Thursday, January 15, 2009

Putar Belit Anwar Ibrahim Lebih Disedari Karpal Singh Dari Pemimpin PAS

Salam,

Hukum hudud secara konsisten ditolak DAP melalui Pengerusinya Karpal Singh walau telah berkali-kali cuba dikelabui Anwar Ibrahim melalui kenyataan "politiknya" yang mengikut tempat dia bercakap. Dihadapan US Anwar tidak berani menyatakan sokongan terhadap hudud malah menolaknya tetapi di Kualan Terengganu lain pulak temberangnya. Dalam hal ini saya puji Karpal bukan sikapnya yang anti-hudud tapi ketegasannya mempertahankan prinsip perjuangan yang dipegangnya.

PAS bakal melalui perjalanan politiknya yang penuh dilema jika tidak segera keluar dari Pakatan Rakyat memandangkan kepimpinan PAS begitu mudah ditelan Anwar Ibrahim. PAS akan lebih kecewa jika tewas dalam PRK KT ini. karpal akan terus mempertikaikan hudud walaupun Anwar mahu menipu PAS dngan menyakinkan PAS bahawa dia juga mahukan hudud.

Perpecahan dalam PAS akan lebih jelas bila akan ada kepimpinan PAS yang samada menyokong pendekatan Anwar yang mahukan hudud ikut lokasi dia berceramah atau yang bakal mengeluarkan kenyataan keras terhadap Karpal yang anti-hudud itu.

Yang nyatanya disini ialah, ekoran daripada tidak bijaknya berpolitik serta terlalu ghairah untuk menumbangkan Umno, PAS akan diperkotak-katikkan Anwar yang akan menunggang siapa sahaja untuk kepentingan politiknya.

Amat rugi umat Islam/Melayu Malaysia yang menjadi mangsa untuk melihat perkembangan Islam yang sepatutnya didokong bersama Umno dan PAS tetapi ekoran permainan politik yang dangkal, baik Islam Hadhari mahupun hudud, tidak dapat dilihat perkembangannya, yang ada adalah kepimpinan Islam "khalifah Lim Guan Eng" yang diyakini PAS seperti pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz!

No comments:

Popular Posts