Saturday, April 5, 2008

BAGAIMANA AMERIKA JALANKAN PROPAGANDA

(BAHAN INI SAYA AMBIL DARI UTUSAN ONLINE )


Bagaimana Amerika jalankan propaganda


Judul: Rogue State

Penulis: William Blum

Penerbit: Zed BookTahun: 2001

Harga: RM50

Halaman: 308

Pengulas: Dayang Marsya




KETIKA mula-mula terlihat tajuk buku ini, fikiran kita akan serta-merta menyangkakan ia adalah satu lagi propaganda Amerika Syarikat untuk menggambarkan negara-negara tidak disenanginya sebagai `negara penyangak'.
Buku-buku propaganda Amerika semakin banyak di pasaran buku tempatan terutama selepas tragedi serangan pengganas di New York pada 11 September tahun lalu.
Bagaimanapun, setelah membelek beberapa halaman ternyata sangkaan itu meleset kerana penulisnya, Blum menceritakan Amerika sebagai negara penyangak!
Blum menghuraikan dengan baik mengenai dasar luar negara Amerika yang pada pendapatnya, dwi-standard dari tempoh abad ke-20 sehinggalah kepada era Presiden Bill Clinton (buku ini diterbitkan pada awal tahun 2000).
Beliau juga memaparkan bagaimana Barat terperanjat dengan fatwa Iran menghukum mati penulis Salman Rushdie kerana bukunya yang mengkufuri Tuhan.
Tetapi Amerika telah sekian lama menghukum mati pemimpin-pemimpin negara lain yang dianggap `kufur' seperti Fidel Castro (Cuba), Sukarno (Indonesia) dan sebagainya kerana tidak percaya kepada `objektif suci' dalam dasar luar negara Amerika.
Blum juga menyenaraikan nama-nama pemimpin atau tokoh negara asing yang menjadi sasaran pembunuhan politik Amerika dari tahun 1940-an hinggalah kini - Osama Laden, yang belum terbukti kesahihan pembabitannya dalam serangan pengganas di mahkamah undang-undang.
Sebagaimana yang sering dipaparkan dalam filem-filem Hollywood mengenai pembabitan CIA (Central Intelligence Agency) dalam menentukan corak politik di Amerika Selatan, Blum mengesahkannya dalam buku ini berdasarkan laporan-laporan sahih yang dikumpul dari pelbagai sumber termasuklah Tribunal Senat.
CIA sebagai `pelaksana dan perancang' dasar-dasar luar Amerika, terlibat secara langsung atau tidak dalam urusan dalaman negara-negara luar, termasuklah teknik membunuh tokoh yang tidak disenanginya (baik pembangkang atau kerajaan).
Buku ini membantu rakyat Malaysia mendapatkan sedikit sebanyak pemahaman mengenai situasi dunia selepas Peristiwa 911 (11 September) dengan serangan Amerika ke atas Afghanistan, campur tangan dalam konflik di selatan Filipina dan banyak lagi.
Jika selama ini kita mendengar kemungkinan ada campur tangan Amerika dalam konflik di Indonesia dan lain-lain negara di rantau ini (termasuk Malaysia sendiri), buku ini mungkin memberi kita sedikit keinsafan cara-cara untuk menghadapinya.






-------------------------------------------------------------------------------------------------










PERHATIAN !!!! ANWAR PERNAH KELUARKAN KENYATAAN INI DALAM MENGULAS MENGAPA TINDAKAN "KEGANASAN" BERLAKU DALAM MASYARAKAT ISLAM SEKARANG INI. NAMUN NAK MENYATAKAN SIKAP AMERIKA SALAH, BELIAU MACAM SEGAN-SEGAN GITU......




This is not the time, he says, to stir up anti-American sentiments, or sermonise over US foreign policy. It is time to ask 'how, in the twenty-first century, the Muslim world could have produced a bin Laden'.
The answer has two components. Anwar hints at the first. There is simply no place in the Muslim world to express dissent. Autocratic, theocratic, despotic regimes allow no political freedom, all thought is outlawed, and brute suppression is the norm. In such circumstances, violence is seen as the only way of expressing dissent.

No comments:

Popular Posts