Showing posts with label ekonomi Islam. Show all posts
Showing posts with label ekonomi Islam. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

Siri Ekonomi Islam ( 2 )

(sambungan dari posting yang lepas )




Dengan sendiri sistem ini perlu memenuhi dua (2) faktor penting yang mendasar :


1. Kesempurnaan pencipta sistem di mana dia boleh melihat keberadaaan manusia secara utuh dan sempurna, termasuk hubungan dan keperluannya dalam melaksanakan sistem tersebut dengan harmoni terhadap sistem yang lain.


2. Menjadikan kemudahan supaya ianya terlaksana dengan motivasi iman (faith) dan perasaaan (emosi).
Kenyataan (realistic), menuntut dua faktor iaitu :


a. Sistem perlu mempunyai jaminan sah yang mencegah penghalang terjadinya keharmonian tabii manusia, atau mereka yang tidak dapat memenuhi keperluan kehidupan manusia secara global.


b. Sistem mempunyai  ciri kelonggaran di mana ianya sebagai alat untuk memenuhi keperluan kehidupan manusia, dan menyempurnakan segala tuntutan aspek kehidupan manusia. 


Jadi, Islam sebenarnya ialah satu sistem yang sempurna berbentuk aturan dan undang undang, di mana ia menuntut manusia untuk melihat dengan teliti bagi mencapai keperluannya hingga hari kiamat. Islam adalah satu sistem yang sempurna dengan berlandaskan realiti dan alami yang merupakan ketentuan yang jelas bagi mencapai kesempurnaan tujuan penciptaan. Ianya memenuhi setiap tuntutan dan menolak setiap hal yang tidak diperlukan oleh kehidupan. 


Allah berfirman : "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Ar Rum 30:30).   
Allah berfirman : " Katakanlah : " Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran (al-Quran) dari Tuhanmu..." (Yunus 10:108). 


Allah berfirman : " Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mendindingi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan berkumpul" (Al Anfal 8: 24).


Allah berfirman : " (Iaitu) orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban beban yang dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya".(Al 'A'raf 7: 157).


Allah berfikrman : "Apakah Allah yangmenciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan dan rahsiakan), dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahu?. Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan". (Al Mulk 67:14,15).


"Katakanlah : "Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu sekalian. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya. Dan sesiapa yang ditunjuki Allah, dialah yang mendapat petunjuk dan se siapa yang Dia sesatkan maka sekali-kala kamu tidak dapat penolong- penolong bagi mereka selain dari Dia. Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada hari Kiamat (diseret) atas muka mereka dalam keadaan buta, bisu dan pekak. Tempat kediaman mereka adalah neraka Jahannam.Tiap-tiap kali nyala api jahannam itu akan padam. Kami tambah bagi mereka dengan api yang menjulang-menjulang." (Al Isra' 17: 96,97).


Jadi, dengan premis ini kita dapat melihat prinsip dasar dari ekonomi Islam :


1.Major attribute  dari ekonomi Islam, karakter alami darinya dan dasar Islam yang ada  padanya.
2.Dasar Islami yang dipersiapkan untuk ekonomi Islam.
3.Hubungan sistem ini dan sistem yang lain.
4.Kelonggaran dari sistem ekonomi Islam. 


Ciri ciri utama ekonomi Islam,


Apabila seseorang mendalami tentang ekonomi Islam dengan melihat semua kriteria aturan Islam yang mendukung kehadiran ekonomi tersebut dalam berkhidmat kepada individu dan masyarakat, sudah tentu dia akan mendapati bahawa  ciri istimewa  ekonomi Islam adalah keadilan dalam masyarakat. Terdapat perbezaan yang ketara pada  makna lengkap dan konsep keadilan dalam masyarakat ketika dibandingkan dengan sistem ekonomi yang lain di mana mereka juga mengaku berkhidmat pada manusia dan merealisasikan aspirasi masyarakat..


Keadilan tidak akan terjadi kecuali dengan adanya syarat-syarat berikut:


1.Mengimani adanya persamaan harta (milik) individu dan masyarakat dan pada tingkat/tahap yang lebih lanjut di mana milik individu berperanan memenuhi keperluan tuntunan alami manusia dalam memproses hasil usahanya dan beroleh keuntungan dari perniagaannya. Sementara harta milik masyarakat bertujuan untuk memberi jaminan di mana masyarakat akan menikmati pengeluaran yang disediakan sehingga tiada kekurangan (walaupun kemungkinan ianya ada).


2. Mengimani kepada kebebasan ekonomi individu sebagai sesuatu yang  umum, berlanjutan dan dengan prinsip yang konprehensif/lengkap/menyeluruh yang  sesuai dengan kehidupan alami dari hakmilik individu tertentu seiring dengan  batasan yang ada di mana berakhirnya kebebasan ini.


3. Mengimani prinsip tanggungjawab bekerjasama. Sebagaimana Islam memberi jaminan kepada setiap individu dalam masyarakat Islam, pada tingkatan(level) substanif ; memenuhi keperluan alami. Ini merupakan tanggungjawab pemerintah (kerajaan) dalam menyediakan semua keperluan dasar(minimal) bagi setiap individu.


Setiap individu berperanan memenuhi tanggungjawab dan kewajiban dengan menghormati ketetapan dari keperluan orang lain. Jadi pada satu sudut, pemerintah (kerajaan) memenuhi tanggungjawab dan kewajibannya untuk memastikan ianya terlaksana dan mengadakan keperluan setiap individu dan pada sudut yang lain setiap individu juga berperanan menjaga kestabilan tugas tersebut. Pemimpin kerajaan (wali amr) mempunyai kuasa yang sah untuk mengawasi batas bidang masyarakat. Milik masyarakat dan juga anfal (hartabenda yang tidak ada pemilik) akan digunakan oleh pemerintah bagi membantu dalam menuju keberhasilan masyarakat.


4.Mengimani  prinsip keseimbangan masyarakat (priciple of social balance) dan menolak sistem kelas.


bersambung..........

Saturday, January 15, 2011

Siri Ekonomi Islam ( 1 )

Salam,


Suka saya ingin berkongsi pandangan berkaitan asas ekonomi Islam yang amat mendasar sekali untuk kita fahami. Tulisan ini bukanlah merupakan teori ekonomi Islam yang mendalam namun ia menggariskan beberapa dasar penting dalam ekonomi Islam.





Imam Fakhr Razi ada menyebut dalam kitabnya Jami' al Ulum iaitu :


Ada empat perkara yang diperlukan dalam kehidupan, dan tanpanya manusia tidak akan bahagia. Ianya adalah :


1. Pertanian, yang menghasilkan makanan untuk manusia.
2. Penenunan (tenun), yang menghasilkan pakaian, alas (tempat duduk seperti permaidani) untuk manusia.
3.Bangunan; iaitu rumah sebagai tempat tinggal dan juga bangunan tempat kerja.
4.Politik, di mana melaluinya aktiviti masyarakat akan teratur.


Perlu di ketahui, bahawa manusia tidak mampu menyiapkan  semua keperluan hidup seorang diri. Perlu ada kerjasama di mana seorang mengerjakan pertanian, yang lain mengerjakan tenunan dan...sehingga dapat membantu dalam semua pekerjaan. Dengan ini manusia disebut sebagai insan madani bit tahaba' = secara natural  manusia bermasyarakat kerana semua tindakan manusia tidak akan terjadi melainkan dilakukan bersama-sama (kolektif). Sementara pada satu sisi, kehidupan bermasyarakat boleh menjadi penyebab kezaliman di antara satu sama lain dan  saling bermusuhan. Oleh itu, ianya merupakan sesuatu yang lazim (dharurah) dengan adanya seseorang yang berpolitik menjadikan masyarakat terhindar dari melakukan kezaliman, tetapi dengan keadilan, keamanan dan kedamaian. Dengan adanya kerjasama, saling bantu-membantu, harmoni  (cooperation), dia adalah khalifah Allah.  


Sebagai satu konsekuensi logik dari  keperluan yang ada dan keteraturan yang dinginkan maka perlu ada sistem yang dapat memastikan tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini dan memastikan ianya sampai pada keinginan matlamat bersama. Sebagaimana tidak dapat disangkal dengan semua keperluan yang ada, memaksa manusia berfikir untuk mengatur keperluan satu sama lain dan juga masyarakat, dan dengan adanya politik serta keberadaan realiti hasil dari ketiga-tiga hal (pertaniaan, penenunan dan bangunan)  muncul pula sistem ekonomi contohnya. Sehingga terjaga pertumbuhan yang berterusan dan pengembangan usaha tersebut dalam meningkatkan taraf hidup manusia sampai pada kesempurnaan. 


Tidak dapat di sangkal bahawa keberadaan setiap sistem (tertentu) adalah untuk mencapai tujuan tertentu, dan berdasarkan dengan sumber-sumber yang tepat. Apabila sistem tersebut boleh digunapakai dan berkhidmat pada manusia maka sudah tentu ianya bersesuaian dengan fitrah manusia (premordial nature). Hal ini tidak mungkin terjadi melainkan pencipta sistem tersebut mengetahui dengan baik dan sempurna tentang sosial dan kehidupan manusia. Sebagaimana dia (pencipta sistem) perlu mengetahui dua aspek (spiritual dan material) manusia dan kaitannya dengan fitrah tersebut. Lebih dari itu dia juga perlu mengetahui dengan baik sejarah perkembangan hubungan kedua-duanya dalam kehidupan manusia, serta semua yang di perlukan untuk perkembangan dan pertumbuhan kehidupan manusia dalam evolusi menuju kesempurnaan.


Sudah tentu sistem ini akan berjalan dengan harmoni dengan sistem yang lain sehingga seimbang dengan keperluan yang di tuntut oleh manusia, dengan kata lain sistem ini perlu berfungsi dengan bijak dan harmoni dalam berinteraksi dengan semua sistem kehidupan manusia supaya dapat melengkapi kekurangan satu sama lain. Dengan itu terjadilah satu sistem yang kompleks untuk berkhidmat dalam semua aspek kehidupan manusia, bukan hanya keperluan satu dan dua tetapi semua dari setiap individu yang menjadi sebahagian dari kehidupan manusia. 


Pencipta (pembuat) sistem perlu membayangkan bahawa sistem yang akan dilaksanakannya mesti memenuhi kriteria yang ada pada manusia  dari semua aspek kehidupan, baik dari sudut moral dan juga norma kehidupan bagi kehidupan yang berterusan, sehingga satu sama lain akan memastikan untuk menuju kepada keutuhan, kemajuan dan kejayaan yang hendak dijadikan tujuan kehidupan manusia. Sistem ini perlu mengandungi semua nilai dan aspek yang ada di sekitar kehidupan manusia, bukan hanya keperluan yang di tuntut tetapi aspek sampingan yang mendukung/menyokong/membawa sehingga terjadi satu keharmonian dalam pelaksanaan dan keharmonian dalam kehidupan serta persekitaran. Sesuatu sistem bukan hanya berjalan pada perlaksanaan sistem untuk mencapai tujuannya tetapi juga memenuhi tuntunan dari tujuan yang di kehendaki dan menjaga semua aspek yang mendukung kehidupan. Keharmonian dengan semua sistem yang ada dan norma kehidupan adalah hal yang mustahak dan tidak dapat di hindar dari satu sistem yang sempurna. Dengan bahasa yang mudah, boleh disimpulkan bahawa sistem yang terbentuk adalah sistem yang sesuai dan seiring dengan ideologi manusia dan pandangan kehidupannya.  


Sistem tersebut perlu realistik, tepat (accurate) dan rasional dalam menghadapi kenyataan serta menepati keperluan kebahagiaan. Sistem yang tidak dapat memenuhi pelaksanaan ideologi yang memberikan keperluan kebahagiaan yang menyeluruh dan global dalam kehidupan dianggap tidak mampu berfungsi dan tidak perlu dipakai. Konsekwensi pemikiran ini di mana ideologi dan sistem yang sesuai dengannya akan mencegah dari sesuatu yang tidak diperlukan atau membahayakan kehidupan manusia secara keseluruhan, iaitu sesuatu yang membawa manusia terkeluar dari fitrahnya dan tuntunan kebahagiaan yang diperlukan. Oleh itu, dengan sendiri sistem ini akan menolak semua hal yang tidak masuk akal dan salah serta menghilangkan mana-mana aspek kemanusiaan. 


(bersambung)

Popular Posts