasikan konspirasi ini maka mereka memberi sokongan penuh kepada Muhammad bin Abdul Wahab untuk menjalankan `pemurnian akidah Islam'. Maka kita lihat wujudlah ajaran-ajaran Wahhabisme seperti mengharamkan menziarahi tanah perkuburan, merobohkan tanah perkuburan di Baqi' Madinah, mengkafirkan umat Islam yang tidak sehaluan dengan fahaman mereka, menyatakan bidaah bagi menyambut Maulidur Rasul dan majlis-majlis tahlil dan sebagainya.

Maulana Sheikhul Islam Ahmad Zaini Dahlan Al-Makki As-Shafie

Kesemua tuduhan serta ajaran mereka telah dijawab oleh ulama-ulama Ahlu Sunnah dan Syiah di serata dunia Islam. Namun mereka telah menggunakan kekuatan kewangan bagi menjayakan propaganda mereka dengan memberi habuan kepada ulama-ulama upahan mereka. Ketua Mufti Mekah sebelum Mekah dikuasai oleh Wahhabi, iaitu Maulana Sheikhul Islam Ahmad Zaini Dahlan Al-Makki As-Shafie telah mengeluarkan fatwa yang keras terhadap Wahhabi dan memberi amaran tentang bahayanya ajaran Wahhabi.
Ayatollah Jaafar Subhani ulama Syiah yang banyak membahas isu-isu dalam ajaran wahhabi
Penentangan terhadap mereka amat hebat dilakukan juga oleh ulama-ulama Syiah seperti Ayatullah Jaafar Subhani dari Iran yang telah menjawab satu persatu tuduhan Wahhabi sehingga beliau diharamkan masuk ke Arab Saudi. Namun demikian, apabila masa berlalu, mereka telah berjaya meleburkan diri ke dalam Ahlu Sunnah dengan mengatakan mereka adalah pengikut ajaran salaf dan bermazhab Hanbali, dan ini mengurangkan tentangan ulama Ahlu Sunnah kini berbanding dahulu yang telah memberikan kritikan tentangan hebat terhadap fahaman Wahhabi ini.

Lebih-lebih lagi sentimen Tanah Suci Mekah dan Madinah telah digunakan sehingga umat Islam terkeliru bahawa Mekah dan Madinah itu dianggap suci adalah disebabkan terdapatnya Kaabah sebagai kiblat umat Islam serta makam Rasulullah dan para sahabat, dan ia bukan jaminan bahawa penduduk Mekah dan Madinah itu bebas daripada kesilapan. Seringkali kepada jemaah haji atau jemaah umrah yang baru pulang mengatakan standad kebenaran itu adalah di Mekah dan Madinah tanpa merujuk apakah yang dianuti di sana itu selaras dengan ajaran Rasulullah. Maka kita lihat ramai yang menghantar anak-anak mereka ke sana dengan harapan mendapat ajaran Islam yang betul, tanpa menyedari bahawa tradisi keilmuan Islam yang masih utuh adalah di Universiti al-Azhar, Mesir.

Diiktiraf

Belum pernah kita lihat lahirnya Sheikhul Islam dari Universiti Mekah atau Madinah yang diiktiraf oleh dunia Islam seperti mana yang terdapat di al-Azhar itu. Saya amat berharap pendapat saya ini dilihat secara objektif dan jangan salah anggap kenyataan saya ini kerana ia perlu dilihat dalam konteks konspirasi Imperialisme Barat yang saya katakan tadi. Peristiwa 11 September membuktikan bahawa kita tidak boleh memandang sepi akan kemungkinan konspirasi dijalankan dan kali ini sekali lagi golongan Wahhabi digunakan lagi bagi melenyapkan imej Islam sebagai agama keamanan dan keadilan.
Kat mana Mamat ni sembunyi, takkan CIA tak tahu


Islam seringkali dilihat sebagai agama pengganas angkara perbuatan mereka, bukan sahaja antara agama, malah sesama Islam. Apabila pengeboman berlaku di Najaf kita seperti sukar mempercayai ia dilakukan oleh orang Islam yang sanggup membinasakan makam Saidina Ali, namun kita jangan lupa bahawa golongan Wahhabi telah lama menganut fahaman bahawa menziarahi kubur itu bidaah dan mereka sebelum ini juga telah menghancurkan bangunan makam-makam para sahabat di Baqi' Madinah.

Mereka telah lama melakukan pembunuhan sesama Islam tidak kira di kalangan Ahlu Sunnah atau Syiah seperti di Pakistan oleh kumpulan Wahhabi Sipah e Shaba dan Lashkar e Jhangavi. Di Afghanistan, Taliban telah membunuh ribuan Ahlu Sunnah dan Syiah di Hazara Wilayah Bamiyan atas nama jihad dan pemurnian akidah. Di Malaysia kita mula merasa bimbang akan mereka yang mendapat pendidikan di Mekah dan Madinah yang menganut fahaman yang merbahaya ini yang telah meresap di dalam parti-parti politik yang mengatas namakan Islam. Golongan yang memperalatkan Islam dengan slogan-slogan Islamnya seperti golongan Wahhabi yang akhirnya menjurus kepada mengkafirkan sesama Islam dan akhirnya berbunuh sesama Islam.

Kesimpulannya, saya amat berharap agar Malaysia sekali lagi menjadi pelopor akan menyuarakan suara perpaduan Islam tanpa mengira mazhab dan menyeru pemimpin-pemimpin Islam dunia sempena persidangan OIC ini agar membersihkan imej fanatisme Islam dan membuat beberapa pendekatan baru dalam mempersatukan Islam, sebagaimana pernah diperkatakan oleh pemimpin kita Datuk Seri Dr. Mahathir (ketika artikel ini ditulis ) bahawa kembalilah kepada ajaran Islam sebenar, zaman Rasulullah tiada sunni tiada syiah dan atas kapasiti beliau sebagai pemimpin Islam hebat, dapatlah memainkan peranan dalam menyatukan umat Islam dan sentiasa peka akan konspirasi Barat yang hanya ingin melihat umat Islam berpecahbelah dan berbunuh sesama kita dengan tafsiran-tafsiran sempit ajaran Islam.

Apakah Dr Maza masih mahu katakan wahhabi adalah suatu misteri???

( artikel ini pernah keluar di Utusan Melayu di ruang agama )

Wednesday, December 8, 2010

Mana Suara Pejuang Bahasa Melayu Bila Ketuanan Melayu DiPertikaikan?

APAKAH HANYA BAHASA YANG JIWA KEPADA BANGSA ITU SAHAJA PENTING, BANGSA ITU SENDIRI TIDAK PENTING?


Salam,

1) Ketika berdemonstrasi menuntut dikembalikan pengajaran Matematik dan Sains ke dalam Bahasa Melayu, hampir ke semua Seniman Negara yang masih hidup, penulis-penulis sastera, NGO Melayu dan lain-lain pihak boleh bersatu memperjuangkannya.

2) Mereka ini bergelar pejuang Bahasa Melayu yang merasakan bahasalah yang harus dipertahankan demi menjaga jati diri Melayu.

3) Saya juga secara peribadi tidak setuju dengan PPSMI walaupun saya juga berpendapat jika mahu diteruskan perlu dibuat beberapa "adjustment" sana sini sesuai dengan pencapaian dan penguasaan Bahasa Inggeris yang ketara lemah di luar bandar kerana dibimbangi yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.

4) Tokoh-tokoh seperi Pak Samad Said yang amat jarang kita lihat berdemo ada, Datuk Hasan Ahmad juga ada dan juga beberapa tokoh bahasa juga kelihatan semasa berdemo.

5) Saya amat kagum dengan semangat mereka pada masa itu cuma sedikit ragu apakah ada diantara mereka-mereka itu bersemangat dalam berdemo atas dasar betul-betul jati dirinya pejuang bahasa atau "terpengaruh" dengan "api" yang dinyalakan pembangkag pada masa itu khususnya rakan lama mereka Dato' Seri Anwar Ibrahim.

6) Mengapa timbul keraguan ini? Bahasa adalah jiwa bangsa. Jika bahasa dirasakan dalam keadaan bahaya maka apakah jika bangsa dalam keadaan bahaya kita tidak merasa apa-apa?

7) Jika kita boleh berdemontrasi atas isu bahasa mengapa kita diam dalam isu Ketuanan Bangsa Melayu kita?
MENGAPA DIAM PAK SAMAD???

8) Apakah ketuanan Melayu itu tidak ada bahasa Melayu di situ yang harus kita pertahankan? Apakah kita tidak melihat apa yang berlaku ada pemimpin di negeri di bawah PR menukar tanda jalan ke dalam bahasa ibundanya kita merasa begitu sensitif tapi hal ketuanan kita merasa tidak ada apa-apa?

9) Mengapa kita tidak dengar kelantangan pejuang-pejuang bahasa itu dalam isu ketuanan Melayu yang dibangkitkan oleh PR?

10) Apakah ianya merupakan kesalahan jika kerajaan BN yang buat sesuatu namun jika PR yang melakukannya kita tidak merasa perlu untuk menyatakan pendirian?

11) Maka jika kebisuan pejuang-pejuang bahasa ini berterusan, maka saya tidak ada  pilihan untuk melabelkan mereka pejuang-pejuang bahasa yang "bermusim" dan  bersemangat "coca-cola" seperti yang pernah disebut oleh Presiden PAS Dato Seri Hadi Awang dulu.

12) Jika Melayu tidak menjadi tuan, maka jangankan bahasa Melayu, silap-silap identiti melayu juga akan terhakis dimakan dek zaman!!! MAAF JIKA TERLANJUR MENEGUR WAHAI PEJUANG-PEJUANG BAHASA!!!!

Monday, December 6, 2010

KETUANAN MELAYU MENYANGGAHI IKTIKAD ? :MELURUSKAN PANDANGAN DR MAZA

CANNOT LA, KETUANAN MELAYU, AYO......AAAA

AGAKNYA DR ASRI SETUJU DENGAN LIM KENG YEIK DEMI MENGEMUDI BAHTERA PERUBAHANNYA !!

DAN INI JUGA AGAKNYA YANG DITERIAKKAN OLEH DATUK IBRAHIM ALI, " HOI !!! MU PAHE DOK APA MENATE KETUANEI MELAYU NI??!!! SEKALI AKU LESING KEI!!!!



Salam,

1) Saya cuba untuk  memahami tulisan mantan Mufti Perlis Prof. Madya Dr Asri Zainal Abidin dalam blognya yang bertajuk Iktikad Ketuanan Melayu Menyanggahi Islam. Bukan itu sahaja, beliau mengatakan bahawa istilah ketuanan Melayu adalah kabur dan tiada dalam perlembagaan dan merasa pelik jika ada yang membahaskannya.

2) Beliau membawa ayat-ayat Al-Qur'an yang membawa maksud iaitu orang yang mulia disisi Allah swt adalah yang paling bertakwa.

3) Kemudian beliau membawa hadis dibawah ini:-

Adapun hadis Nabi s.a.w: “Para pemimpin dari Quraish” (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak.  "

4) Saya tidak tahulah apakah benar-benar Dr Maza tidak memahami takrif Ketuanan Melayu atau ingin memsensasikan sesuatu isu untuk kelihatan bahawa beliaulah benteng terkuat aqidah Umat Islam di Malaysia sehingga yang lainnya bercanggah iktikadnya dengan Islam. Maaf, saya agak terganggu dengan tulisan-tulisan Dr Maza yang seringkali saya lihat dan faham hanya untuk proses indoktrinisasi fahaman salafi wahhabinya yang juga beliau kata istilanya misteri, pelik dan sebagainya. Memang jika tidak mampu memahami  atau menafikan sesuatu seringkali yang dijadikan hujah adalah ianya kabur, tidak ada dalam Islam, tidak diamalkan oleh solofus soleh, bukan hadis yang sahih dan bermacam-macam lagi!!! Di dalam ilmu logika.mantiq, setiap perkataan itu punya maknanya apatah lagi ketuanan Melayu adalah sesuatu yang dimaklumi bersama tanpa merujuk kepada perlembagaan!!!

5) Merujuk kepada ayat Al Qur'an yang meletakkan taqwa sebagai prasyarat untuk dikatakan mulia, apakah Melayu yang beragama Islam itu kurang taqwanya berbanding yang bukan Islam? Untuk mencapai predikat taqwa perlu seseorang itu menjadi muslim barulah ia dikatakan taqwa walaupun setiap individu mempunyai tahap ketaqwaan yang berbeza-beza.

6) Merujuk kepada hadis berkaitan Quraisy, Dr Maza mengatakan bahawa ia bukan soal keturunan tetapi soal kemampuan dan pengaruh politik dalam soal kepimpinan. Maka, betullah ketuanan Melayu itu juga termasuk di dalamnya soal kemampuan dan pengaruh politik dalam soal kepimpinan. Apa itu kepimpinan? TIDAKKAH IA SOAL YANG MEMIMPIN DAN DIPIMPIN? Yang memimpin tuan dan dipimpin orang bawahan tuan!!! Kalau Quraisy diliHat satu kaum yang mampu dan berpengaruh politik, maka Melayu juga dalam konteks Malaysia adalah mampu dan berpengaruh!!

7) Sebenarnya ketuanan Melayu ini harus dilihat dari dua sisi. Pertama, seperti yang saya sebut di atas dengan mengambil ayat Al Qur'an dan juga hadis, yang kedua ketuanan Melayu harus dilihat dari sudut karamah/kemuliaan umat Islam.

8) Telah terbukti apa yang telah kita lalui selama 53 tahun tanpa menafikan adanya kelemahan dan masih boleh dibaiki, adalah yang terbaik untuk umat Islam di Malaysia. Kalau kita mahukan yang lebih baik maka kita kena berusaha lebih ke arah itu.



9) Menjaga ketuanan Melayu yang merupakan majoriti penduduk Malaysia adalah menjaga kemuliaan Melayu yang banyak maslahahnya atau kebaikannya demi keutuhan kuasa politik Islam di tangan muslimin di Malaysia. Baca:

http://pure-hadharist.blogspot.com/2010/12/ketuanan-rakyat-ketuanan-melayu.html
10) Beradanya parti-parti komponen BN di bawah parti UMNO misalnya adalah suatu konsep yang dipersetujui bersama bahawa ketuanan Rakyat itu terbela dengan terbelanya ketuanan Melayu yang merupakan tonggaknya pemerintah Malaysia. Ini tidak berlaku di dalam Pakatan Rakyat yang mana ketuanan Melayu yang tentunya lebih bertaqwa dari bukan Melayu tidak kelihatan malah akan hilang sedikit demi sedikit.

11) Sepatutnya, muslimim di Malaysia wajib merapatkan saf agar dapat mencapai keadaan yang lebih baik, dimana ketuanan rakyat adalah ketuanan Melayu, kerana semua rakyat telah melihat maslahahnya dan karamahnya ada pada orang-orang Melayu selama ini yang tentunya telah dibuktikan.

12) Ingat! kita bukan berbicara terlalu besar seperti ketuanan Islam kerana, muslimin di Malaysia dilihat masih belum bersedia untuk itu kerana konsekuensi dari ketuanan Islam adalah berdirinya sebuah Negara Islam. Syarat belum cukup....ayuh bersatulah untuk saling lengkap melengkapi....

SALAM MAAL HIJRAH.......1MALAYSIA 1UMMAH

Sunday, December 5, 2010

RAKYAT DIDAHULUKAN, HARGA BARANGAN DINAIKKAN!! - Suatu Kontradiksi atau Suatu Applikasi Ekonomi ?

KALAU NAK DENGAR RADIO BURUK PAKATAN RAKYAT, HABIS SEMUA TEORI EKONOMI DIBATALKAN
 
Salam,

1. Harga barang naik memanglah bukan sesuatu yang rakyat suka begitu juga kerajaan yang mengharapkan sokongan rakyat .

2. Kerajaan yang mengharapkan sokongan lebih-lebih lagi kerajaan yang membawa slogan rakyat didahulukan akan memilih untuk meminimakan kemarahan rakyat dalam setiap polisi yang dilaksanakan.

3. Apakah kenaikan harga minyak dan gula baru-baru ini menyebabkan rakyat marah? Reaksi yang saya terima adalah dari penyokong pembangkang yang tidak bersetuju, penyokong kerajaan yang bersetuju juga ada yang penyokong kerajaan yang tidak bersetuju. Yang saya tidak terima ialah penyokong pembangkang yang bersetuju kenaikan harga tersebut.

4. Ini jelas menunjukkan, kenaikan harga rata-rata tidak menyenanginya terutama yang tidak faham, tidak mahu faham serta buat-buat-buat tidak faham. Bagi pihak kerajaan pula, apakah kerajaan tidak dapat menjangkakan reaksi rakyat ini, atau mereka tahu apa reaksi rakyat namun kerajaan punya justifikasi untuk kenaikan harga itu.

5. Saya berpendapat bahawa, kerajaan mempunyai justifikasi yang konkrit untuk menyelaraskan harga barangan-barangan tersebut bagi tujuan yang lebih memberikan manfaat kepada rakyat pada masa akan datang. Penjimatan yang diperolehi dari penyelarasan harga barangan tersebut selama ini disubsidi oleh kerajaan adalah bernilai RM1.18b.

6. Kerajaan boleh menggunakan penjimatan itu  disamping suntikan peruntukan kewangan bagi menjayakan pelan perancangan yang memberikan manfaat melebihi nilai kenaikan harga barangan minyak dan gula itu.

7. Namun sebagaimana biasa, pembangkang hanya pandai menyerang dari segi kenaikan dengan membangkitkan kemarahan rakyat dan tidak menyebut manfaat-manfaat yang bakal diperolehi rakyat.

8. Ada juga yang berpendapat bahawa kerajaan akan menurunkan harga barangan tersebut bila menjelang pilihanraya dan menaikkan semula apabila telah berjaya mendapat mandat nanti. Ini suatu pembohongan kerana kita masih ingat dalam PRU12 dahulu, kerajaan di bawah kepimpinan Pak Lah telah menaikkan harga minyak petrol sebelum beberapa bula PRU12 akan dijalankan dan dari segi politiknya ia adalah suatu yang tidak baik kerana boleh dijadikan modal politik pembangkang! Namum pertimbangannya bukan pertimbangan politik tetapi pertimbangan ekonomi. Harga minyak tetap dinaikkan walaupun ia mengundang kemarahan rakyat dan telah dieksploitasi oleh pembangkang dalam PRU12 maka ini membuktikan bahawa kenaikan harga tersebut tidak dielakkan dan jika tidak dilakukan, akan menjejaskan ekonomi negera dengan lebih teruk lagi.
MUNGKIN KITA AKAN TETAP MENGGUNAKAN KERETA INI JIKA TIDAK BOLEH MENERIMA KENAIKAN PETROL/DIESEL
 

9. Kerajaan akan memastikan rakyat tidak dibebani dengan kenaikan harga ini yang akan menyebabkan kereta-kereta tidak mampu diisikan minyak dan minuman-minuman kita akan menjadi tawar kerana tidak mampu membeli gula akibat kenaikan itu. Kerajaan mempunyai mekanisme yang mampu mengukur sejauhmana kesan kenaikan harga itu terhadap kehidupan rakyat. 

10. Pertimbangan ekonomi bukanlah sesuatu yang boleh di"bahaskan" di kedai-kedai kopi atau di tepi-tepi jalan!! Ekonomi harus dinilai secara holistik bukan terpilih-pilih iaitu hanya melihat kenaikan harga sesuatu barangan namun apakah justifikasinya serta apakah pula langkah alternatif yang ditawarkan.

11. Memanglah bahwa mengurangkan subsidi terhadap minyak dan gula yang menyebabkan kenaikan harga barangan bukanlah suatu tindakan "populis" tetapi kesan dari penjimatan subsidi tersebut akan dimanfaatkan untuk tujuan-tujuan yang lain yang akan memberikan impak yang besar terhadap kehidupan rakyat negara ini yang ingin menuju sebuah negara maju.


Nasi lemak dulu 40sen sekarang, mungkin akan datang akan mencapai sehingga RM10.....


12. Takkanlah kita mahu mengharapkan harga barangan yang berkaitan dengan harga dunia, proses "demand and supply", nilai matawang dunia dan pelbagai mekanisme ekonomi yang diluar kawalan sesebuah pemerintah akan kekal begitu untuk selama-lamanya !!! Saya masih teringat cerita Tok saya yang membawa belanja sekolah sebanyak 2 sen , menaiki bas 1 sen dan menonton wayang 20sen pada masa dahulu dan kita tetap pada hari ini mengatakan kerajaan tidak patut menaikkan harga barangan!!! Inilah hakikatnya ekonomi!!


Thursday, December 2, 2010

KETUANAN RAKYAT = KETUANAN MELAYU

LU FIKIRLAH SENDIRI!!!

Salam

1. Azmin Ali adalah melayu yang cuba menjadi jaguh dalam politik tanahair sebagai persediaannya menggantikan tempat Anwar jika sekiranya Anwar dipenjara kelak.

2. Beliau rela dipanggil pengkhianat bangsa kerana mempertahankan Ketuanan Rakyat dan mahu ketuanan Melayu dinyahkan.

3. Azmin terlupa bahawa disamping dia seorang Melayu, ada 60% lagi Melayu dalam negara kita. 60% beerti majoriti.

4. Jika dalam sesebuah negara rakyat yang menjadi majoriti penduduknya sudah pasti akan mencorakkan suasana dan iklim politik.

4. Jika Melayu sebagai majoriti tidak mendapat kedudukan yang sewajarnya angkara dibuang konsep ketuanan Melayu, maka negara akan menjadi tidak stabil. Ini harus disedari sepatutnya sebelum mempertikaikan ketuanan majoriti rakyat Malaysia.

5. Selama mencapai kemerdekaan hinggalah sekarang yang dikatakan majoriti itu iaitu 60% dari penduduk Malaysia, pemegangan ekuiti tidak sampai 18% dan jauh lagi untuk mencapai hanya 30% sasaran dalam DEB.

6. Orang Melayu yang majorti ini amat klemah dari sudut perniagaan dan ekonomi. Justeru itu, pencapaian 18% ekuiti itu jelas membuktikan Melayu masih perlu sokongan serta keistimewaan dalam negara Melayu ini.

7. Apakah apabila disebut ketuanan Melayu, maka yang lain akan menjadi bukan tuan atau hamba?

8. Apa halnya jika orang Melayu mengatakan dalam ekonomi bangsa cina adalah tuan? Ketuanan Cina telah jelas ada dalam bidang ekonomi hinggakan usahawan Melayu bergantung penuh dalam dunia perekonomian dan perniagaan.

9. Maka, kesimpulannya, ketuanan Melayu itu adalah juga ketuanan rakyat.. kenapa perlu dipertikaikan?

Wednesday, December 1, 2010

HAPUSKAN KETUANAN MELAYU : MELAYU AKAN JADI SEPERTI RED INDIAN


INI JUGA LAMBANG MELAYU ITU ISLAM,  APABILA MEMELUK AGAMA ISLAM SECARA OTOMATIK BUSANA MELAYU MENJADI PILIHAN. INIKAH YANG NAK DIHAPUSKAN?


Salam.

1. Isu ketuanan Melayu hangat semula diperkatakan dalam Kongres Parti Keadilan Rakyat dimana Azmin Ali dan Wan Azizah menyentuhnya dengan begitu lantang sehinggakan Azmin Ali sanggup untuk dipanggil pengkhianat bangsa dengan kenyataannya untuk dihapuskan konsep Ketuanan Melayu.

2. Kenyataan ini disokong pula oleh Nik Aziz dan beberapa pemimpin Pas. Nik Aziz berkata ketuanan Islam mesti dahulu didaulatkan untuk mengelakkan permusuhan di antara kaum di dalam negara ini.

3. Apakah ketuanan Melayu itu? Apakah konsep ketuanan Melayu itu selama ini penyebab permusuhan di antara kaum?  Berapa kalikah telah berlaku pergaduhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969? Apakah 13 Mei itu berlaku kerana konsep Ketuanan Melayu? Mengapa begitu obses untuk menghapuskan Ketuanan Melayu oleh parti pembangkang?

4. Persoalan yang penting itu mesti dihuraikan dahulu sebelum kita mengeluarkan sebarang kenyataan. Kita adalah kerana kita perlu sedar bahawa setiap kenyataan berkaitan Ketuanan Melayu adalah suatu kenyataan yang menyentuh "tiang-tiang seri" pembangunan tanahair kita selama ini.

5. Melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Kemana sahaja orang-orang Melayu berada akan dibawa bersamanya Islam hatta ke alam barzakh! Apabila orang-orang Melayu bercakap tentang kedaulatan negara ini serta hak-hak mereka dalam negara ini juga membawa Islam bersamanya.

6. Apabila disebut Islam adalah agama rasmi Malaysia dan kuasa politik adalah kuasa politik Melayu, ini membuktikan kuasa Melayu itu adalah kuasa Islam.

7. Apakah ketuanan Melayu juga adalah Ketuanan Islam? Sudah tentu!! Apakah ketuanan Melayu itu menafikan hak bangsa lain? Apakah ketuanan Melayu itu menghalalkan apa yang diharamkan Islam seperti sewenang-wenang berlaku zalim dengan bangsa lain? Tidak!

8. Amerika Syarikat adalah syaitan besar dan berupaya menguasai negara-negara Islam dengan pelbaagi cara yang amat halus. Mereka sering menggunakan slogan kebebasan, demokrasi dan keadilan untuk memaksakan  ideologi mereka terhadap negara-negara Islam. Kalau di Timur Tengah mereka mengadakan projek regime change" dengan slogan demokrasi seperti yang dikakukan di Iran dalam campurtangan mereka dalam pilihanraya Iran tempohari, di Afghanistan juga di Iraq dengan cara ketenteraan dan apakah di rantau ini mereka duduk diam?

9. Mereka telah berjaya melenyapkan kaum Red Indian pribumi mereka yang hilang ketuanannya. Mereka ingin ianya berlaku di sini!! Lihat mereka begitu berminat terhadap Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya. Mereka menyokong sebarang usaha untuk melenyapkan kuasa Islam di mana-mana sahaja. Apakah mereka tidak merasa PAS sebuah kuasa Islam? Ya namun Pas telah terperesok dengan PKR serta DAP mendominasi Pakatan Rakyat dan jika sekiranya memerintahpun, PAS tidak boleh berbuat apa-apa. Sekarang inipun Ketua Pembangkang adalah Anwar bukan Hadi!

10. Secara strateginya, kuasa Melayu-Islam yang ditunjangi dengan konsep Ketuanan Melayu melalui naungan Sukltan-sultan Melayu harus dihapuskan terlebih dahulu dengan membuaikannya derngan slogan keadilan, anti-perkauman, ketuanan Islam (hanya slogan) dan sebagainya.

11. Melayu akan jadi seperti Red Indian di Amerika Syarikat jika kita runtuhkan konsep Ketuanan Melayu. Menurut Islam, keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya maka Ketuanan Melayu adalah meletakkan kuasa Melayu dibumi Melayu dan bersikap adil dengan menerima kaum-kaum lain beranak pinak di Tanah Melayu tanpa sebarang rasa takut. Yang peliknya, ada Melayu yang tidak sedar diri serta tamakkan kuasa yang sanggup membogelkan jati diri sendiri sebagai orang-orang Melayu.

Friday, November 26, 2010

Komputer mengalami kerosakan dan telah dihantar ke kedai...ambil masa untuk dibetulkan...harap maklum..

Tuesday, November 23, 2010

TANDA-TANDA AWAL KEJATUHAN PAKATAN RAKYAT

Salam

1. Beberapa perbualan dengan saudara mara semasa pulang ke kampung khususnya dalam perkembangan politik tanahair sedikit sebanyak memberikan beberapa indikasi penting berkaitan pola pemikiran rakyat semasa.

2. Walaupun pandangan seseorang itu berbeza antara satu dengan yang lain lebih-lebih lagi pandangan dari penyokong-penyokong parti pembangkang yang masih menafikan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan, namun "bunyinya" ada lain sedikit.

3. Kemarahan terhadap tuduhan bahawa kerjaan negeri Kedah tidak banyak membantu mangsa-mangsa banjir baru-baru ini diselang seli juga dengan suara ketidakyakinan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah.

4. Suara penuh keyakinan bahawa PR akan memerintah kubu kuat UMNO iaitu negeri Johor pada PRU13 diselang selikan juga dengan rasa kegusaran perang psikologi media arus perdana terhadap Kerajaan negeri Selangor.Malah mereka mengatakan wajarlah kerajaan membayar jutaan ringgit kepada APCO lantaran keberkesanan perang psikologi tersebut.

5. Kesedaran bahawa PAS harus berdiri sendiri daripada duduk dibawah pakatan PAS-DAP-PKR mula kedengaran.

6. Kesimpulannya, apa yang telah dibuat oleh kerajaan BN dibawah kepimpianna DS Najib telah mula dirasai rakyat termasuk dari penyokong-penyokong pembangkang sehinggakan isu-isu yang dibangkitkan mereka sekarang ini bukan isu apa yang dilakukan BN tetapi apa yang mnereka lakukan dan mereka pertahankan. Dulu mereka ofensif namun sekarang mereka defensif....tanda-tanda awal kejatuhan mereka ini.....

Sunday, November 14, 2010

HAJI : SEBUAH PERJALANAN RUHANI MENUJU SIASAH ISLAMI.....

Salam,

Menjelang Hari Raya Aidul Adha ini, izinkan saya mengulangkaji perjalanan haji yang bersifat ruhani namun punya banyak dimensi-dimensi seperti ekonomi, sosial dan juga politik. Inilah Islam, semua ibadatnya walaupun bersifat ruhani namun ia membawa pengertian luas dari ibadat yang berbentuk ruhani itu tadi. Hatta solat juga sebenarmya mempunyai dimensi atau sisi politik atau siasah Islami.

Haji yang berkumpulnya seluruh umat Islam amat malang sekali jikalau hanya dipandang dari sudut ibadah semata-mata.

1. Wukuf di Arafah

Berkumpul bagi tujuan apa? Haji? Untuk apa? Keridhaan Allah namun Allah juga benci akan perpecahan sesama Islam...renungkanlah!!! Harapkan Keridhaan namun sekembali dari Haji kita berpecah!!mana mungkin mendapat keridhaan Allah!!


2. Mengutip Batu Di Muzdalifah

Persiapan itu penting dan lebih penting lagi "timing" dan kesatuan dalam bertindak!!! Ini bukan masa untuk bercakaran sesama kita, ini masanya mengumpul kekuatan untuk menentang musuh!! siapa musuh kita? Perlu tahu siapa kawan dan siapa lawan!! Syaitan Akbar adalah musuh nyata kita!!!


3. Jamrah Di Mina

Melontarlah ke arah syaitan...bukan sesama sendiri !!!

4. Bermalam Di Mina

Bila warna putih dikumpulkan di satu tempat, terserlah kesuciannya dan kesatuannya.......hati yang hitam selalu inginkan perpecahan umat Islam!!

5. Melakukan Korban dan Bercukur


Hilangkan keegoan dan lunturkan keindahan wajah sementara kamu, bercukurlah dan berkorbanlah dengan mengeluar sedikit belanja simbol perjuangan kamu!!


6. Tawaf Dan Sai



Dengan hanya faham serta suci hati, umat Islam akan tahu keutamaan untuk bersau padu dalam dunia yang penuh dengan ancaman para musuh-musuh Islam. Haji mengajar kita bahawa kebendaan dan kepentingan diri akan menghalang misi suci Islam untuk mencapai keridhaan Allah swt serta menuju ke arah mengembalikan keagungan Islam di mata Dunia!!!!

SEHARUSNYA SELEPAS MUSIM HAJI, HADIS DI BAWAH INI WAJIB TERSEMAT DI SANUBARI UMAT ISLAM.......


                                              

                                                       SALAM AIDUL ADHA AL MUBARAK!!!

Saturday, November 13, 2010

MAKNAKAN REFORMASI

Apa pun perlu didefinisikan dan jelas ala tujunya.


Salam

1. Parti Keadilan Rakyat, parti yang mendakwa membawa agenda reformasi, sedang dalam samada proses kematian ataupun proses reformasi atas reformasi yang telah dilaungkan sekitar 12 atau 13 tahun dahulu.

Reformasi si Anak Emas untuk "bapa"nya jadi PM.

2. Reformasi apa ? Apakah kesedaran untuk berreformasi hanya muncul dengan pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dahulu atau keadaan sekarang ada pada masa itu benar-benar perlukan reformasi dilakukan?

" LU JANGAN TIPU ORANG" mungkin itu yang sesuai mengisi caption gambar ini.
3. Tokoh reformasi Yb Saudara Senator Ezam Nor bukankah telah merasa perjuangan "reformasi"nya dahulu bersama Anwar hanyalah penipuan Anwar yang beliau panggil si Munafik sekarang?

4. Sebenarnya, untuk berjuang, kita kena tahu banyak hal. Begitu juga slogan reformasi ini. Apa makna reformasi? Bagaimana menjalankan reformasi? Apa yang mahu direformasikan? Pertanyaan-pertanyaan ini jika tidak atau salah dijawab maka reformasi itu akan jadi seperti reformasi Anwar dan kalau berjayapun akan jadi reformasi seperti reformasi Kesatuan Soviet dahulu yang akhirnya berkiblatkan reformasi barat!!

5. Apa makna reformasi bukan boleh didefinisikan oleh semua orang. Perlu ada definisi yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh yang berotoriti yang terdiri daripada para intelektual, pakar perundangan dan mereka yang tahu benar apa itu reformasi. Jika tidak akan terjadi seperti PKR ini yang menuntut reformasi atas "kegeraman", "kemarahan" serta sikap ingin membalas dendam terhadap pemerintah yang dikatakan menyebabkan tersungkurnya Anwar dari satu langkah lagi ke takhta untuk menjadi Perdana Menteri tanpa melihat apakah benar reformasi sebegitu?

apakah ini akan diruntuhkan atas nama reformasi?

6. Reformasi seharusnya tidak bertentangan dengan perlembagaan serta kontrak sosial yang telah lama terbina dan menjaga keharmonian rakyat pelbagai kaum. Perlembagaan serta perundangan negara tidak harus dipertikaikan hanya kerana tidak memihak kepada tokoh "reformasi" yang dihukum melalui proses undang-undang. Institusi-institusi yang menjadi tonggak negara seperti kehakiman, kepolisian, agama, raja-raja tidak boleh sewenang-wenangnya dikatakan rosak hanya semata-mata tidak menyebelahi gerakan "reformasi" yang tadinya gagal didefinisikan atau diperjelaskan haka tujunya.
Atau ini hanya kerana tidak menyebelahi Anwar?


7. Reformasi juga tidak harus menjadi bahan atau "umpan" musuh-musuh negara untuk mengambil kesempatan. Kita lihat, kuasa-kuasa besar amat gemar masuk campur atas menyokong slogan reformasi atau demokrasi yang tidak sehaluan dengan mereka. Sebagai contoh apa yang telah dilakukan di Iraq dan sekarang sedang giat dijalankan di Iran atas nama reformasi dan demokrasi. Apakah sekutu-sekutu Amerika misalnya Arab Saudi, Jordan dan UAE lebih demokrasi dari yang lain yang mana tidak ada langsung proses pilihanraya yang memberi hak kepada rakyat memilih pemimpin jika dibandingkan dengan kita, Iran atau Cuba?
Reformasi Iran juga di Malaysia mendapat sokongan puak-puak Zionis di AS!!


8. Reformasi perlu "harmoni" dengan lain-lain hal yang membentuk negara ini. Slogan kesamarataan sosial tanpa mengira kaum misalnya perlu harmoni dengan keadaan realiti Malaysia yang terdiri daripada bumiputra dan bukan bumiputera yang termaktub di dalam perlembagaan! Bumiputera yang masih ketinggalan jauh perlu dikekalkan hak keistimewaanya begitu juga kedudukan agama Islam juga perlu kekal sebagai agama rasmi misalnya walaupun dalam slogan reformasi barat itu semua dikatakan kontra-reformasi!! Sebab itu reformasi kita perlu petunjuk jelas bukan petunjuk dari barat!!

Polis dikatakan zalim bila bertindak begini, tapi mereka jugalah yang sering membuat laporan Polis untuk mensensasikan isu!!!! Zalim ke Polis kalau begitu??



9. Akhirnya, kita tetap mengatakan reformasi adalah suatu kewajiban untuk kebaikan semua . Negara, rakyat, masyarakat dan umat manusia seluruhnya perlukan reformasi. Namun ia perlu mengambil kira 8 perkara-perkara di atas bagi memastikan ia terarah dan tidak menyimpang.

Popular Posts