Monday, March 17, 2008

Meluruskan Pandangan Penulis Buku Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari.





Matlamat utama penulisan buku HIBIH (Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari ) ini adalah hanya untuk membatalkan pandangan orang lain yang dia sendiri tidak pasti akan adanya kemungkinan pelbagai makna yang terdapat dalam istilah Islam Hadhari. Dalam mukasurat 74 kita dapat lihat kecelaruan pemikiran penulis HIBIH hanya kerana ingin menyalahkan istilah Islam Hadhari dengan mengatakan, “ Sejarah pemecatan terhadap Sohibus Samahah Mufti Selangor, Dato’ Ishak Baharom selepas peristiwa tindakannya ke atas satu pertandingan ratu cantik, adalah natijah slogan Islam Hadhari UMNO sekalipun ia belum lagi diperkenalkan ketika itu.” Pelik dan ajaib sesuatu yang belum ada boleh menjadi natijah kepada suatu peristiwa!. Pandangan ini diluar dari nilai ilmiyah dan hanya ada nilai emosional. Hal ini tidak mungkin keluar dari seorang ulama yang mempertahankan selalu nilai -nilai ilmiyah.
Sebenarnya Islam Hadhari haruslah dilihat secara objektif dan diperbahaskan dari segi makna atau pengertian istilahnya serta makna yang dipakai untuk suatu program yang besar ini sehingga masyarakat harus difahamkan dengan jelas. Amat sayang sekali penulis HIBIH tidak mahu melihat kemungkinan-kemungkinan adanya perbahasan yang baik dari nilai bahasa, definisi dan juga istilah yang mungkin dapat meluruskan permasalahan dan bukan sebaliknya penuh dengan menjatuhkan tohmahan dan tuduhan tanpa menyedari gagasan yang dibawa itu tidak mempunyai landasan yang kukuh. Adakah mungkin dengan ungkapan Islam Hadhari semata-mata akan mengakibatkan Islam terbahagi menjadi dua: Islam Hadhari dan Islam Badhawi? (sila lihat pada mukasurat 31). Sebenarnya ada banyak lagi kecelaruan pemikiran di dalam buku HIBIH ini. Ini adalah sebahagian dari kesilapan yang harus diluruskan.

13 comments:

Anonymous said...

salam sdra, soal nya adakah pengganti aab nanti akan meneruskan slogan hadari ini?

Anonymous said...

PH,

Awak jangan pandai-pandai kritik Tok Guru Hj Hadi. Awak apa ilmu ada? Saya syorkan awak pergi belajar dulu baru nak kritik ulama.

Anonymous said...

PH,

Kenapa kita tak perasan fakta tu bila baca buku Hj Hadi Ya?.Ya tak ya, macamana nak salahkan Islam Hadhari kalau masa tu Pak Lah tak buat lagi istilah tu

Anonymous said...

Salam PH,

Hang ni betul ke dah baca buku tu. Aku tak jumpa pun...Takpe nanti aku balik umah aku check balik.

Anonymous said...

Hj Hadi memang sering buat sensasi. dulu amanat hj hadi ni hadharah islamiyyah. Semua yang umno buat salah yang betul dia seorang. Tapi,PH perlu hati-hati sentuh tok guru ni. org Pas buat dia macam nabi tak boleh dikritik

THE PUREHADHARIST said...

Islam Hadhari adalah Islam.Ia bukan milik mutlak Pak Lah walaupun Pak Lah yang memperkenalkannya. Kalau dikaji Islam secara terperinci, maka kita akan dapati Islam Hadhari adalah Islam itu sendiri. Sejak Aam a.s., Allah dah well-equip kan Adam sebagai khalifah Allah. Begitu juga nabi dan Rasul yang lain. Kesempurnaan inilah hadhari/hadharah/tamaddun atau apa saja istilahnya. Jadi walau Pak Lah takde, saya akan terus memperkatakannya. ITulah dia pure-hadharist.

THE PUREHADHARIST said...

Kritikan ke atas Hj Hadi adalah untuk meluruskan pandangannya. Tumpuan hendaklah diberikan kepada apa yang saya kritik bukan siapa yang mengkritik. Kalau tak betul, jawab secara ilmiah bukan serangan dengan peluru getah. Banyak lagi yang belum saya tulus tentang buku HIBIH ni.

Anonymous said...

x yah la mmemingkan umat islam sekarang yg sudah pening,

bg sy islam hadhari xde bezanya ngan islam liberal...

Ni la akhir zaman....

THE PUREHADHARIST said...

Salam Kepala Pening,

Kalau Islam Hadhari tu sama dengan Islam Liberal, beerti Hadhari=Liberal tapi tengoklah kamus sama ke maknanya. Lagi satu sebab akhir zaman la kita kena pening sikit, sebab nak cari kebenaran. Apa kepastian yang kita ada bahawa Islam yang kita fahami ini sama dengan Islam yang Allah s.w.t kehendaki? So, selagi takde kepastian, kenalah pening sikit buat kajian. Jangan taklid buta beb!

Anonymous said...

apa da perbahasan dlm blog ni, tak ilmiah langsung. buang karan je layan, cermin la diri sikit kalau nak kritik org.

THE PUREHADHARIST said...

Kadang-kadang bukan tak ilmiah tapi tak faham...Kalau tak ilmiah kat mana?

Amri Mat Saaid said...

salam

Kritik tak salah tapi dah baca habis ke buku HIBIH tu, nak tanya sikit je Islam hadhari ni dulu sape yg perkenalkan. Dulu Islam ni tak lengkap ke sampai perlu ada islam hadhari. Yang betul ialah Hadaharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari, kalau dari segi istilah pun dah salah tak kemane konsep IH ni . Dah study ke kertas konsep Islam hadhari ni, kertas konsep kenapa perlu dicanangkan Islam hadhari, salah satunya ialah untuk survival UMNO itu sendiri. Pak lah pun nak berundur hilang lerr Islam hadhari naik pulak lerr Islam ..... entah ape entah lepas ni.

Cuma nak beri fikir apa beza mamat berok, dengan berok mamat kalau saudara mengatakan betul istilah Islam hadhari itu.

jumpa lagi InsyaAllah

THE PUREHADHARIST said...

Salam Kulopbesar,

Saya mungkin tidak sepintar saudara yang boleh kritik tulisan orang TANPA membacanya sepertimana saudara kritik saya tanpa membaca posting saya yang lepas2...

Sebab itu saudara hanya mampu gunakan logika beruk...bacalah dulu jangan melulu....

Popular Posts