Friday, May 1, 2009

PAS DI ANTARA MATLAMAT PERJUANGAN DENGAN JATUHKAN UMNO

Salam

Matlamat yang jelas perlukan fokus serta program yang tuntas ke arah pencapaian matlamat tersebut. Jika matlamatnya untuk menegakkan keadilan maka programnya perlu ke arah itu disamping kerja-kerja pencegahan dari halangan-halangan untuk sampai kepada sesuatu matlamat.

Parti yang meletakkan Islam sebagai matlamat juga tidak terkecuali dari memfokus serta mengadakan program ke arah itu.

Adalah salah jika sesebuah parti yang inginkan Islam diletakkan atas segala-segalanya namun dalam perjalanan politiknya Islam hanya digunakan apabila perlu. Maknanya dalam apa keadaan pun Islam adalah teras segalanya dalam sesebuah parti yang bermatlamatkan Islam.

Perlaksanaan Islam mempunyai banyak halangan baik datangnya dari musuh malah dari dalam sendiri serta kadang.kadang diri sendiri yang menjadi halangan.

Halangan dari musuh jelas tapi halangan dari dalam serta diri sendiri kadang kala tidak jelas malah tidak dirasai oleh emnpunya diri sendiri.

Tidak cukup ilmu adalah salah satu yang penting yang menjadi halangan terbesar.

Ilmu politik, strategi, ekonomi serta hukum ahkam Islam yang tidak dikuasai adalah punca terjadi kecelaruan dalam berpolitik.

Jika kita melihat apa yang terjadi di dalam PAS berkaitan isu kerajaan campuran Umno-Pas maka Pas gagal untuk membaca pemikiran politik Presidennya sendiri dan dalang-dalang yang berimamkan Anwar sudah tentu bekerja keras agar ide ini tidak sampai terlaksana.

Potensi mana yang lebih besar untuk menjalankan Islam, dengan kerjasama bersama Umno atau PR?

Apakah dengan hanya mendengar Nga Kor Ming membaca Al Quran ianya menjadikan PR lebih berpotensi besar dari UMNO yang telah membuat pelbagai kerja-kerja Islam termasuk mewujudkan Perkim yang bukan hanya berjaya menarik bukan Melayu memeluk agama Islam malah berjuz-juz ayat Al Quran telah dapat dibaca dan dihayati sehingga menarik ramai lagi ke arah Islam.

Dari segi potensinya, Umno mempunyai prasarana yang cukup-dengan kuasa politik yang ada, pelbagai strategi boleh diatur ke arah menegakkan Islam.

Tetapi ia ditolak begitu sahaja oleh PAS atas alasan serta syarat yang dikemukakan. Yang penting bagi mereka ialah Umno dijatuhkan dan kemudian kerajaan baru PR akan juga meletakkan matlamat Islamnya bersama ahli dalam pakatan PAS-PKR-DAP- Semudah itu?

Tidak lama lagi kita akan dengar bagaimana PAS menghadapi situasi ini dalam keadaan Presiden dan Mursyidul Am tidak bersependapat.

Akhirnya, Anwar juga yang untung.....

2 comments:

Farazdaq Fargas said...

PAS sebenarnya telah dimanupulasikan oleh Anwar dan rakan2nya...PAS sebenarnya adalah sebuah parti yang diwujudkan dgn dasar yang murni dan mulia, tetapi sejak akhir2 ini, perlaksanaan tidak selari dengan matlamat...dikeranakan fanatik benci akan UMNO mereka guna alternatif yang tidak sesuai dengan motif pewujudan PAS...sifat fanatik ini dilihat anwar sebagai bahan yang bisa dimain2kan..akhirnya jadi lah seperti skrg

Anonymous said...

kalau saja pas dengan matlamat islamnya maka tentu dia akan lebih memberatkan muslimin atau melayu...mencari jalan bagaimana untuk sampinya pamahaman syumul islam kepada melayu sehingga matlamat parti yang islam akan menjadi matlamat melayu juga...sayang..rupanya ada banyak manusia yang ada didalamnya terpengaruh oleh nafsu politik untuk berkuasa dan lebih teruk lagi dia tidak memilih cara yang bijak sebagaimana dianjurkan ajaran islam...akhirnya..dunia tak dapat dan akheratpun akan hilang...sayang

Popular Posts