Sunday, January 18, 2009

KEMENANGAN PAS TIDAK MEWAKILI KEMENANGAN PR, KEKALAHAN BN BAGAIMANA ?

Salam,

Keputusan PRK KT yang menyaksikan kemenangan PAS sebenarnya tidaklah menggambarkan bahawa kemenangan itu mewakili Pakatan Rakyat. Walaupun demikian, kemenangan tersebut boleh menjadi pemangkin kepada komponen Pakatan Rakyat untuk memperbaiki pakatan mereka yang sebenarnya rapuh ekoran perbezaan ideologi.

Hudud menjadi fokus komponen Pakatan Rakyat dan jika tidak diselesaikan ianya akan merugikan pakatan tersebut. Sekarang telah terbukti bahawa perbezaan ideologi antara PAS, PKR dan DAP adalah penghalang utama untuk mereka terus berpakat kecuali jika masing-masing rela mengorbankan prinsip perjuangan masing-masing. Itu Pakatan Rakyat.

Bagi BN pula, tiada jalan lain melainkan dilakukan suatu reformasi raksasa di dalam komponen terutama di dalam UMNO itu sendiri. Perpecahan UMNO adalah punca kekalahan ini. Ketidaksepakatan dalam pemilihan calon sekali lagi menjadi punca kekalahan. Maka timbuL sabotaj di antara orang UMNO sendiri. Kalau diperhitungkan di atas kertas, BN tiada masalah untuk mengekalkan kemenangan namun terdapat unsur undi protes dikalangan ahli UMNO sendiri yang menyumbang kekalahan itu.

Maka, kalau inilah keadaannya, UMNO bakal menghadapi zaman kejatuhan kerana pemikiran ahli-ahli UMNO masih lagi terikat dengan agenda peribadi dan bukan soal idealisme perjuangan. Idealisme perjuangan???Ada ke dalam UMNO itu sebuah perjuangan?? Tanya rakan saya.

Alhamdulillah, masih banyak lagi yang harus diperjuangkan dan belum diperjuangkan dan UMNO adalah wadah perjuangan yang masih relevan.....Bahaskan !!!!

2 comments:

Anonymous said...

baik sekali bro...
dengan menulis pandangan tampa didasari fanatisme dan berdiri pada sifat objective maka banyak hal yang akan teratasi..terutama ketika berbicara tentang misi perjuangan....

kalau saja UMNO masih tetap hendak memperjuangkan melayu, dalam artian untuk membina malaysia keseluruhan, maka tidak mustahil bukan saja melayu akan untung tapi seluruh malaysian..>juga malaysia.

untuk itu perlu mambina semangat patriotisme bangsa sehingga dengan semangat itu malaysia tidak akan terjual dipasar bebas kapitalisma liberal dan/atau ketamakan pribadi yang tak pernah akan puas....

Anonymous said...

Akuilah:
Kita gagal bukan kerana mereka gagah
kerana ketamakan kita
kerakusan kita
yang selalu diperhati
dan akhirnya diadili.

Akuilah:
kekalahan kita adalah kerana
perjuangan kita makin terhakis
bukan lagi pada marhain
yang tangisnya semakinkering
mengharap yang tak pernah dapat
digendung tapi keciciran

Akuilah:
perlu undur setapak
gali semula sejarah lama
perjuangan bapa-bapa kita
gedung, wang, kuasa bukan matlamat
bangsa yang kukuh dikudrat
khazanah bahasa dijunjung
bangsa diagung bukan diri memenuhkan kantung

Akuilah:
kalau kita enggan undur setapak
mereka akan lari lebih jauh
sambil tangan memegang khazanah
menghakimi kita dari sudut mereka
Akhirnya kita nanti
menangis tak terperi
segalanya hilang
akibat terlepas pandang

Popular Posts