Tuesday, November 4, 2008

Datuk Zaid Ibrahim "MABUK" ketika bicara tentang Ketuanan Melayu.


(Zaid Ibrahim berkata " I am first Malaysian then Malay" ) ( Anwar Ibrahim dahulu berdemonstrasi menentang papan tanda berbahasa Inggeris, apa cerita di Pulau Pinang ada papan tanda pelbagai bahasa ? Dulu Ketuanan Melayu sekarang Ketuanan USA agaknya)



(Raja Komando-org kuat Anwar berkata pada saya : " Saya kecewa dengan Anwar kerana tidak menegur Teresa Kok dalam hal-hal yang menyentuh sensitiviti orang Melayu/Islam. Anwar telah jauh tersasar dari memperjuangkan Melayu/Islam)


SALAM,

Bekas Menteri Di jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim saya kira sedang "mabuk" apabila mengatakan bahawa model Ketuanan Melayu telah gagal dan mengakibatkan pembaziran sumber, tenaga dan masa dan juga telah dipesongkan daripada isu sebenar yang dihadapi negara. Zaid Ibrahim turut mengkritik dasar yang berasaskan kaum.

Beliau sedang "mabuk" glamor mahu muncul sebagai hero semua kaum mengikuti jejak Anwar Ibrahim kerana dengan cara itu sahaja ahli politik dapat menjulang nama sendiri dengan membawa isu-isu bersifat populis.


Kalau kita mahu bersifat objektif serta berfikir dengan lebih teliti maka kita dapat memisahkan antara seseorang itu bersifat perkauman atau membela kaum sendiri. Kita tidak akan marah jika kaum bukan Melayu menuntut hak mereka selagi ianya masih di dalam lingkungan hak yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Yang dikatakan bersifat perkauman adalah apabila seseorang itu menyentuh kaum lain. Jika Melayu menyentuh adat resam kaum lain, itu perkauman. Namun jika Melayu mempertahankan hak kaum Melayu, ini bukan perkauman! Jika tulisan jawi diperlekeh dan orang Melayu bangkit, ini bukan perkauman tetapi jika bukan Melayu menyentuh tulisan jawi dengan apa cara sekalipun ia jelas adalah perbuatan bersifat perkauman.

Datuk Zaid harus faham bahawa model ketuanan Melayu bukan hanya menjulang keris, mempertahan DEB, menuntut 30% ekuiti, menuntut kuota bumiputera dan sebagainya, ia lebih dari itu. Model ketuanan Melayu termasuk juga kedudukan raja-raja Melayu, Perdana Menteri melayu, Menteri Besar Melayu, Islam sebagai agama rasmi Malaysia, bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan banyak lagi. Maka sebenarnya, yang lebih membuang masa dan tenaga ialah apabila kita mempertikaikan model Ketuanan Melayu ini yang telah berjalan sekian lama dan membawa Malaysia hingga ke tahap sekarang ini. Apakah Datuk Zaid mahu mengatakan bahawa bukan Melayu semakin merempat dan miskin serta tidak dapat menjalankan kehidupan yang baik di Malaysia selama ini? Apakah Datuk Zaid Ibahim mahu mengatakan bahawa orang-orang Melayu telah berlaku zalim kepada bukan Melayu dengan model Ketuanan melayu ini?

Kita harus juga membezakan kegagalan atau penyalahgunaan sesuatu dasar itu dengan konsep atau polisi sesuatu dasar itu. Kegagalan melaksanakan atau ketirisan DEB bukan bermakna DEB tidak bagus. Yang harus dilakukan ialah memperbaiki perlaksanaannya bukan menghapuskannya! Apakah kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar semua? DSAI juga mengatakan Ketuanan Melayu hanya mengkayakan segelintir Melayu. Kalaupun ianya hanya mengkayakan segelintir Melayu, ini maknanya perlaksanaannya yang harus diperbaiki bukan menghapuskannya kerana jika salahpun melaksanakannya, hanya sebahagian sahaja yang tak merasai tetapi jika dihapuskan, SEMUA tidak akan dapat merasai kekayaan ini !

Kontrak sosial harus dihormati kerana dengan kontrak sosial itulah kita membangun Malaysia. Kita jangan terbawa-bawa dengan suara sumbang yang mempertikaikan kontrak sosial. Sekarang ini kontrak sosial digunakan sebagai senjata untuk mengatakan bukan Melayu tidak mendapat hak mereka, dulu semasa pilihanraya 2004, DAP mempertahankan kontrak sosial semata-mata untuk menentang teokrasi Islam yang di bawa PAS yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Maka sebenarnya, sesiapa yang mempertikaikan kontrak sosial ada muslihat disebalik itu.

Melayu didapat dinafikan merupakan induk kepada semua kaum di Malaysia ini. Tidak semua "tuan" lawannya hamba. Kalau Melayu "tuan" kaum lain harus merasakan dirinya sebagai pembantu "tuan" bukan hamba. Orang Melayu selama ini juga tidak merasakan bukan melayu sebagai hamba malah kadang kala Melayulah yang rasa diperhambakan khususnya dalam bidang perniagaan dan ekonomi. Namun kita sedar, bidang perniagaan dan ekonomi adalah bidang yang "baru" bagi Melayu dan kita rela belajar lagi dari bukan Melayu. Pada masa kini, telahpun muncul korporat-korporat Melayu walaupun menduduki tangga terkaya di Malaysia masih lagi korporat bukan Melayu dari kaum Cina dan India! Ini indahnya kontrak sosial kita yang telah berjalan sekian lama dan ini juga model Ketuanan Melayu yang melihat kadang kala dalam bidang perniagaan dan ekonomi, Melayu masih bertuankan bukan Melayu!

Fikirkan....

2 comments:

Anonymous said...

Tulisan yang menjelaskan kekeliruan sebenarnya. Musuh-musuh memang sentiasa membina kekeliruan kepada lawannya. Terima kasih.

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Kekeliruan yang dibina musuh tidak dpt menjejaskan kita jika prinsip kita jelas.

Popular Posts