Tuesday, January 13, 2009

ANWAR IBRAHIM TERSINGGUNG APABILA AMERIKA DIHENTAM!

Salam,

Pernah tidak kita menghadapi situasi begini :

Si A : Tolonglah tengokkan anak awak yang nakal tu, dia masuk ke rumah saya lalu memecahkan pinggan mangkuk rumah saya begitu sahaja.

Si B: Saya tahu anak saya nakal tetapi sebelum awak cakap anak saya, awak kena tengok anak awak tu jugak.Dia pun nakal, itu hari saya dengar dia bergaduh dengan anak Si C.

Ini adalah suatu senario yang hendak saya gambarkan perasaan seseorang jika orang yang disayangi ditegur dan dia merasa teguran itu tidak harus dikenakan semata-mata kepada orang yang disayangi namun orang lain juga perlu ditegur.

Anwar Ibrahim ketika mengulas Sidang Parlimen Khas mengutuk kekejaman Israel dan sekutunya yang menyokongnya iaitu Amerika Syarikat, telah membangkitkan isu ISA untuk mengatakan kerajaan Malaysia juga sama tidak menghormati hak asasi manusia.

Anwar Ibrahim tersinggung perasaannya apabila Amerika dihentam dan mengalih perhatian dengan membangkitkan isu ISA. ISA boleh sahaja digunakan dengan betul dan disalahgunakan. Apabila ia disalahgunakan, ini tidak bererti ianya harus dihapuskan kerana ia mempunyai sebab untuk digunakan secara betul.Apabila ia disalahgunakan, maka ia harus dibetulkan bukan dihapuskan. ISA digunakan ke atas komunis bukan kerana ideologi komunisnya namun ia digunakan kerana keberadaannya mengancam keselamatan negara. Maka, sekarang ini kita jangan pula mengatakan ISA tidak relevan kerana komunis di Malaysia sudah tidak ada. Ia masih relevan untuk membendung unsur-unsur yang akan mengancam negara walaupun komunis sudah tidak ada.

Undang-undang ala ISA sepatutnya diwujudkan oleh PBB bagi membendung kebiadaban Israel ini. Disebabkan tiadanya undang-undang ala ISA lah maka Israel dan seumpamanya boleh berbuat sesuka hati atas umat Islam.

Berbalik kepada tersinggungnya ANWAR atas hentaman kita kepada Amerika, memang tidak dapat disembunyikan lagi. Seharusnya Anwar tidak membangkitkan isu-isu perbezaan dalam menghadapi saat genting segenting isu Palestin ini. Semua seharusnya fokus terhadap isu kekejaman Israel dan Amerika, namun Anwar tidak tahan apabila bossnya dibelasah! Ingat! dia pernah mengatakan Washington tidak harus dipersalahkan 100% apabila menyerang Iraq! Cinta yang begitu mendalam terhadap Bossnya.....

4 comments:

Anonymous said...

salam bro,

Inilah orang kata "cubit peha kiri, peha kanan terasa jugak".
1 geng bro...

THE PUREHADHARIST said...

Salam Kumbang,

Dia bukan geng, tapi antara pekerja dan majikan...lagi dahsyat!

Anonymous said...

yg psal ISA tu, mmg salah dan mesti dihentikan. sebab dalam Islam takda ajar org suruh kejam tahan tanpa perbicaraan. kalau salah sekalipun, kena masuk mahkamah laa dulu then bicara. then masuk penjara pun mesti tahu hingga berapa tahun lamanya. pada saya, apa2 pun kita kena kembali pada AL-quran dan sunnah. hak manusia tak boleh dinafikan. kalau tahan lama2 dlm ISA, tak tahu pulak sampai bila, anak isteri tersekda....mmmmm nih dah mcm zionist pulak sifatnya. fikir2 kan lah.

p/s: hidup di dunia sementara cuma...yg kekal di akhirat sana.

THE PUREHADHARIST said...

Salam Musafir,

Persepsi buruk tentang undang-undang ISA adalah hasil dari propaganda yang berlebihan dari pihak bukan kerajaan. Sebagaimana yang saya nyatakan bahawa, yang sering ada dalah penyalahgunaan undang-undang dan yang perlu dilakukan adalah pembetulan dan pembaikan bukan penghapusan.

Kita haruslah melihat ISA dari sudut menjada keamanan lebih 20juta rakyat Malaysia bukan yang lain. Sesuatu tindakan pencegahan mesti dilakukan sebelum sesuatu yang buruk berlaku.Jika ancaman telah ada, kita baru membicarakan birokrasi, proses perundangan dan sebagainya, maka percayalah kita akan terlewat untuk mencegahnya dan hasilnya ialah bukan satu dua keluarga yang terseksa, tetapi seluruh keluarga akan terseksa.

Tahanan dibuat adalah bersebab bukan tanpa sebab. Tahanan yang dibuat dengan sebab adalah dalam lingkungan perlaksanaan undang-undang bukan zalim.

Bayangkan jika ISA dihapuskan, maka bagaimana kita mahu mencegah ancaman negara dalam keadaan kita mahu melalui proses pembicaraan mahkamah terlebih dahulu dan memikirkan nasib keluarganya dan sebagainya? Sebagai contoh, katakan ada seorang menteri telah menjual maklumat rahsia kepada Israel ketika bercuti di London. Pakatannya adalah bahawa beliau akan email maklumat lanjut ketika pulang nanti. Pertemuan di London itu telah dapat dikesan SB maka tindakan segera harus diambil sebelum menteri itu boleh menghantar maklumat melalui email. Maka, kita mahu tunggu perbicaraan dulu ke? SB yang dapat mengesan pula hanya dapat maklumat dari seseorang yang tidak dikenali dan bukti yang ada hanya sekeping tiket kapalterbang ke London dan jika ia melalui proses perbicaraan maka maklumat akan bocor juga dan yang bakal merana 20juta rakyat Malaysia....hanya kerana kononnya tidak mahu melakukan kezaliman tahan tanpa bicara...ini bukan bererti saya menolak kemungkinan penyalahgunaan undang-undang ISA! kita hanya perlu memantau penggunaannya bukan menghapuskannya...fikirkan..

Popular Posts