Tuesday, April 15, 2008

ANWAR IBRAHIM - JELMAAN ISLAM LIBERAL ? - BAKAL PM MALAYSIA ?


( MEMPUNYAI RENUNGAN MATA YANG HAMPIR SAMA NAMUN DIHARAP TIDAK MEMPUNYAI "WORLD VIEW" YANG SAMA - NAUZUBILLAH !


KENYATAAN-KENYATAAN ANWAR YANG PERLU KITA TELITI MAKSUDNYA.



1. ANWAR IBRAHIM KATA, SALMAN ADALAH "PROFOUND WRITER" BERERTI PENULIS YANG MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG MENDALAM. (Apakah karya Syaitannya itu juga berdasarkan pengetahuan yang mendalam, ANWAR ? )


2. " Let us look at Egypt, for example, who is the great beneficiary of
American aid, second to Israel." ( KEKAGUMAN ANWAR KEPADA "BOSS"NYA...MUNGKIN)


3. "To my mind, it is essential because again, in my limited
experience, with the Islamic Party, we were known to be strong
advocates of Islamic law, even an Islamic state. Now, Islamic state
is no longer on the agenda". ( NEGARA ISLAM BUKAN LAGI AGENDA ANWAR MUNGKIN BERSETUJU DENGAN SAYA KERANA BELUM MENCUKUPI SYARAT - APAKAH PAS BERSETUJU? BAGAIMANA AGAKNYA MASADEPAN PAKATAN RAKYAT? )


4. " AMERICA REMAINS THE STRONGEST VOICE FOR FREEDOM TODAY " . ( ADUH ! ANWAR ! MENGAPA TERSASAR JAUHNYA PEMIKIRAN KAMU).


wahai golongan ANWARIST ! kami perlu penjelasan atas kenyataan-kenyataan ini.

Untuk PAS , hati-hati dalam meniti kemenangan ini.


Satu Pertanyaan, " BUDAYA KAGUM KE ATAS BARAT DAN AMERIKA INI NAMPAKNYA BUKAN SAHAJA MENIMPA ORANG AWAM DAN ANAK MUDA NAMUN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM JUGA, TIDAK PELIK KALAU PALESTIN MASIH DIKEROYOK DAN SEANTERO DUNIA HANYA MELIHAT SAHAJA, pertanyaannya, Di mana silapnya?
SIKAP KITA TERHADAP AMERIKA PERLU JELAS. JANGAN BERMAIN KATA DAN "PLAY SAFE" DENGAN AMERIKA. KITA HARUS TERIMA AMERIKA-ZIONIS, ZIONIS-AMERIKA. MESTI ADA TAWALLA DAN JUGA TABARRA...BERSAMA ISLAM DAN MUSLIMIN DALAM MASA YANG SAMA MENYATAKAN PERMUSUHAN KE ATAS MUSUH ISLAM DAN MUSLIMIN.
BERUNDING DENGAN AMERIKA ADALAH SIA-SIA !
WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM TERMASUK MALAYSIA ! PELIHARALAH NEGARA MASING-MASING DARI DICENGKAMI OLEH PENGARUH AMERIKA !
HIDUPKAN SEMANGAT PATRIOTISME AGAMA , BANGSA DAN NEGARA.





















18 comments:

Unknown said...

untuk yang kali ni saya bersetuju 101% dengan saudara.syukran lakum. moga Allah merahmati saudara. tetapi ide ni saya kira pernah diungkapkan oleh Abang Faisal tehrani. tapi x kisahlah siapa yang mengkeudarakan ide ni. janji Islam yang untung.

THE PUREHADHARIST said...

Salam Ibn Ali,

Islam tetap akan unggul dan tinggi walau badai zionisme kian tampak hebat tetapi sedang menghitung hari kejatuhannya.

Kebetulan mauduknya sama dengan Faisal mungkin sempena Anwar bebas dari politik mulai hari ini.Ucapan Anwar memang tidak konsisten kerana dia politikus licik...

terimakasih dan saya terus tunggu teguran saudara...

Anonymous said...

Siapa kata Anwar bakal PM Malaysia!!! Kalau betul berlaku, ini merupakan satu titik hitam kepada sejarah negara kita kerana telah melantik satu manusia yang sanggup melakukan apa saja demi nak jadi PM tanpa menghirau nasib, hak dan kepentingan bangsa pribumi Melayu dan lain-lain. For me, anwar is out there for himself, he is very selfish, ungrateful, narrow minded and can't be trusted. Kalau dia sanggup menggadaikan bla.bla.bla, apatah lagi maruah dan nasib bangsa kita. Bukan saja dia akan gadaikan tanah dan bangsa kita kepada kaum pendatang yang telah sedia menunggu, malah dia kangkangkan tanah kita kepada Amerika dan Israel. Cukuplah rancangan dollah nak kangkangkan Johor kat Temasik (harap-harap si dollah dan semua yang menyokong cadangan ini dilaknat Allah). Pada saya apa arti pembangunan kalau pembangunan itu dilakukan dengan menggadaikan tanah dan hak kepentingan bangsa pribumi. Lebih baik tak payah bangun dan bangsa kita dengan megah boleh mengatakan negara kita adalah hak dan kepunyaan kita untuk berkurun-kurun lamanya. Bagi kat Umno 50 tahun, habis tanah tanah Melayu diperkosa utk keuntungan jangka pendek mereka bagi tujuan pembangunan. PKR wujud hanya nak bebaskan Anwar dan menang banyak kerusi 2008 bukan kerana orang yakin dan suka tengok muka dia tapi pasal benci pada kerajaan si dollah. Dollah ni kena culture shock jadi PM thinking as though satu Malaysia ni macam company bapak dan menantu dia. Suruh berhenti pun tak nak berhenti, syok sangat duduk atas kerusi PM with all Petronas money on his plate. Orang nak kata apa, katalah janji aku kekal dalam jawatan - Tak tau malu.

Sorry, lagi tadi off topic. Pasal saya dpd dulu lagi tak boleh terima manusia bernama Anwar Ibrahim ni. Tak tau kenapa! Saya bukan saja tak suka tengok dia malah dengar suara dia aja buat saya menyampah dan meluat. Setelah saya kaji punya kaji hanya satu je jawatan yang paling sesuai utk Anwar bagi saya iaitu sebagai Bapak Mertua dan bukan PM. Yang ni I don't mind pasal I masih lagi bujang 3. He.he.he..

Still in the state of confusion with the local political arena. Who will be the next PM! I guess this is still a million dollar question that nobody can answer. One thing that I know Anwar is not the man. As for Najib, wow what about him! Can we still consider him to be the next possible candidate after all the hoohaa and rumours about him....I guess we are still in a big guessing game here.

THE PUREHADHARIST said...

salam,

belum cukup benci la tu sebab tu sanggup jadi menantu anwar...

saiful anwar said...

salam..

sgt bagus, kalau blh kita sama2 cari gali lagi kebodohan anwar ni..

salawat & takbir!!

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Amerika mempunyai sistem merekrut kader-kadernya yang terdiri daripada tokoh-tokoh Islam dari pelbagai bidang spt politik,ekonomi,sasterawan, agamawan dll. Ini yang hendak kita bongkar satu persatu siapa yang kelihatan telah direkrut. Penunjuk yang jelas ialah, ada sedikit kecondongan serta kekaguman dengan polisi US serta laungan freedom , anti-terrorisme dsb. Tetapi ini bukan bermakna kita tidak setuju dengan freedom atau anti-terrorisme, kita ada acuan kita.

Kita harus teliti betul ucapan-ucapan Anwar dulu , kini dan selamanya. Ada multi-lapis dalam setiap ungkapan yang keluar dari mulutnya. Samada dia menyedarinya atau tidak, Anwar sudah diikat US sama seperti Mahmoud Abbas Palestine sekadar memberi contoh.

Anonymous said...

dulu pemikiran saya macam saudara tak berapa suka ngan anwar, ramai kawan-kawan kata saya terpengaruh ngan teori konspirasi. tapi dalam dunia ni mana ada yang tak konspirasi. mungkin saudara sedang berkonspirasi ngan yahudi dengan cara mengatakan anwar adalah agen yahudi. bukankah yahudi suka ambil kesempatan samaada mereka ditindas atau menindas. Al ghazali tidak menolak semua pemikiran ahli falsafah kerana untuk menentang ahli falsafah perlu mahir berfalsafah juga.

dulu anwar sekarang naquib al attas

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Islam mempunyai suatu konsep yang jelas untuk kita ikuti dengan berlandaskan hukum fiqh. Di dalam hukum fiqh, hukum ditetapkan berdasarkan hal-hal yang zahir sahaja. Masalah hati dan pemikiran adalah diluar dari jangkauan hukum fiqh. Kalau seseorang itu dihukum berzina bererti dia benar-benar melakukannya secara zahir dan ada saksi dsbnya.

Saya mengungkap hal Anwar ini bukan berdasarkan teori konspirasi atau main tuduh sembarangan. Yang saya utarakan ialah kita sama-sama amati ucapan-ucapan Anwar sendiri dan bukan orang lain. Selepas itu kita fikirkan sendiri.

Oleh kerana itu, kita tidak boleh menghukum orang berdasarkan kepada apa yang kita sangka atas orang itu. Kita tidak boleh kata orang itu jahat hanya semata-mata kita rasa dia itu jahat dalamannya atau batinnya. Begitu juga sebaliknya. Yang boleh dinilai ialah secara zahir dan dalam hal ini saya ambil dari ucapan Anwar sendiri.

Konspirasi memang wujud dimana-mana dan tidak mustahil ada perkara yang bukan konspirasi, jadi bukan semua benda ada konspirasi disebaliknya. Apatah lagi meletakkan Anwar suatu figur yang apa sahaja berlaku keatasnya, semuanya konspirasi dari yahudi.

Buktinya, saya secara tidak langsung dituduh berkonspirasi dengan yahudi untuk jatuhkan Anwar.

Anonymous said...

bila kita menilai ucapan seseorang berdasarkan hukum fiqh maka yg dapat dirumuskan adalah hitam atau putih. kalangan salafi berkata kitab Ihya ulumuddin terkandung didalamnya hadith daif dan palsu. namun pada hakikatnya kaedah penuntuan status hadits berbeza antara al ghazali dan buhari. Apakah kitab ihya harus kita tinggalkan.

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Menjadikan salafi sebagai standad kebenaran dan bid'ah atau tidaknya sesuatu perbuatan sebenarnyalah suatu bid'ah.

Kebenaran adalah kebenaran bila standadnya Al-Quran dan As sunnah Rasulullah s.a.w.
(boleh baca sedikit posting saya yang bertajuk bayangkan dunia Islam tanpa perayaan mauludur Rasul).

Anonymous said...

bagus jgk ade pemerhati mcm purehadarist ni..ada gak yg memantau Anwar ni..nanti ape2 hal report kt aku ....

Hidup Anwar...!!

Anak Muda Pahang...

Anonymous said...

Lihat video ini 1:

http://www.youtube.com/watch?v=v_67xjjQddI


lihat video ini 2 :

http://www.youtube.com/watch?v=Ai6VvvDvtGI&feature=related


dan lihat blog ini 3 :

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

~ qisti zahra' ~ said...

Salam Pencinta Kebenaran,

Sekiranya saya dizinkan memberi cadangan, saya ingin mencadangkan agar saudara menjabarkan hukum-hakam mengenai kaedah-kaedah menangani orang-orang munafiq.

Nabi saaw tetap bertindak dan memaklumkam keluarga, sahabat dan ummat Islam mengenai orang munafiq walaupun bukti zahirnya tiada. Tetapi behaviour orang munafiq boleh dijadikan ukuran untuk bertindak ke atas mereka.

Salawat

THE PUREHADHARIST said...

Salam Qisti Zahra'

Di antara sifat-sifat munafik ada dicirikan di dalam Al-Qur'an tak silap saya sebanyak 27 ayat dari pelbagai surah.

Cuma, dari segi bagaimana Rasulullah menangani mereka,kita dapat lihat bahwa terkadang ada ayat yang mengatakan Rasul sendiri tidak tahu ada org munafik bersamanya. Ada juga riwayat bahawa Rasul menyimpan nama para munafiqin yang hanya dibawah penjagaan Huzaifah Ibn Yaman. Sehinggakan Saidina Omar pernah bertanya kepada Huzaifah tentang senarai nama para munafiqin itu tetapi tidak berjaya.

Di dalam surah At Taubah dikatakan sifat orang munafik ialah mengeje-ejek Allah dan RasulNya macam Salma Rushdielah, tetapi malangnya ada juga org yg memuji Salman Rushdie atasnama sastera penulisan.

Tak taulah apa nak jadi pd syiah anwar yg adik gelar mereka ini.

Anonymous said...

"Kebenaran adalah kebenaran bila standadnya Al-Quran dan As sunnah Rasulullah s.a.w.
(boleh baca sedikit posting saya yang bertajuk bayangkan dunia Islam tanpa perayaan mauludur Rasul)."

Bila ditanya kalangan bermazhab sunni dalil kesesatan syiah mereka akan berikan rujukan quran & sunnah. Bila ditanya syiah akan kesesatan sunni mereka juga berdalilkan quran & sunnah. Beranikah anda menyatakan syiah sesat.

dulu anwar sekarang naquib al attas

Anonymous said...

Hidup. Hidup. Hidup Islam
Hancur. Hancur. Hancur Kuffar
Hidup. Hidup. Hidup Islam
Hancur. Hancur Tali Barut Amerika

Anonymous said...

islam hadari bermula sejak Dolah Badawi naik jadi PM, ada website:Projek PM
awat hang bodo sangat.....
-------------------------------------
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu."(Al-Ma'idah: 3)
...wahyu terakhir Surah Al-Maidah selepas Haji Wida' disampaikan oleh Malaikat Jibrail ketika Baginda Nabi Muhammad SAW di atas unta,...diriwayatkan bahawa Unta berhenti dan Nabi dapat menerima dengan Jelas.

Islam Hadari tidak ada dalam Sukatan Pelajaran Agama Islam/Pengetahuan Agama Islam di sekolah.

Islam Hadari adalah bikinan barat bersifat liberal, itu sebabnya pengasas Islam Hadahari boleh peluk pinggang dan usap bahu Michelle Yeoh.

Islam Hadhari adalah khayalan sama seperti J.K Rowling yang berjaya mengkhayalkan manusia seluruh dunia dengan terciptanya Watak Harry Porter dengan beberapa siri...lihat contoh Program Monsoon Cup ...Islam masih lagi dicabar dibumi Islam dengan isu Murtad, IFC dan tuntutan 6 Jahanam.

sama juga jika dikaji, Pengasas Islam Hadhari adalah 'adolescent wizard' yang membawa tongkat ajaib ,projek menjenamakan beliau yang berlatarbelakang Agama.Ada bersama beliau adalah watak2 'Ron Weasley' dan 'Hermione Granger' yang juga ada tongkat sakti.

Islam Hadhari x kemana kerana bila pengasasnya berundur.., penggantinya tentu akan mencipta jenama baru dalam pentadbirannya. Itulah dunia politik

LU FIKIRLAH SENDIRI!

THE PUREHADHARIST said...

Salam Saudara Ibn Sa'aban.

Jangan mudah membuat kesimpulan dan merasa yakin akan kebodohan diri sendiri!

Apa yang saudara timbulkan semua dah saya jawab dalam posting-posting saya yang lepas. Baca tak? Tak baca, tak dapek den nak tolong!

Kena faham Islam apa ? Hadhari tu apa? Baru boleh dapat pokok persoalan.

Nak tahu kebenaran bukan melalui sukatan pelajaran agama Malaysia saudara! Patut tak jumpa Islam Hadhari.

Memanglah Pak lah yang perkenalkan Islam Hadhari, semua orang tahu tapi apakah Islam Hadhari itu bertentangan dengan Islam? Yang saudara sebut tu semuanya bukan kesalahan konsep Islam Hadhari, tu kesalahan individu bernama Pak Lah, kena tahu beza, Kalau orang Islam merompak jadi Islam yang tidak betul ke?

Tak usah cerita panjang, ambil prinsip pertama Islam Hadhari iaitu keimanan dan ketakwaan kpd Allah, lepas tu beritahu saya kat mana silapnya. Oh..silapnya ialah dengan keimanan kepada Allah itulah Pak Lah pegang bahu PEREMPUAN, dengan keimanan itulah murtad berlaku, keimanan kepada Allahlah Islam liberal dan khayalan macam Harry Porter...bla...bla.. ITU BUKAN SALAH PRINSIP DAN KONSEP! ITU SALAH INDIVIDU ATAU ORANG PERSEORANGAN..

Ok Lah, pi baca dululah baru masuk dengan hujah yang benar....

Popular Posts