Thursday, January 1, 2009

Menghadapi Zionisme : Tiada Istilah Perjanjian Damai

Salam,

Bunyinya seperti kita tidak mahu damai namun yang sebenarnya kita tidak boleh damai dengan zionis. Proses damai seringkali kita dengar dan seringkali juga kita temui jalam buntu dalam isu Palestin-Israel ini. Saya membuat suatu kajian tentang isu proses damai ini dan yang saya dapatkan ialah Zionis dan Islam tidak akan dan tidak boleh berdamai. Mengapa?

Zionis telah menetapkan selain zionis adalah "goyem" iaitu lembu dan tiada istilah perjanjian dengan "goyem". "Goyem" boleh diperlakukan apa sahaja termasuk merampas harta benda dan membunuh tanpa merasa salah malah peroleh pahala. Kepercayaan ini diketahui umum namun ada yang masih lagi mahu mengikat perjanjian dengan zionis.

Di sisi Islam pula, Al-Qur'an menyatakan "lan tardha ankal yahuda wa nasara....."yahudi dan nasara tidak akan redha kepada kamu sehingga kamu mengikuti jalan mereka....maka di sini letaknya pertentangan dan mana mungkin akan berlaku perdamaian.

Allah swt tidak menyebut "deen" di sini tetapi "millah" iaitu aliran atau ideologi menunjukkan ayat ini adalah ayat khusus untuk yahudi dan nasara yang menganut satu ideologi yang tidak akan redha kepada Islam iaitu zionisme. Ia tidak membawa maksud yahudi dan nasara secara umum kerana di dalam Al Qur'an mereka disebut Ahli Kitab yang menganut agama samawi tetapi ayat di atas disebut Yahudi dan Nasara yang dikaitkan dengan jalan/milah/ideologi.

Justeru itu, kita dapati walaupun atas nama proses damai, umat Islam Palestin tetap di pihak yang rugi kerana mereka tidak akan memberi ruang sedikit pun kepada Islam.
Fikirkan....termasuk Mahmud Abbas ! ...jangan khianati Islam!!!

No comments:

Popular Posts