Sunday, August 1, 2010
Siaran Ulangan : Unity Government Lebih berpotensi dari Pakatan Rakyat...Demi Islam !!!
PAS harus segera duduk dan berbincang apakah solusi terbaik untuk PAS dalam menghadapi kemelut hala tuju parti mereka iaitu di antara bergerak dengan ide "unity government" atau bersama Pakatan Rakyat yang didominasi Anwar sebagai ketua pembangkang.
Persoalannya , apakah hala tuju dan matlamat PAS?
1. menegakkan negara Islam
2. Menjatuhkan UMNO
Jika negara Islamlah yang mahu ditegakkan maka "unity government"lah SOLUSINYA. Mengapa?
Konsep penegakkan sebuah negara Islam bukanlah semudah meletakkannya sebagai matlamat perjuangan parti. Sebagaimana yang pernah saya tulis dahulu ia perlukan banyak persyaratan yang ditetapkan oleh Islam sendiri. Walaupun PAS mungkin menganggap mereka telah cukup syarat, tetapi penolakan non-muslim atas terbentuknya negara Islam juga adalah suatu persyaratan yang perlu terpenuhi terlebih dahulu sesuai dengan konsep tiada paksaan di dalam Islam.
UMNO dengan kuasa yang ada serta pengalaman yang luas memerintah sebuah negara adalah wadah yang amat sesuai bagi tujuan menerangkan matlamat perjuangan menegakkan negara Islam ini kepada non-muslim dan tentunya bukan perlaksanaan yang tanpa persetujuan non-muslim.
Maknanya, proses penerangan berkaitan negara Islam ini akan lebih efektif jika yang melaksanakannya adalah kerajaan yang memerintah dan proses ini akan berterusan sehinggalah mencapai suatu peringkat iaitu apakah negara Islam diterima rakyat atau tidak. Ini penting dan ini tidak keluar dari uslub dakwah Islamiyah serta lebih berhemah dan berhikmah dalam perlaksanaan Islam.
Ini membuka suatu jalan untuk PAS memikirkan "Unity Government" sebagai alternatif bagi matlamat Islamnya itu. Peluang bersama UMNO juga adalah peluang terbaik melakukan pendekatan politik yang menjurus ke arah penyatuan pemikiran demi masadepan Islam dan Melayu.
Apakah ada yang lebih baik dari "Unity Government" UMNO-PAS ini?
Namun demikian, jika matlamat PAS hanyalah untuk melihat UMNO dijatuhkan, maka jelaslah PAS bukan sebuah parti yang boleh diharapkan untuk menerajui perjuangan Islam. Dalam keadaan sekarang ini pun PAS telah terikut agenda politik Anwar serta lari dari matlamat asalnya.
Suara Anwar adalah suara dendam dan mahukan kuasa dengan apa carapun. Jatuhnya UMNO dan menjadi PM adalah penting bagi Anwar walaupun Islam dan Melayu hancur di tanahair sendiri.
Bayangkan, habis seluruh negara porak peranda semenjak sedikit kuasa diperolehi dalam PRU12. Dari mimpi 16 September, isu lompat parti, pilihanraya-pilihanraya kecil dan terkini pergolakan di dalam PAS, semuanya angkara politiknya Anwar.
Maka PAS harus serius berfikir dan terus berfikir sebelum hancur dan hanyut dibawa arus Anwar.....arus Liberal tajaan Amerika !
Saturday, May 8, 2010
Siaran Ulangan :BLOGGER RAKAN BAIK ANWAR PROMOSI BUKU SALMAN RUSHDIE - TIDAKKAH INI SUATU PENGHINAAN KE ATAS RASULULLAH S.A.W.?
Saya terpaksa siarkan gambar buku di atas karya si penghina Rasulullah ini yang dengan tanpa merasa berdosa diulas dengan "bergaya" oleh rakan karib dan bekas setiausaha akhbar Anwar Ibrahim, Khalid Jaafar di blognya http://khalidjaafar.blogspot.com/.
Wahai Umat Islam, tatkala kita heboh dengan fitna, dihadapan kita di Malaysia Salman Rushdie diangkat sebegitu rupa. Saya tidak mahu berhujjah dengan teori yang berat-berat untuk menyalahkan tindakan ini, cukuplah tepuk dada tanya iman.
Ketika saya mula-mula masuk ke dalam blognya dengan beberapa wacana berkaitan Islam Hadhari dan negara Islam, dan sangkalan saya akan Anwar Ibrahim disitulah bermula polemik sekitar Salman Rushdie ini dan terakhir muncullah posting terkini Khalid ini. Saudara boleh layari blognya itu atas tajuk Fagles Dalam Ingatan. Mungkin ini provokasi kepada saya tetapi bukan itu yang saya resah, tetapi kebiadapan beliau mengenengahkan buku yang beliau tidak sabar-sabar habiskan dan menunggu karya terbaru Salman Rushdie.
Tolong semua Umat Islam bangun dan nyatakan sikap saudara atas isu ini.
Saya semakin ngeri melihat Anwar dan rakan-rakannya....Ia bermula dengan pujian Anwar Salman sebagai profound writer hinggalah pujian Khalid Jaafar ini.,,,
Thursday, April 22, 2010
SIARAN ULANGAN : Datuk Zaid Ibrahim "MABUK" ketika bicara tentang Ketuanan Melayu.
SALAM,
Bekas Menteri Di jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim saya kira sedang "mabuk" apabila mengatakan bahawa model Ketuanan Melayu telah gagal dan mengakibatkan pembaziran sumber, tenaga dan masa dan juga telah dipesongkan daripada isu sebenar yang dihadapi negara. Zaid Ibrahim turut mengkritik dasar yang berasaskan kaum.
Beliau sedang "mabuk" glamor mahu muncul sebagai hero semua kaum mengikuti jejak Anwar Ibrahim kerana dengan cara itu sahaja ahli politik dapat menjulang nama sendiri dengan membawa isu-isu bersifat populis.
Kalau kita mahu bersifat objektif serta berfikir dengan lebih teliti maka kita dapat memisahkan antara seseorang itu bersifat perkauman atau membela kaum sendiri. Kita tidak akan marah jika kaum bukan Melayu menuntut hak mereka selagi ianya masih di dalam lingkungan hak yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Yang dikatakan bersifat perkauman adalah apabila seseorang itu menyentuh kaum lain. Jika Melayu menyentuh adat resam kaum lain, itu perkauman. Namun jika Melayu mempertahankan hak kaum Melayu, ini bukan perkauman! Jika tulisan jawi diperlekeh dan orang Melayu bangkit, ini bukan perkauman tetapi jika bukan Melayu menyentuh tulisan jawi dengan apa cara sekalipun ia jelas adalah perbuatan bersifat perkauman.
Datuk Zaid harus faham bahawa model ketuanan Melayu bukan hanya menjulang keris, mempertahan DEB, menuntut 30% ekuiti, menuntut kuota bumiputera dan sebagainya, ia lebih dari itu. Model ketuanan Melayu termasuk juga kedudukan raja-raja Melayu, Perdana Menteri melayu, Menteri Besar Melayu, Islam sebagai agama rasmi Malaysia, bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan banyak lagi. Maka sebenarnya, yang lebih membuang masa dan tenaga ialah apabila kita mempertikaikan model Ketuanan Melayu ini yang telah berjalan sekian lama dan membawa Malaysia hingga ke tahap sekarang ini. Apakah Datuk Zaid mahu mengatakan bahawa bukan Melayu semakin merempat dan miskin serta tidak dapat menjalankan kehidupan yang baik di Malaysia selama ini? Apakah Datuk Zaid Ibahim mahu mengatakan bahawa orang-orang Melayu telah berlaku zalim kepada bukan Melayu dengan model Ketuanan melayu ini?
Kontrak sosial harus dihormati kerana dengan kontrak sosial itulah kita membangun Malaysia. Kita jangan terbawa-bawa dengan suara sumbang yang mempertikaikan kontrak sosial. Sekarang ini kontrak sosial digunakan sebagai senjata untuk mengatakan bukan Melayu tidak mendapat hak mereka, dulu semasa pilihanraya 2004, DAP mempertahankan kontrak sosial semata-mata untuk menentang teokrasi Islam yang di bawa PAS yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Maka sebenarnya, sesiapa yang mempertikaikan kontrak sosial ada muslihat disebalik itu.
Melayu didapat dinafikan merupakan induk kepada semua kaum di Malaysia ini. Tidak semua "tuan" lawannya hamba. Kalau Melayu "tuan" kaum lain harus merasakan dirinya sebagai pembantu "tuan" bukan hamba. Orang Melayu selama ini juga tidak merasakan bukan melayu sebagai hamba malah kadang kala Melayulah yang rasa diperhambakan khususnya dalam bidang perniagaan dan ekonomi. Namun kita sedar, bidang perniagaan dan ekonomi adalah bidang yang "baru" bagi Melayu dan kita rela belajar lagi dari bukan Melayu. Pada masa kini, telahpun muncul korporat-korporat Melayu walaupun menduduki tangga terkaya di Malaysia masih lagi korporat bukan Melayu dari kaum Cina dan India! Ini indahnya kontrak sosial kita yang telah berjalan sekian lama dan ini juga model Ketuanan Melayu yang melihat kadang kala dalam bidang perniagaan dan ekonomi, Melayu masih bertuankan bukan Melayu!
Fikirkan....
Wednesday, April 21, 2010
Iran Kuasa Besar Dunia Sekarang Ini.

Salam Semua.
1) Iran adalah kuasa besar dunia sekarang ini. Satu kenyataan mudah namun mempunyai landasan logik yang kuat.
2) Dengan seluruh dunia menumpukan perhatian terhadap pembangunan kuasa nuklear Iran, maka itupun sudah cukup untuk menobatkan Iran suatu kuasa besar dunia sekarang ini.
3) US dan konconya Israel berhempas pulas menghabiskan sekian banyak wang dan masa bagi memberitahu dunia Iran amat bahaya...ini satu lagi bukti Iran kuasa dunia sekarang ini.
4) PM Malaysia DS Najib apabila bertemu Obama dan mereka memasukkan isu nuklear Iran dalam perbincangan mereka, satu lagi bukti Iran kuasa besar dunia sekarang ini.
5) Benar, kalau dari segi imej dan persepsi yang dibentuk oleh media-media barat bahawa Iran sering diugur dan diancam oleh kuasa besar Amerika Syarikat dan pada bila-bila masa boleh diserang seperti Iraq dan Afghanistan, namun sehingga sekarang, belum lagi diserang oleh kuasa besar, maka satu lagi bukti Iran merupakan kuasa besar dunia sekarang ini.
Maka kepada negara-negara lain, apakah masih bimbang berurusniaga dengan Iran semata-mata kerana desakan kuasa besar Amerika Syarikat? fikirkan, jangan kita terlambat untuk bersahabat dengan Iran kerana Iran menuju kepada menjadi kuasa besar dunia Islam dan negara-negara bijak seperti Rusia dan China tahu akan hal ini maka mengapa perlu bimbang berurusniaga dengan Iran? kerana...
Iran Kuasa Besar Dunia sekarang ini...
Popular Posts
-
Salam Satu kata selalu diutarakan oleh pembicara untuk membawakan pengertian yang dimaksudkan, iaitu kata itu hendak menyatakan makna sehing...
-
Salam, Mr Nowhereman menyatakan: Izinkan saya jawab komen dan post terbaru saudara: Theory ini saya gunakan utk menyokong hujah saya ...


