Monday, March 31, 2008

ISLAM BUKAN TERRORIS ATAU IMPERIALIS

Bagi menghadapi propaganda Barat yang mengatakan Islam adalah agama terroris, kita perlu suatu perbincangan secara mendalam bagi menjawab tuduhan-tuduhan tersebut. Berikut ini saya petik dari buku saya yang bertajuk Prinsip-Prinsip Islam Hadhari - Suatu Perspektif...ingat suatu perspektif membawa maksud pandangan saya sendiri yang tidak terikat dengan pandangan Pak Lah sebagai pelopor Islam Hadhari walaupun kemungkinan ada persamaan dan juga ada pertentangan.
Prinsip ke sepuluh Islam Hadhari : Kekuatan Pertahanan (difa').

Pertahanan merupakan salah satu inti daripada jihad dalam pengertian umum, kerana di dalam ajaran Islam tidak ada makna jihad yang bermakna agresi atau aggression. Ketika Islam memberikan kebenaran untuk berperang, itu membawa erti wajib untuk dilaksanakan atas hukum yang ditentukan Islam, bukan atas tujuan untuk menguasai sesuatu negara atau menakluk negara tersebut dan kemudian menjarah harta kekayaaan negara tersebut. Kalau berperang atas dasar penaklukan ini, maka ianya adalah suatu perbuatan yang zalim. Jihad pada hakikatnya adalah bertujuan untuk mempertahankan (difa’) diri,keluarga, masyarakat, negara atau apa sahaja yang dimilikinya.

Difa’ atau defence: adalah berdasar dari keperluan untuk mempertahankan diri dari serangan luar. Oleh yang demikian, ketika seseorang, kelompok, bangsa atau negara yang diancam oleh kekuatan luar maka pada masa itulah dia dibenarkan secara syar’i untuk bertahan. Pertahanan tersebut boleh sahaja dari segi mempertahankan individu, kelompok, bangsa dan negara ataupun kehidupan yang ada didalamnya termasuk dengan harta kekayaan yang dimiliki. Difa’ boleh terlaksana ketika rakyat beranggapan bahwa adanya kekuatan asing yang hendak menguasai negaranya ataupun hendak menjajah dan menguasai harta kekayaan negara mereka, maka rakyat negara itu secara syar’i diwajibkan untuk bertahan difa’.

Islam juga meletakkan hukum bagi orang yang meninggal dunia kerana mempertahankan haknya, termasuk harta benda yang dimiliki, dengan dikategorikan sebagai mati syahid. Maka pertahanan merupakan suatu hal yang suci (muqadas) di sisi Islam, dan mereka yang melakukannya merupakan satu kemuliaan daripada Allah s.w.t. Pertahanan untuk nyawa, harta benda dan juga maruah (harga diri) dan kebebasan serta kemerdekaan negara merupakan hal yang wajib dan suci. Maka pada hakikatnya pertahanan adalah satu hal yang normal atau natural tetapi juga merupakan hal yang sangat penting dalam mempertahankan kemanusiaan itu sendiri.
Oleh yang demikian, walaupun pada umumnya ada perintah wajib untuk berperang, namun ianya adalah berperang untuk difa' bukan menyerang. Dalam isu filem fitna keluaran Belanda ini, segala reaksi yang dilihat sebagai ganas, memboikot ekonomi, keras dan "uncivilized" menurut mereka, adalah difa' ekoran dari kebiadapan mereka terhadap Islam. Ingat Salman Rushdie pernah dijatuhkan hukuman mati oleh Imam Khomeini r.a. itu juga adalah difa' ke atas Islam.

4 comments:

ibnu bakr' said...

salam,

kenapa perlu bincang untuk memberi penerangan kepada orang kafir tu?

kenapa kita berada di pihak benar merasa tertekan dan terdesak?

mengapa kita mengakui islam itu pengganas?

mengapa kita harus bersifat defensif?

pengecut?

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Dakwah Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik untuk kita ikuti. Hikmah perlu disertakan dalam menerangkan Islam.

Kita berada dipihak yang benarlah berkewajipan menerangkannya. ini bukan terdesak atau tertekan, ini kewajipan.

"La ikrahah fiddeen" Tiada paksaan dalam agama adalah jelas menunjukkan garis panduannya. Tetapi ini tidak bermakna apabila ditekan kita berdiam, maka disitulah difa' diwajibkan.

Islam adalah rahmat sekelian alam. Defensif itu bukan suatu kelemahan malah dilihat sebagai suatu agama yang membawa keamanan.

Pengecut? Ketika Rasulullah s.a.w. membatalkan ibadah haji kerana perjanjian dengan musyrikkin Mekah dan pulang ke Madinah, apakah ini tindakan pengecut? Disinilah pentingnya pemimpin yang mendapat legitimasi Allah s.w.t untuk memimpin dalam erti kata lain yang memenuhi persyaratan sebagai pemimpin sebuah negara Islam. Bayangkan kalau saudara atau saya yang memimpin, sudah tentu serangan akan dilancarkan kerana bimbang dilihat sebagai pengecut.

wasalam.

Anonymous said...

Salam,

Saya setuju!

Pertahanan sememangnya sesuatu yang wajib. Kita lihat sahaja sistem biology manusia, our body defence system sentiasa 'beroperasi' menentang foreign / alien elements. Analogy ini juga mengajar bahwa 'inner system'-lah yang menjadi sistem pertahanan sebenar - Jihad Akbar! (Seperti yang diwasiatkah oleh Rasulullah s.a.w.)

Saya harap, kita boleh lihat isu ini secara kritikal yet terbuka. Do remember: there are 3 sides to the truth: your side, my side and the truth! Dan kebenaran itu adalah sesuatu yang absolute, objektif, subjektif dan relative!

Sekarang kita lihat keadaan Islamic inner system di Malaysia. Adakah Islam itu menjadi ideologi dan amalan atau hanya agama acara atau mungkin, hanya fascade (selindungan)? Kewujudan 2 sistem perundangan menjadi penanda kekuatan dalaman Islam di negara ini. Persoalannya, adakah Islamic Principles menjadi ideology yang dipegang dan dipraktiskan? Jawapannya terletak di 2 tempat: Di padang mata melalui proses - 'seeing is believing' dan di medan fikiran.
melalui proses - THINK and BEHOLD!

Justeru, jika kita berbalik kepada isu pertahanan itu tadi, kita boleh ajukan persoalan: adakah kawalan pertahanan kita itu kukuh demi untuk mempertahankan ideologi kita? (Atau kita masih tercari2 memilih ideologi utk dijadikan pegangan? Atau kita berusaha untuk melahirkan satu ideologi baru?) Kebanyakkan negara2 maju (barat, umumnya), begitu jelas dengan prinsip ekonomi, politik dan kepercayaan mereka: Capitalism dan Secularization (bukan secularism). Justeru, tiada pertelingkahan pendapat dan hala tuju, dan yang pentingnya, sistem pertahanan mereka juga menjadi lebih mudah dikawal dan dimonitor.

Bagaimana pula dengan Malaysia?

Sekiranya berlaku pertembungan 2 arus, maka hasilnya sesuatu yang explosive dan menghancurkan seperti kata Rudyard Kipling, East is east and West is west, never the twain shall meet. Atau seperti Firman Allah: To you be your way and to me mine (109:6)
Accomodating bukan bererti absorbing. Kerajaan awal Andalusia adalah contoh terbaik.

Kekuatan dalaman adalah satu 'kemenangan'. Apabila Attila the Hun menakluki empayar2 Rom, itu adalah satu kejayaan kepada beliau dan penyokong2nya. Tetapi rupa2nya tidak jauh dar apa yang dipanggil Phyrric Victory. Mereka tidak berjaya menukar cara hidup dan ideology empayar taklukan mereka, malah, mereka sendiri menukar cara hidup mereka mengikuti cara hidup rakyat empayar rom. Dengan kata lain, mereka adalah subjek jajahan negara negara jajahan mereka.

Maaf sekiranya terlalu banyak yang ditulis. Ini hanyalah komen dari Mr Nowhereman. Kebenaran itu hanya dari dan milik Allah s.w.t.

Anonymous said...

Salam,

Ada sedikit pembetulan. Saya nyatakan dalama komen saya 'Kewujudan 2 sistem perundangan menjadi penanda kekuatan dalaman Islam di negara ini.' Sebenarnya, saya tertinggal 2perkataan utama (maklumlah, bila kita 'hunt and pick' keyboard, kita tend to leave out some words). Apa yang saya ingin nyatakan adalah ... Kewujudan 2 sistem perundangan menjadi penanda 'sejauh mana' kekuatan dalaman Islam di negara ini. Obviously, jawapannya, tidak kuat. Tidak perlu kita bawa isu2 ladang babi, kilang arak atau casino. Satu contoh mudah, membeli minuman keras di negara2 barat seperti UK, US, Germany dan banyak lagi negara2 bukan Islam (yang mana arak adalah minuman ruji) bukannya mudah. Hanya kedai2 tertentu sahaja atau behind the counter. Di supermarket2 pula, mestilah melebihi 18 tahun dan monitoringnya amat kuat (itulah sebabnya remaja2 sering meminta pertolongan orang dewasa utk membelikannya untuk mereka). tapi bagaimana pula di malaysia? Bukan sahaja di di kedai2 Ak Seng dan Mutu ada menjual, di kedai ahmad juga ada!

Jadi harus kita fikirkan semula, sejauh manakah Islam menjadi amalan dan landasan hidup di Malaysia. Apa yang terbit itulah yang dituai': apa yang ketara, kekuatan dalaman Islam di Malaysia jelas terlalu lemah. Ingatlah, 'kalau kita menyemai lalang jangan harap menuai padi!'


Wassalam

Sahabat lama...

Popular Posts