Thursday, January 29, 2009

Fiqh awlawiyyat - ANWAR CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN !

Salam,

Dalam menghadiri sebuah Seminar Penghayatan Islam, Anwar telah menegaskan bahawa:

"Di antara lain saya tegaskan kepentingan memperkasa iltizam bersama menegakkan Islam serta peningkatan kefahaman, termasuk isu urutan keutamaan (fiqh awlawiyyat) saperti yang digariskan diantara lain oleh Sheikh Yusuf Al-Qardawi.

Saya memperkuat hujah dengan menukil contoh dari buku beliau. Umpamanya keghairahan gulungan kaya menderma untuk memperbaiki masjid sedia ada tetapi enggan membantu umat yang tertindas di Bosnia atau Palestin. Begitu pula menurut Sheikh Yusuf, keasyikan mengulangi ibadah haji dan umrah tetapi bakhil untuk mendukung kegiatan daawah, pendidikan atau penterjemahan karya besar.

Turut saya tegaskan berkenaan keperluan memahami maksud atau tujuan utama Shariah (maqasid Shariah), dengan menukil hujah Imam al Ghazali dalam al-Mustasfa, As-Shatibi dalam al-Mawafaqat, serta kupasan Sheikh Yusuf dan Sheikh Taha Jabir Al-Elwani.

Rumusan maqasid mencakupi ikhtiar memelihara ad-Din, kebebasan keyakinan dan bersuara, pemeliharaan harta, nyawa dan maruah. Ulama malah menegaskan isu hurriyah (kebebasan), hak asasi dan hak wanita.

Maka:,

1) Apakah bersahabat dengan musuh-musuh Islam dengan berhujjah bahawa telah menegur sahabatnya itu akan kesalahan menyerang Iraq dan Afghanistan dan cukup sekadar itu kemudiannya boleh terus "menikmati" persahabatan itu dari lebih mengutamakan penentuan sikap terhadap musuh Islam. Kan lebih berkesan hanya sekadar mengatakan begini " saya telah memutuskan persahabatan saya dengan Wolfowitz dan Cohen sebagai membantah kedurjanaan Amerika terhadap negara-negara Islam"..dan terus menggerakkan segala kekuatan sokongan yang ada untuk mengutuk perbuatan itu? Di mana Anwar meletakkan keutamaannya?

2) Apakah dengan hanya mengkritik Islam Hadhari tanpa hujah yang kukuh dan ilmiah Anwar telah benar-benar menghormati kebebasan keyakinan dan bersuara?

3) Mengapa kekuatan suara Anwar hanya lebih tertumpu untuk menjatuhkan UMNO berbanding mengutuk Israel dan Amerika? Sekali lagi apakah keutamaan Anwar lebih kepada hanya untuk menjatuhkan UMNO dari mengambil sikap jelas dalam isu Palestin?

4) Anwar pernah menggerakkan demontrasi besar-besaran untuk mengutuk Mahathir apabila dia dipecat, namun dalam isu Palestin baru-baru ini, tiada sebarabg usaha dari beliau untuk menggerakkan demonstrasi seumpama itu di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat. Inikah fiqh awlawiyyat yang beliau faham dalam kitab Sheikh Yusuf Qardawi itu? Anwar hanya berani bercakap dibelakang Amerika dan hanya tahu mengatakan kerajaan tidak tegas dalam isu Palestin sedangkan sikap beliau jelas hanya berani mengutuk Amerika HANYA dengan menggunakan bahasa Melayu ( rujuk anwaribrahimdotcom,blogspot.com tentang hal ini)

5) Apakah mempertikaikan dasar DEB yang menyentuh perasaan umat Melayu lebih didahulukan semata-mata untuk meraih sokongan bukan melayu untuk menjadi PM? Sekali lagi mana keutamaannya?

Dapat kita mengambil kesimpulan di sini bahawa Anwar samada tidak faham fiqh awlawiyyat atau keutamaan diri yang menjadi agendanya....teringin benar nak berdebat dengan Anwar ini terutama berkaitan pemahaman Islam beliau dan lain-lain hal...

1 comment:

Anonymous said...

anwar adalah seorang politian kebanyakan, dia hanya menggunakan agama atau apapun untuk keperluan (demand) politiknya. tak kita apa, yag penting akan membawa keuntungan pengejaran ambisi politiknya, tidak lebih dari itu.

dengan alasan ini pula, semua yagmenghalangi ambisi dan demand politiknya adalah musuh....apapun namanya personal, parti ataupun agama...

jadi kalau dilihat dia tidak mengikut sesuatu logika keberanan, maka itulah bukti pembenaran dari apa yang dilakukan anwar dengan ambisi politiknya...

Popular Posts